Bila dah ada kemudahan penghantaran ubat melalui pos, memang senang sangat. Mr hubby dah lama rutin check up & makan ubat hospital dari PPUM. Dulu dapat stok ubat untuk beberapa bulan. Jadi tahan lama sikit. Sekarang ni, jarak pengambilan ubat dah jadi setiap bulan kena ke hospital untuk restock ubat. Adeh...masalah sikit tu sebabnya mr hubby kerja private. Tak boleh nak cuti selalu. Kadang k.fiezz pun kena cuti teman mr hubby ambil stok ubat di hospital. Nak parking pun satu hal juga kat hospital tu, jadi sebab k.fiezz kena follow sekali time hari pengambilan ubat.  Mr hubby tunggu dalam kereta parking kat luar & k.fiezz masuk kejap ke farmasi untuk ambil ubat. Aihhh..Agak rungsing juga yea sebab setiap bulan nak kena cuti..

SIGN UP PENGEPOSAN UBAT

2 bulan lepas ke PPUM ada appointment untuk check mata takut effect dari penyakit mr hubby. Masa kat sini K.fiezz berpecah dengan mr hubby. Mr hubby pi check mata & k.fiezz ambil stok ubat mr hubby. Kalau nak buat berdua semua, jenuh..Nak tunggu turn jumpa Dr dah makan masa & nak tunggu turn ambil ubat pun satu hal. Jadi senang, pecah dua..Mr hubby suruh k.fiezz tanya sekali kat farmasi macamana cara nak daftar ubat melalui pos kat sini?

Sampai turn ambil ubat, k.fiezz terus tanya kat kaunter farmasi macamana cara nak dapatkan ubat melalui pos saja. Staff tu beritahu, daftar di UMMC Healthcare  yang ada kat tingkat bawah, sebelah dengan kecemasan. Lepas dah setel check up mata mr hubby & ambil ubat, kitaorang ke situ untuk daftar. Tak ramai orang tapi ambil masa juga lah ceritanya..#menunggu..haha.

START DAPAT UBAT 

Lepas je dah daftar, hujung bulan Ogos start terima ubat melalui pos. Kos pos RM5.30 je (kurier DHL). Boleh bayar terus pada kurier atau online. Masa pihak PPUM nak pos ubat, diaorang akan bagi mesej ubat dalam proses penghantaran. Jadi kat dalam mesej tu boleh pilih nak bayar macamana..Mr hubby biasanya bayar online. Tak pasti ayat mesej tu macamana sebab mr hubby dapat mesej tapi bila dah dapat mesej ni dah tahu ubat dalam proses penghantaran..

ubat melalui pos

Ubat di pack elok..Jadi jangan risau ubat tercicir ke, kotak ubat terkoyak ke..Insyallah selamat...

ubat melalui pos

Sekali dengan ubat, pihak PPUM akan sertakan sekali surat pink ni. Nanti pihak PPUM akan tick yang  mana berkenaan..
1) Tarikh penghantaran untuk ubat seterusnya
atau 
2) Ini stok ubat yang last sebab next appointment jumpa Doktor
atau 
3) Ada pertukaran ubat


Bila dah sign up untuk dapat ubat melalui pos ni, automatik stok ubat setiap bulan atau tarikh yang sepatutnya akan diterima oleh pesakit. Contoh macam ubat mr hubby ni, k.fiezz mula-mula macam musykil kali pertama hospital dah tahu lah bila nak hantar sebab masa daftar, diaorang tanya bila next tarikh kena ambil ubat. Untuk next stock kena daftar lagi ke macamana? Sekali rupanya tak perlu yea. Setiap kali dapat stok ubat akan dilampirkan surat pink (rujuk gambar atas). Dalam surat pink ni ada tarikh penerimaan ubat yang berikutnya & macam tu juga kalau pihak hospital tanda no.2, ini stok ubat last sebab next appointment kena jumpa Doktor semula..Jadi lepas jumpa Doktor baru sambung semula sesi penerimaan ubat melalui pos.

Untuk k.fiezz senang dah buat macamni. Jimat masa, jimat cuti, jimat duit minyak kereta, jimat tol..Semua jimat..hehe..Tunggu je kat rumah, ubat akan dipos sampai depan rumah. 

TAK NAK MAKAN UBAT, JAGA KESIHATAN DIRI...#cakapkatdirisendirijuga..hehe..

5 Comments

  1. oh makin mudah saja mendapatkan obat

    ReplyDelete
  2. IJN pun ada gak masa tu suruh pos aje ubat ulangan tapi memandangkan Mak ada ubat insulin makanya x jadi la..kena la pi jugak collect ubat

    ReplyDelete
  3. Senang untuk orang yang susah pergi hospital setiap bulan.
    Alhamdulillah ada kemudahan begini.

    ReplyDelete