Korang yang ada masalah batuk berpanjangan & susah nak elok, cuba decoction tea ni. Apa benda ni, k.fiezz? Teh herba cina. Kenal teh herba ni dari kawan pejabat mr hubby sebab dia bagi kat mr hubby 1 sachet untuk cuba minum. Mr hubby ni ada masalah batuk. Agaknya kat pejabat mr hubby batuk, kawan dia terdengar macam teruk je, itu yang bagi decoction tea ni. Lagi pula mr hubby ni jenis batuk kuat. Kadang k.fiezz pun terkejut. Kawan ofis mr hubby beritahu decoction tea ni elok untuk kuatkan paru-paru sekaligus kurangkan batuk..

QingFeiPaiDu Decoction Tea 

Bila mr hubby bawa balik decoction tea ni, k.fiezz buat je bagi mr hubby minum. Tak cuba tak tahu kan..Mana tahu boleh bantu kurangkan batuk mr hubby tu. Lepas tu mencari info pasal decoction tea ni kat Google dan memang betul teh herba ni untuk mencegah, memperbaiki & menguatkan fungsi paru-paru.

Kandungan decoction tea ni terdiri dari 22 ramuan yang memang elok untuk kesihatan seperti Daun Teh Hitam, Likuoris, Almond, Ranting Kayu Manis, Rizom Alismatis, Payung Polyrene, Attractylodes Putih, Poria, op Akar Bupleurum, Skullcap Cina, Pinellia, Halia, Aster Tatarinow, Coltsfoot, Bunga Belon, Keladi Cina, Jeruk Pahit, Chen Pi, Patchouli, Catnip, Duckweed Biasa, Daun Stevia.

Seperti yang kita tahu herba-herba ni memang elok untuk kesihatan & decoction tea ni sesuai diamalkan dalam jangka masa panjang.

decoction tea, menguatkan paru-paru, kurangkan batuk

1 sachet ni boleh ulang guna sampai hilang rasa dia..

decoction tea, menguatkan paru-paru, kurangkan batuk

Cara bancuh - Letak 1 uncang dalam mug yang berisi air panas. Biarkan kejap dalam 10 minit lebih kurang. Kemudian boleh minum.

Suka bau decoction tea ni. Bau herba kuat betul..Sis memang suka apa-apa yang berasaskan herba ni. Itu yang rasa sedap bau herba dari decoction tea ni..hehe..

BERJAYA KE KURANGKAN BATUK?

Mr hubby baru minum 1 uncang ni je so tak nampak sangat effect dia cuma  yang k.fiezz perasan masa hari mr hubby minum teh herba ni, kurang sikit batuk-batuk berbanding sebelum. K.fiezz tanya mr hubby ada perubahan ke lepas minum teh herba ni, dia cakap sama je. Mungkin kesan dia lambat sikit dapat dirasai oleh orang yang minum. Cuma orang sekeliling macam k.fiezz yang perasan batuk mr hubby kurang sikit berbanding biasa. 

Jadi kena konsisten amalkan decoction tea ni untuk nampak kesan dia..

Masa buat teh ni, k.fiezz tak tau uncang dia boleh guna banyak kali sampai hilang rasa..haha. K.fiezz buat sekali lepas tu buang..Aisehhh..Rugiii..haha..


KHASIAT DECOCTION TEA



-Menenangkan batuk, paru-paru, selsema dan sakit tekak.
-Menguatkan fungsi paru-paru dan dapat membantu mencegah dari kesan negatif seperti segala asap, serangan virus, jangkitan bakteria, jerebu, debu dan gas sisa kimia.
-Meningkatkan sistem imuniti tubuh badan.
-Melancarkan sistem penghadaman tubuh badan.
-Melegakan saluran pernafasan.

Kat mana nak beli?
Kawan mr hubby beritahu di KK saja jual teh ni tapi k.fiezz ada google, jumpa di shopee pun ada juga dijual.

1 kotak ada berapa sachet?
15 sachet

Siapa yang ada masalah batuk, boleh lah cuba amalkan decoction tea ni. Mana tahu membantu kurangkan batuk korang. Nanti kitaorang pun nak beli juga. Mr hubby nak cuba minum decoction tea ni.

HERBA ELOK UNTUK KESIHATAN...

6 Comments

  1. herba bagus untuk kesihatan kan..
    boleh cuba jugak ni kalau batuk berpanjangan..
    Nice sharing^^

    ReplyDelete
  2. Adanjuga erk untuk batuk..semoga batuk berkurang ye...paling x suka batuk.la...lagi satu cuba makan buah naga putih tu..pun boleh juga...

    ReplyDelete
  3. Bagus jgk try ni utk kurangkan batuk

    ReplyDelete
  4. wahh bagus air teh kurangkan batuk tekak nih., nntila wak nk cuba tp susah gak nk cari brand ni di jakarta nih., ;p

    ReplyDelete
  5. Tidak sangka uncang itu boleh rendam kali sebab selalu buat teh biasa guna sekali.
    Minat. Ini rasanya minum untuk pencegahan penyakit paru-parupun boleh.

    ReplyDelete
  6. menarik juga ni skrg ramai yg batuk susah nak baik dgn makan ubat batuk boleh cuba teh pula

    ReplyDelete