Movie terbaru k.fiezz layan minggu lepas. Macam biasa pilihan sis, cerita thriller tamil juga. haha. Jangan bosan yea sebab sis memang pencinta cerita tamil yang suka ada plot twist di hujung cerita. haha. 

cadaver tamil, film tamil thriller, cadaver review


 Sinopsis Cadaver

Mengisahkan pembunuhan yang berlaku di luar tetapi melibatkan seorang banduan yang berada di dalam penjara untuk jangka masa lama. Doktor pakar forensik (Badra) & polis (Vishal) menyiasat kes pembunuhan yang berlaku di luar tersebut & kaitannya dengan banduan (Vetri) yang masih di dalam penjara. 


Cerita bermula dengan kes penculikan & pembunuhan seorang Doktor pakar jantung iaitu Salim Rahman yang bertugas di JC Hospital.

Badra & Vishal dapat kaitkan kes pembunuhan Salim ni dengan Vetri melalui bukti yang tersebar di sosial media apabila ada video rakaman potret Salim di dalam sel penjara Vetri. Hasil penyiasatan, Badra & Vishal dapat tahu Vetri telah bersumpah akan membunuh semua yang terlibat dalam kes melibatkan isterinya Angel. Sebelum setiap pembunuhan yang dia nak buat, dia akan lukis potret bakal mangsa di dinding sel penjara dia. Dari situ Badra & Vishal percaya Vetri terlibat dengan pembunuhan yang berlaku dengan bantuan dari luar. Jadi Badra & Vishal cuba mencari siapa yang membantu Vetri di luar. 

Dapat ke tidak Badra & Vishal menyelesaikan kes ni. Check it out..hehe..Apa yang jadi pada Angel sebenarnya?


Review Cadaver


Untuk k.fiezz cerita ni best sebab melibatkan penyiasatan. Nak pi kencing pun, pause kejap sebab tak nak ketinggalan setiap scene

Walaupun tak berapa nak faham kenapa si Vetri tu dipenjarakan, tak ada ditunjukkan puncanya.

Ada sesi throwback, jadi kita akan faham kenapa dan apa kaitan setiap yang berlaku. Cuma kena concentrate lebih sikit. 

Tak sangka sebenarnya siapa yang rancang. Terkejut masa tunjuk, laaaa dia ke perancangnya. Sabor je lah sis. haha. Tapi ada sebab kenapa dia buat. 

Cerita ni melibatkan kes mencuri & menjual organ dalaman di hospital yang menyebabkan Angel jadi mangsa walaupun sebenarnya dia boleh diselamatkan sebab punca dia dimasukkan ke JC hospital tu, leher dia cedera kesan dari kes ragut rantai. Masa kejadian ni Angel mengandung, jadi dia di bawa ke hospital sebab pengsan. Masa di hospital, lain pula cerita sebab dapat Doktor yang tak bertanggungjawab handle kes Angel ni. Padahal Doktor tu pakar jantung. Tak ada kaitan pun dengan kecederaan Angel. 

Angel di paksa bersalin secara caesar tetapi bayi dia tak dapat diselamatkan. Masa Nurse (Priya) bawa baby Angel tu untuk dibuang, tetiba baby menangis. Dengan kepakaran dan pengetahuan dia dalam bidang perubatan, Priya selamatkan baby Angel tu & bawa ke rumah untuk di jaga sebab dia tahu kalau serahkan semula baby pada hospital mesti baby tu tak selamat.

Jadi siapa yang terlibat dalam pembunuhan Angel & menjadi punca Vetri bersumpah untuk balas dendam. Siapa yang tolong Vetri? 

 Tak nak spoilt. Pi lah tengok sendiri. hehe

Cerita ni dah release di Disney Hot Star tapi k.fiezz tengok ni kat apps movie yang lain. Sis kan banyak apps movie kat tv rumah. hehe..

Jangan risau cerita ni tak ada adegan yang melampau cuma ada scene dalam makmal sebab Badra seorang Doktor pakar forensik. Tapi tak adalah ditunjuk direct pun, di censored jadi sesuai ditonton bersama keluarga. 


Rating - Sis bagi 4/5


SUKA CERITA MENYIASAT MACAM NI. RASA BERKEMBANG OTAK SEBAB BERFIKIR NAK TEKA SIAPA YANG JAHATNYA..hehe..

6 Comments

  1. haritu kecoh gak cerita ni kat TT..ammi cari kt netflix tak jumpa

    ReplyDelete
  2. Baca entry ni macam best citer ni...nak tengok la nanti...ni Fiez tengok kat mana ni...Netflix ke apa...cari kat Netflix x jumpa

    ReplyDelete
  3. Alahaiii nak kena tengok sendiri ke..kalau kak fieza bagi sinopsis penuh kan best. Dah terbayang-bayang dah jalan ceritanya sikit tu. Nampak gaya tiada pilihan la kena tengok jugak ni

    ReplyDelete
  4. genre ni akak pun suka juga tu. tinggi juga bintang fiez bagi mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk saya okey jalan cerita dia..agak menarik jugak..cuma part si vetri tu dipenjarakan je tak jelas kenapa...

      Delete