Cuti honeymoon, blog pun bercuti juga..Jom ambil mood nak sambung membebel kat blog. K.fiezz nak kongsi resipi terbaru yang k.fiezz cuba. Resipi diet untuk mr hubby. Diet mr hubby ni on off on off. So k.fiezz pun masak menu diet untuk mr hubby ni kadang on kadang off juga.hehe. Ni menu diet terbaru untuk mr hubby iaitu salad ayam grill. K.fiezz cari dari Mr Google sajo. Ada beberapa resipi diet dalam satu entry yang k.fiezz jumpa dari 1 blog ni. Share kat mr hubby artikel yang ada beberapa resipi untuk diet tu. Mr hubby pilih resipi salad ayam grill ni. Kebetulan masa k.fiezz nak cuba resipi ni, hari yang ada pasar tani kat pejabat k.fiezz. Senang nak beli daun salad sikit je. Kalau kat pasaraya, kan kena beli selambak besar lepas tu sampai 2 pula tu. Adeh jenuh nak perabiskan. Kebetulan ada pasar tani, k.fiezz boleh  beli daun salad yang saiz kecil & jual dalam kuantiti sikit. Biasa kat pasar tani jual kuantiti sikit-sikit je. Betul tak. Jadi moh lah mencari daun salad dulu. Tak ada daun salad, macam tak complete pula resipi salad ayam grill ni..

Misi mencari daun salad di pasar tani berjaya. Jadi misi mencuba resipi salad ayam grill pun onzz.hehe..

RESIPI SALAD AYAM GRILL

Tengok resipi salad ayam grill ni memang senang bangat. Itu yang k.fiezz lagi tertarik nak cuba. hehe. Nampak sedap pun iya juga. hehe. So jomss ke dapur..

Bahan-Bahan Salad Ayam Grill

  • 1 @ 2 ketul Dada Ayam
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Cayenne
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Paprika
  • 1 Ulas Bawang Putih (sagat halus dengan penyagat)
  • 1/2 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
  • 2 Sudu Besar Minyak Zaitun
  • Sedikit Garam,pepper & serbuk perasa cendawan
  • Daun Salad 
  • Baby tomato (belah 4)
Untuk Dressing

  • Mustard
  • 1/2 Perahan Lemon (K.fiezz guna 1 biji limau kasturi) sebab tak ada stok lemon kat rumah

Cara Masak Salad Ayam Grill

  • Bersihkan ayam & toskan kejap. Kalau nak cepat, lap ayam bagi kering.
  • Lumurkan serbuk cayenne, paprika, bawang putih, lada hitam, minyak zaitun, garam, serbuk perasa cendawan. Gaulkan sekata. Belahkan sikit untuk bagi bahan meresap masuk dalam ayam. 
  • Perapkan dalam 1 jam.
  • Sementara itu, rendamkan sekejap daun salad dalam air sejuk. Kemudian tos & potong kasar. 
  • Lepas cukup sejam atau lebih perap ayam, guna air fryer untuk grill ayam. K.fiezz masak guna Elba Air Fryer (suhu - 180 & tempoh masa - 12 minit depan & 12 minit belakang)
  • Keluarkan ayam & hiris nipis. 
  • Masukkan ayam dalam bekas yang dah ada daun salad, baby tomato & dressing. 
  • Siap untuk hidang.

salad ayam grill, resipi salad ayam grill

SEDAP TAK SALAD AYAM GRILL

K.fiezz ada try rasa sikit menu mr hubby ni. Eh sedap lah weiii..haha. Masuk bakul angkat sendiri. Mr hubby pun cakap sedap. haha. Tapi serius sedap..Sis suka...Untuk salad ayam grill ni k.fiezz buat 2 versi. Satu lagi dalam bentuk wrap. Risau mr hubby lapar pula makan salad ayam je, jadi k.fiezz letak sikit untuk buat wrap

Overall resipi salad ayam grill ni memang sedap & menyelerakan untuk orang yang nak jaga pemakanan. Idak lah bosan je kan menu orang diet. Orang malas nak diet sebab selalunya makanan diet tak sedap tapi yang ni k.fiezz gerenti korang suka...

Diet tak semestinya tak boleh nak makan sedap & makan sayur je hari-hari. Kena balance juga pemakanan kita dari segi pengambilan lauk-pauk, sayur-sayuran, buah-buahan..Betul tak. Jadi untuk salad ayam grill ni complete set


DIET-DIET PUN NAK MAKAN SEDAP JUGA, BETUL TAK?hehe...

6 Comments

  1. ini sgt sedap dan menu sihat pula tuu

    ReplyDelete
  2. Suka ayam dipanggang dengan dressing yang masam-masam.

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya,,,
    tapi lagi diet nih

    ReplyDelete
  4. SA suka menu2 macam ni...nampak sedap tu...ini sesuai gak untuk bawak bekal pi kerja ni kan?

    ReplyDelete
  5. uish mmg seap ni fieza. pos shsh alam sket

    ReplyDelete