Shortvacay ke Glory Beach Resort Port Dickson minggu lepas dengan parents k.fiezz & mama mr hubby. Kitaorang berlima gerak dari KL hari Jumaat tenghari, sampai ke sini lebih kurang pukul 2 lebih. Sedang elok check in pukul 3ptg. Kenapa ke sini?Idea dari mama mr hubby sebab kebetulan esoknya hari Sabtu, kitaorang nak ke kenduri doa selamat adik k.fiezz kat rumah mertua dia di Batu Kikir. Dah kebetulan tu cuti lah sekejap ke Port Dickson ni rilekskan minda gitu. hehe. 

BOOKED GLORY BEACH RESORT

Mr hubby booked Glory Beach Resort ni sehari atau 2 hari sebelum. Memang banyak lagi yang kosong sebab bukan cuti sekolah atau waktu puncak yang ramai orang bercuti. Jadi memang cun sangat. 

Kitaorang sampai kat Glory Beach Resort Port Dickson ni dalam pukul 2 lebih, terus check in. Dapat unit apartment kat tingkat 9. Mr hubby booked apartment 3 bilik. Just nice untuk kitaorang berlima (K.fiezz, mr hubby, mama, mak & abah). Kalau datang ramai pun boleh sebab dalam rumah dia luas.

Rate apartment masa mr hubby booked ni > RM2XX.xx

glory beach resort port dickson

Dari bahagian depan Glory Beach Resort Port Dickson

glory beach resort port dickson

Dapur. Masuk je terus jumpa dapur ni dulu, lepas tu baru ruang tamu & bilik-bilik.
Kat dapur ada peti ais, cawan & set teh, kopi, gula & creamer.


glory beach resort port dickson

Ruang tamu



glory beach resort port dickson

Bilik pertama yang sebelah dengan dapur. Bilik ni katil single & guna kipas. 

glory beach resort port dickson

Bilik kedua. Ada aircond & sharing bilik air dengan bilik yang pertama.

glory beach resort port dickson

Bilik utama. Bilik air ada dalam bilik. 

Kat setiap bilik air, dapat complimentary syampu, shower gel & sabun.


glory beach resort port dickson

Ni kat balkoni. Mengadap laut. Sejuk mata tengok pemandangan laut.
Bawah tu kolam renang & taman permainan kanak-kanak.
Bukan main mr hubby sis posing sambil tengok pemandangan.


glory beach resort port dickson

Pemandangan dari unit tingkat kitaorang menginap. Sebelah tu Lexis, kalau tak silap.

glory beach resort port dickson

Ni kolam renang dia. 


glory beach resort port dickson

Dari bahagian belakang hotel. Testing kamera handphone baru sis. Suka pula buat panorama ni. hehe.



glory beach resort port dickson

Petang sikit, kitaorang ambil angin tepi laut sambil-sambil bergambor. Haruslah kan...

glory beach resort port dickson

Candid kononnya. hehe


glory beach resort port dickson

Coffee house Glory Beach Resort

Lepas lepak tepi pantai, terus kitaorang masuk ke sini untuk makan malam. Boleh booked dulu atau walk in

glory beach resort port dickson

Sebab malas nak keluar. Sini boleh order menu set yang ada pada hari kita menginap. Ada 2-3 set untuk pilih. Apa menu yang ada, boleh tengok senarai menu di papan notis kat ruang legar lobi hotel. 


glory beach resort port dickson

Menu pilihan kitaorang haritu
N.Putih + Ikan Siakap 3 Rasa + Ayam Masak Merah + Udang Goreng Tepung + Sayur Campur + Tom Yam = RM130
Air Sarsi 1 Jug - RM15. Ada jus buah oren, harga RM50.

Harga dia okey lah kan. Makan kat luar pun, ambil set macam ni lebih kurang juga. 

Haritu tanya dengan staff sini, makan malam tak ada buat bufet ke macam breakfast. Diaorang cakap kalau datang dalam 1 group yang ramai  boleh request. Kalau tak ramai, tak berbaloi. Betul lah juga tu. So kalau korang yang datang bercuti ke sini, malas nak keluar makan malam. Kat sini pun ada. Rasa makanan dia pun sedap. Untuk tekak sis yang tak mengada-ada ni, sedap je. hehe. 

Overall shortvacay yang simple dan tak banyak aktiviti. Kebetulan ada event nak attend. Jadi sekali lah curi masa shortvacay sekejap. 


MISTERI DI GLORY BEACH RESORT


K.fiezz ada cerita kat officemate, k.fiezz & keluarga bercuti ke Glory Beach Resort Port Dickson ni. Kawan k.fiezz tanya okey ke?K.fiezz cakap okey je. Pelik juga dia tanya macam tu. Katanya ada orang yang pernah menginap kat sini ada alami pengalaman misteri. Errrr, alamak. Alhamdulillah k.fiezz & keluarga okey je. Tak ada alami apa pun. Abah k.fiezz tidur kat ruang tamu pun, elok je. Alhamdulillah..Mungkin ikut nasib. Tak apa lah yang penting niat kita bercuti nak rilekskan minda je. Satu tips yang k.fiezz selalu buat  tiap kali pi bercuti mana-mana, sebelum melangkah masuk ke bilik hotel k.fiezz akan bagi salam. Memang dah jadi habit tiap kali gitu. Lagipun kita sebelum masuk rumah pun bagi salam juga kan. Jadi kita praktikkan yang sama juga sebelum tumpang tidur kat mana-mana bilik hotel yang kita pi bercuti. 

SUKA ENVIRONMENT DI GLORY BEACH RESORT

Overall k.fiezz suka environment kat Glory Beach Resort Port Dickson ni. Tak havoc & sesuai sangat nak bawa family bercuti kat sini. Mana duduk area KL/Selangor/N.9 atau Melaka yang nak bercuti kejap dan dekat je tapi tak nak gi jauh sangat, sini memang sesuai sangat. Tambah mana ada anak-anak tu mesti suka sebab kat bawah ada koman renang, taman mainan. Jalan depan sikit pantai. Boleh main pasir tepi laut sambil mandi-manda. Nak balik ke hotel pun dekat, tak payah nak naik kenderaan bagai. Kat pantai tu pun privacy sikit. Rasa k.fiezz untuk yang menginap kat Glory Beach Resort Port Dickson ni saja. Jadi pantai dia tak crowded

Duduk tepi pantai sambil tengok matahari terbenam, layannn. Mr hubby ajak repeat lagi nanti. Onzz je. hehe..

SESEKALI SHORTVACAY...

8 Comments

  1. lama dah resort ni Fiez, masa kak ana pii anak-anak kecil2 lagi.. masih bertahan kan.. pool side dia memang best depan private beach kan, selesa sangat..

    ReplyDelete
  2. belum pernah sampai lagi. Thanks review

    ReplyDelete
  3. memang ramai akan tanya okay ke tak glory ni kak fiez, sbb banyak kisah misteri. tp tu mngkin bergantung pd bilik jgk kot kan. apa pun, janji dapat enjoy holiday kat situ. hehe

    ReplyDelete
  4. Lama juga tak jenjalan ke pantai. Seronok juga sekali ke pantai macam ni.. rasa tenang kan...

    ReplyDelete
  5. Dapat bilik yg ada balkoni ..dapat pulak view pantai auchhh memang best sangat2 laa ..sejuk mata memandang tengok view cantik ..hilang rasa penat

    ReplyDelete
  6. Happy holiday kak fieza dan suami .. Setuju dgn kak fieza .. Sebelum masuk bilik hotel nagi salam .. Benda tu memang kt mana2 pun ada ..hanya kita ke tak nampak dan betul ckp kak fieza ikut atas nasib setial org tu

    ReplyDelete
  7. alamak ada cerita serr ke kat situ.. rasanya mama pun penah duk sana alhamdulillah ok

    ReplyDelete