Dah lama mak k.fiezz suruh beli rak troli dapur ni sebab susun atur kat dapur k.fiezz berterabur (rujuk gambar ke-2). hehe. Pada mata k.fiezz kemas je susun atur macam tu tapi kat mata mak tidak yea. Bersepah, tak tersusun katanya. Nak ambil bekas-bekas  yang nak guna pun susah sebab duk terjatuh je. hehe. Memang k.fiezz akui pun part ni. Banyak  kali juga lah jadi kat diri sendiri. Terbaru masa mak datang ke rumah bulan lepas. K.fiezz tengah masak. Nak ambil bekas yang isi rempah kari ayam/daging tapi terambil bekas isi rempah kari ikan. K.fiezz letak kejap tapi tak tutup ketat lagi. Sekali bekas tu terlanggar dengan bekas yang k.fiezz ambil, tunggu lagi memang terjatuh la dengan isi dia sekali habis terbuang. Aisehhh, mak k.fiezz nampak pula masa tu. Alamak, kantoi. haha.

Selepas dipertimbangkan cadangan mak suruh beli rak troli dapur 3 tingkat ni, k.fiezz beli juga.. hehe. Ikut cakap mak, kan. hehe


RAK TROLI DAPUR 3 TINGKAT

Cari kat mana rak troli dapur 3 tingkat ni, macam biasa uolls di Shopee saja. Tengok kat dalam shopee, macam-macam jenis & rupa ada rak troli 3 tingkat ni. Pening k.fiezz nak pilih design yang mana satu. Selepas pilih punya pilih, k.fiezz ambil yang ni (rujuk gambar pertama). Sebelum beli tanya mr hubby dulu sebab rak ni kena pasang sendiri. Sis mana reti. Kalau simple tak apa. Ni kalau kena ber skru bagai, memang tak pandai ler sis. Mr hubby cakap boleh pasangkan. Yeayy. Proceed beli. 

Penghantaran cepat, guna kurier J&T. K.fiezz beli 7hb Ogos, selang 2 hari barang selamat sampai kat rumah. Tak sabor nak susun atur barang kat rak ni. hehe. 


PASANG SENDIRI RAK TROLI 3 TINGKAT

Macam k.fiezz mention kat atas, rak troli dapur ni kena pasang sendiri, yea. Lepas keluarkan dari kotak, alhamdulillah rak elok tak ada sebarang masalah. Mr hubby terus built in rak troli 3 tingkat ni. Senang je pasang dia. Ewah. haha. Tak ada guna sebarang skru pun. Sambungkan je setiap part sampai jadi macam dalam gambar pertama. 

Mr hubby start dari bawah dulu. Pasangkan roda kemudian baru yang berikutnya sampai siap. 

rak troli dapur, rak troli 3 tingkat

Sesi Susun Atur Barang Dapur kat Rak Troli 3 Tingkat

Ruang dapur k.fiezz kecil je. Itu yang masa mak suruh beli rak troli 3 tingkat ni k.fiezz macam pening juga nak letak celah mana. Aihhh. Tapi lepas dah buat pembelian, on the way rak troli 3 tingkat ni nak sampai, k.fiezz dah adjust sikit bagi ada ruang untuk letak rak ni.

Seperti k.fiezz beritahu kat atas ni, bekas-bekas yang isi segala macam gula, tepung, kopi, vico, ubat dan lain-lain bersepah atas rak (rujuk gambar sebelum). Untuk k.fiezz tersusun macam tu tapi idak di mata mak k.fiezz. Tak lulus. haha. 

Jadi dah dapat rak troli 3 tingkat ni, meh kita susun bagi kemas yang lulus piawaian mak. 

Bawah ni hasil dia - Sebelum & Selepas..

rak troli dapur, rak troli 3 tingkat

Okey tak Okey tak?Nampak kemas lah sikit kan. hehe

Minggu depan mak nak datang, hope susun atur yang ni lulus kat mata mak k.fiezz. hehe. Aihhh, kalah betul dengan tahap kemas mak k.fiezz. Kemas k.fiezz, mak lagi kemas yea.. 

SOALAN BERKAITAN RAK TROLI 3 TINGKAT?


Tahan Barang Berat Tak?
K.fiezz ada share beli rak troli 3 tingkat di FB/IG story. Ada kawan yang tanya tahan tak barang-barang berat?K.fiezz baru susun letak bekas-bekas, sos, kicap dalam troli ni. Jadi setakat baru 1 hari ni, elok lagi. Tak tahu lah dalam jangka masa lama, tahan ke tak? Nanti lepas beberapa bulan k.fiezz update semula kat entry ni tahap ketahanan dia, yea..

Harga Berapa?
RM34.00 

Recommend untuk beli?


Untuk k.fiezz, recommend sebab pelbagai guna. Apapun nak beli, tengok pada keperluan. Tak semestinya untuk guna di dapur. Boleh je nak guna untuk letak kat ruang tamu atau letak barang-barang baby atau ikut keperluan korang beli rak troli 3 tingkat ni untuk apa. 

Pada k.fiezz rak troli 3 tingkat ni berbaloi untuk beli sebab saiz dia besar & ruang rak antara bawah sampai atas, tinggi. Contoh k.fiezz letak bawah sekali tu botol sos, kicap, minyak zaitun memang boleh masuk. Ada ruang lagi sikit kalau nak letak barang yang lebih tinggi dari botol minyak zaitun. 

Bila dah kemas macam dalam gambar selepas tu, eh memang rasa kemas & lapang atas kabinet tu. haha. Nak ambil barang-barang pun senang. Idak lah asyik terkena yang lain sampai terjatuh, yea tak.  Admit lah mata mak lagi power dari segi kekemasan. Salute mak..hehe..


HARAP SUSUNAN DI TROLI LULUS KAT MATA MAK SIS...hehe...

3 Comments

  1. Cantik troli ni . Kemas tersusun dan jimat ruang

    ReplyDelete
  2. Semoga lulus di mata mak akak.. Hehe... Saya suka gak rak gini.. Haritu hampir terbeli untuk wedding member.. tapi pastu tak jadik.. Terkenannkat lain lak.. Nanti nak try lah beli.. senang gak pasang rupanya..

    ReplyDelete