Tik Tok Shop check. haha. Dulu shopee check. Sekarang tik tok pula uolls..Siapa yang sama geng dengan k.fiezz dah terjebak shopping kat platform tik tok shop?Mana yang dah terjebak, kita geng. Sep sikit. haha. K.fiezz dah beberapa kali membeli belah kat Tik Tok ni. Masa mula-mula terjebak dengan seller yang buat live kat Tik Tok tapi beli direct melalui Whatsapp. Kira pm tepi lah. Terbaru sekarang ni terus boleh shopping macam kat shopee sebab dah ada butang 'add to cart'. Wah kemain laju k.fiezz masukkan barang dalam bakul kalau ada yang berkenan di hati. hehe..


SANGKUT APA PULA KALI NI KAT TIK TOK SHOP?

Hah, sangkut pula kali ni k.fiezz oiiii..Kaki shopping online sungguh sis ni tau. hehe..Terbaru k.fiezz beli duckbill mask pula uolls..Kebetulan stok duckbill mask yang k.fiezz guna dah nak habis. Laju sis top up duckbill mask ni sebab terlalu kat fyp Tik Tok k.fiezz seller yang jual. 

Harga dia nak kata murah, tak juga. Lebih kurang macam kat shopee je cuma dapat free shipping kat Tik Tok Shop ni. Yeay. Itu yang suka benor tu. Rakyat Malaysia sangat, kan. Tengok free shipping kemain suka. haha.. 

CEPAT TAK DAPAT?

Okey part cepat ni bergantung pada kecepatan seller juga untuk post out. Macam seller duckbill mask ni, ambil masa beberapa hari. K.fiezz buat bayaran 30hb Julai 2022. Dia pos 3 atau 4hb Ogos 2022. Nasib baik seller guna J&T jadi  k.fiezz dapat duckbill mask ni dalam masa 1-2 hari. Area rumah k.fiezz, kurier J&T sangat-sangat efisien yea. Itu yang bila seller guna kurier J&T, legaaa..

Sebelum seller post out 4hb, hari-hari check tengok status. Stok yang kat rumah makin menipis sebab memang tinggal sikit. Ingatkan seller yang k.fiezz beli duskbill mask ni pos cepat. Sekali lambat weii. Aihhh. K.fiezz duk syak seller ni buat pre order tapi sis yang tak perasan masa tengok video dia tu. Tapi udah beli & bayar pun. Tunggu je lah. 

Selepas beberapa hari, baru tengok status bertukar seller dah post out duckbill mask ni..Legaaa...

duckbill mask,tik tok shop

Tadaaa..Tik Tok Shop check...

duckbill mask,tik tok shop

Memang tahu duckbill mask viral & ramai yang suka pakai. K.fiezz termasuk dalam kategori yang suka tu juga. hehe. Suka design & warna-warna dia cantik.. 

duckbill mask,tik tok shop

K.fiezz ambil dua warna khaki (50pcs) & nude (50pcs) = 100pcs

duckbill mask,tik tok shop

K.fiezz guna warna nude, mr hubby pakai warna khaki..
Mr hubby pakai duckbill mask ni tergantung. Tak dapat tutup sampai ke kawasan jambang/dagu. Ni k.fiezz adjust tangkap gambar bagi nampak elok sikit. hehe..

SELESA KE DUCKBILL MASK NI?

Untuk k.fiezz selesa sangat. Masa mula-mula guna dulu rasa macam kecil lah, bila bercakap dia lari alignment (haha). Tapi bila dah lama pakai baru rasa ngam dengan sis. Nampak style pun iya juga. hehe. Tapi mr hubby pakai duckbill mask ni tak sesuai. Jadi tergantung. Sebab muka mr hubby lebar. Bila pakai duskbill mask ni tak cover sampai dagu. Memang ngam-ngam tutup hidung & kawasan mulut je. Kat jambang/dagu tak dapat tutup.. Ada seorang officemate k.fiezz pun jenis muka lebar juga, dia cakap bila pakai duckbill mask ni jadi kecil & agak ketat kat muka. Dari sini boleh dirumuskan ewah rumus (haha), duckbill mask ni untuk yang muka jenis lebar/besar, tak berapa sesuai. Untuk yang muka kecil macam k.fiezz, tak ada masalah. Eh, puji diri sendiri ke camne ni. haha..

So duckbill mask ni k.fiezz je yang guna. Mr hubby pakai mask biasa biru/putih tu. Mask biasa ni okey dengan mr hubby. K.fiezz pula tak suka sebab besar. Bila pakai jadi longgar. Aihhh tu yang tak berapa berkenan mask hat biasa tu. Lagi suka duckbill mask ni atau KF94 mask

Aihhh bila norma sekarang wajib pakai mask jadi wajib juga habis je stok mask kat rumah kena top up.

DAH BANYAK PILIHAN PLATFORM SHOPPING ONLINE SEKARANG....

4 Comments

  1. pernah beli last2 dua2 laki bini tak sesuai. Forever jovians je saya. Lantaklah yg nak kecam jovians pun sbb bagi saya mmg selesa dan lembut utk kulit saya, yg penting tak naik jerawat. hahaha.

    Duckbill yg saya beli tu bagi kat murid je, hehe.

    ReplyDelete