Terpengaruh lagi. Hehe. Beli apa pula k.fiezz oiii?Haritu ternampak kawan fb k.fiezz share pasal feminine wipes ni. K.fiezz tanya member beli kat mana?Biasa sis, shopee saja. haha..K.fiezz masuk kat shopee & mula lah sesi scroll mencari feminine wipes. Macam-macam jenama ada weiii. Rambang pula mata sis ni nak beli jenama apa?Tengok harga, tengok brand k.fiezz pilih pureen feminine wipes. Harga agak berpatutan. Jadi masuk bakul & buat bayaran. Penghantaran seller agak slow sikit. Tapi tak apa sebab tak urgent sangat nak pakai. Dalam tak urgent pun, hari-hari check status kat shopee. haha..Tu kalau tak urgent. Kalau urgent, setiap 5 minit check kat apps shopee. haha..

PUREEN FEMININE WIPES


Okey ke pureen feminine wipes ni?Untuk k.fiezz, senang nak bawa sebab dia datang dalam packaging kecil (1 pek-10 helai). Ringan nak letak dalam beg. Ada setengah feminine wipes jenis dalam packing besar 30 helai, tebal lah pula nak letak dalam handbag jadi k.fiezz lebih suka yang macam ni. Nipis & ringan. Helaian wipes dia pula tak terlalu tebal atau nipis. Sederhana. Menarik pureen feminine wipes ni, dia boleh buang dalam mangkuk tandas sebab jenis reflushable. Jadi helaian dia tak terlalu tebal dan susah nak di flush bila buang dalam mangkuk tandas.

Pureen feminine wipes ni sesuai untuk diguna masa period, pregnant atau selepas membuang air kecil. Tak ada paraben, alkohol & pewangi tambahan. Lagi best dia ada pelembap tambahan dengan ekstrak aloe vera.  

pureen feminine wipes,feminine wipes

SESUAI UNTUK BAWA KELUAR ATAU TRAVEL

Untuk k.fiezz packing pureen feminine wipes yang kecil ni sesuai sangat nak bawa jalan-jalan ataupun travel. Boleh jadikan salah satu item wajib masuk dalam beg untuk standby kalau ter masuk public toilet yang tak sediakan tisu ataupun tisu dah habis. Macam k.fiezz sekarang ni lepas buang air kecil, cuci dengan air, wajib lap pula dengan tisu. So kalau termasuk ke public toilet yang tak ada tisu, feminine wipes ni jadi penyelamat. Memang feminine wipes ni basah tapi tak over sangat sampai basah seluar dalam. Sekejap je dia kering. 

K.fiezz dah rasmi guna pureen feminine wipes ni masa period, feminine wipes ni tak ada menyebabkan kegatalan kat kawasan sekitar miss V. Risau juga ada side effect tak best tapi alhamdulillah, okey dengan k.fiezz. Serasi gitu..hehe..

Berapa Harga Pureen Feminine Wipes?
RM7.80 (Ada 3 pek - satu pek 10 helai)

Beli kat mana?
Shopee sajo..hehe


PENTING TAU KESELESAAN MISS V...hehe...

5 Comments

  1. Bunyi macam menarik je feminine wipes ni . Murah jugak tu rm7.80 untuk 3 pek

    ReplyDelete
  2. baru tahu kewujudan feminine wipe ni fieza

    ReplyDelete
  3. Thanks share Fiez..SA nak cari jugak la...bukan apa..zaman la ni mmg kena jaga bersih2 intimate area kita kan

    ReplyDelete