Berkelah ke Lubuk Timah Hot Spring masa cuti raya haji minggu lepas. Adik ipar ajak berkelah. Tanya k.fiezz & mr hubby nak berkelah ke mana?Kitaorang pun kebuntuan. Lepastu kitaorang cerita kat lagi sorang adik ipar & wife dia. Wife dia google, jumpa lah Lubuk Timah Hot Spring kat Simpang Pulai ni. Tempat ni jalan nak naik ke Cameron Highland. Tapi idak lah sampai ke atas Cameron tu pula. Lubuk Timah Hot Spring ni kat Simpang Pulai, Ipoh.
LUBUK TIMAH HOT SPRING
Kitaorang dari Taman Tawas Permai, Ipoh. Dari situ nak ke Lubuk Timah Hot Spring ni tak jauh pun. Dalam 20-30 minit lebih kurang.
K.fiezz baru 1st time ke sini. Mr hubby & family dia pernah datang sini tapi masa mr hubby dan adik-adik dia kecil/remaja. Lepas tu dah lama lah diaorang tak ke sini. Itu yang masa tercari-cari nak berkelah kat mana?Tak terfikir sini sampai lah biras k.fiezz jumpa kat Mr Google...
Ater, moh la kite ke Lubuk Timah Hot Spring..
Selfie dalam kereta. Rasmi handphone baru sekali ni..hehe...
Udah sampai Lubuk Timah Hot Spring...
Ni chalet yang ada kat Lubuk Timah Hot Spring ni...
Sikit info pasal Lubuk Timah Hot Spring
Cantik tempat dia tau..
Hijau je sekeliling
Yeayy dah sampai. Gazebo ni sewa RM50 tapi masa kitaorang ke sini hari biasa RM30 sahaja..
Gazebo ni ada kipas & plug. Tak ada kerusi, meja tau. Duduk bersila. Kalau nak yang ada kerusi/meja, boleh sewa pondok RM10 sahaja.
Sungai..atas tu yang nampak macam biru sikit tu kolam air panas nya tapi adik ipar cakap air panasnya tak banyak pun masa ni..Diaorang pergi mandi ke situ lepas jenuh berendam dalam sungai..
Alah-alah acah sweet sangat tau..haha. Belakang k.fiezz yang nampak sikit belah tepi tu jambatan untuk ke seberang sana. Situ ada beberapa biji gazebo. Kitaorang sewa gazebo kat situ...
Jenuh berendam. Ewah berendam lah sangat. Kitaorang duduk kat gazebo je. haha..Masa ni dah nak gerak sebab hujan start turun rintik-rintik..
K.fiezz tak banyak ambil gambar kawasan sekeliling, duk rakam video je. Nak tengok tempat ni korang boleh check it out video bawah ni. K.fiezz dah cantum-cantumkan jadi satu video..
FASILITI KAT SINI?
> Chalet
> Gazebo/Pondok
> Tandas
> Surau
Ni yang antara k.fiezz perasan lah yea. Mungkin ada yang lain. Tak pasti sebab tak tengok detail sangat.
Overall berkelah kat sini best. Tempat cantik. K.fiezz suka sebab keliling hijau, ada sungai, air panas. Best..Complete untuk berkelah..Memang sesuai sangat nak bersantai dengan keluarga atau kawan-kawan.
Cuma part tandas je. Aihhh k.fiezz ni banyak betul complaint tau. K.fiezz cakap berdasarkan pengalaman sendiri ke sini tau bukan saja-saja.
Harapnya pihak pengurusan boleh upgrade tandas untuk lebih bersih dan kemas. Fikir logik masuk ke sini berbayar, gazebo/pondok kena bayar sewa jadi rasanya boleh upah orang untuk bersihkan tandas.
Pada pendapat k.fiezz kita ni rakyat Malaysia bila masuk tandas bersih automatik kita pun akan jaga kebersihan tandas tu. Tapi kalau sebaliknya, memang kita buat ala kadar je.
Sebenarnya tempat-tempat perkelahan ni kita kena jaga tandas sebab orang sentiasa datang untuk berkelah dan tandas paling kerap di guna. Untuk mandi, buang air kecil/air besar.
Ni pendapat k.fiezz je lah. Mungkin orang lain rasa macam 'eleh tandas pun minah ni nak pom pang pom pang'..
Tapi tempat ni memang worth it untuk berkelah atau bersantai sebab cantik sangat. Tenang je sekeliling dengan pokok-pokok, bunyi air sungai..Best sangat...Lari sekejap dari kesibukan bandar macam k.fiezz & mr hubby yang duduk di KL ni...Hari-hari dengar bunyi LRT, motor, kereta, bomba (kadang-kadang), polis duk lalu lalang kat depan rumah.
Bila bersantai kejap ke Lubuk Timah Hot Spring ni, rileks rasa minda...
Alhamdulillah bersih tempat dia tak nampak ada sampah. Berkelah dengan family tempat macam ni la paling sesuai. Dapat makan ramai-ramai alahai seronoknya.
3 Comments
syoknya berkelah
ReplyDeleteAlhamdulillah bersih tempat dia tak nampak ada sampah. Berkelah dengan family tempat macam ni la paling sesuai. Dapat makan ramai-ramai alahai seronoknya.
ReplyDeleteSeronoknya dapat berkelah .
ReplyDelete