Layan Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, filem terbaru yang tengah panas tayang kat pawagam-pawagam di Malaysia ni. K.fiezz & family antara yang tak ketinggalan menonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ni minggu lepas. Kebetulan k.fiezz & mr hubby balik kampung sempena raya haji, kitaorang bercuti seminggu. Jadi tak ada aktiviti nak buat, ajak mak abah dan adik k.fiezz menonton filem Mat Kilau ni kat panggung. 

Mr hubby booked tiket pukul 6.15ptg di TGV Aeon Klebang Ipoh. 


LAYAN MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN

Tengok review yang ramai kawan-kawan share di social media, semua cakap best. Macam-macam perasaan tengok cerita Mat Kilau ni.

Jadi jom kita tengok pula.

Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan


Seronok tak?Yea, memang best. Penuh dengan aksi. Kejap-kejap berlawan, kejap-kejap berlawan. Memang tak senang duduk sepanjang tengok Mat Kilau ni. Masa tengok para pejuang ni berjuang menentang penjajah rasa semangat, terharu, sedih dengan pengorbanan yang diaorang buat untuk mempertahankan negeri dari di jajah oleh orang luar. Sanggup tinggalkan keluarga demi berjuang untuk pertahankan negeri walaupun pelbagai rintangan Mat kilau dan kawan-kawannya hadapi. Dikhianat, keluarga halang dan macam-macam lagi.

Untuk k.fiezz, part paling sedih & touching masa Rokiah (lakonan Zarina AF),  isteri Wahid (lakonan Beto Kussyairy) dibunuh. Ditolak keluar dari rumah, dipukul, perut dipijak (Kiah tengah mengandung), lepas tu dibunuh. Wahid yang cuba nak selamatkan Kiah, tak sempat selamatkan isteri & anak dia masa tu.  Touching sangat part ni. Rasa nak keluar air mata. 

Lain dari tu, sila tengok sendiri. haha. Tak best lah cerita..

Mak k.fiezz yang tengok sekali pun cakap, rasa panas duk dalam panggung sebab cerita Mat Kilau ni asyik berlawan je kerjanya. haha. Padahal dalam panggung kan ke sejukkk..Best tak best lah cerita ni. sampai tak rasa sejuk dalam panggung. Penangan Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan. Diaorang yang berlawan/bersilat, kita yang tak senang duduk. haha..


Tgv aeon klebang

LAMBAT SAMPAI

Kitaorang terlambat setengah jam masuk panggung.haha. Tersangkut dalam jammed kat Sg Siput & Chemor. Kereta banyak sebab lari dari highway agaknya, semua masuk ikut laluan dalam. Udah lah sangkut sebab traffic light pula lamaaa. Adeh sabor je lah sis..6.50 baru kitaorang masuk panggung. Biasa masuk panggung pukul 6.15, bukannya cerita terus start. Iklan dulu dekat 10minit, lepas tu baru cerita yang kita tengok ditayangkan. Jadi anggaran 6.25 start, kitaorang sampai 6.50..Lebih kurang setengah jam ketinggalan jalan cerita. 

Nasib baik lah boleh catch up jalan cerita Mat Kilau ni. Tapi lambat-lambat kitaorang, ada yang lagi lambat weiii. Dekat 7.30 pun ada yang baru sampai. Jadi idak lah kitaorang je yang lambat. haha. 

Overall rating untuk Mat Kilau - 5/5. Worth it to watch. Lagipun filem ni diinspirasi dari kisah sejarah tokoh pejuang negara kita, jadi kita support filem tempatan dan kita belajar sejarah macamana pejuang dulu pertahankan negara dari dijajah. Harapnya kita ambil iktibar & pertahankan untuk tidak dijajah semula. 

JANGAN BIARKAN DIRI KITA DI JAJAH..Ewah..Semangatt...hehe...

4 Comments

  1. Comel mak akak, mesti darah panas je kan sepanjang tengok Mat Kilau. Bangga la atleast ada cerita sejarah macam ni dan dapat sambutan dari semua

    ReplyDelete
  2. lama tak layan filem melayu di pawagam . Filem mat kilau ni pun tak sempat nak tonton .

    ReplyDelete