Minggu lepas mr hubby nak ke Low Yat. So menyelit lah k.fiezz nak tukar screen protector baru untuk handphone k.fiezz yang dah pecah-pecah ni..haha. Perangai sangat. Suka benor jatuhkan handphone. Lagipun screen protector yang sebelum ni jenis matte, skrin kabur-kabur gitu. Aihh benornya sakit gak mata sebab bila tengok handphone tak best. Gambar/tulisan kat handphone tak clear sangat. Tambah pula k.fiezz pakai cermin mata. Lagi lah rasa berbayang bila tengok handphone lama.

Ni dah kebetulan screen protector lama pun dah outttt, boleh lah tukar screen protector yang baru. 

Jomsss tukar screen protector...

TUKAR SCREEN PROTECTOR KAT KEDAI LOWYAT 


Kat Low Yat ni, kitaorang memang suka ke kedai yang sama untuk tukar screen protector. Kedai favourite kitaorang ni kat tingkat 2 & kedudukan kedai ke belakang sikit. Kedai ni memang khas menjual aksesori handphone. Kitaorang suka ke kedai ni sebab dah biasa kat sini, plus harga aksesori pun murah sikit harga dia tapi tak lah murah sangat. Dalam kategori mampu di bayar..

Sampai kat kedai ni, k.fiezz pilih screen protector glass & material dia jenis getah selepas staff kedai explain jenis-jenis screen protector yang ada & hat elok sikit terutama yang suka menjatuhkan handphone macam k.fiezz ni. hehe. Screen protector pilihan k.fiezz ni tak nampak pun macam getah. Material dia saja dari jenis getah. So kalau handphone terjatuh pun, tak effect sangat. Kata staff tu lah. hehe. Tapi kata dia elakkan handphone terjatuh dari tempat yang tinggi sangat. Kalau yang macam tu, tak dapek lah nak nolongnya. haha. Beli handphone baru je lah.. 


screen protector

See. Tak nampak pun macam getah. Suka screen protector yang jenis glass ni, baru lah clear sikit tengok handphone...


screen protector

Yang cover belakang untuk handphone ni tak ada dalam list nak beli benornya. terperangkap. haha..

PANDAI STAFF DIA MENJUAL


Ceritanya terbeli cover belakang handphone ni tak plan pun. Masa lepas staff dia dah tukar screen protector baru, dia lap-lap handphone k.fiezz ni. Bahagian belakang handphone k.fiezz ni memang ada plastik ori masa beli handphone. K.fiezz tak cabut plastiknya. Jadi memang elok lagi bahagian belakang handphone ni, lagipun ada pakai casing. Memang cantik,elok lagi bahagian belakang handphone. Cuma plastik tu je dah buruk rupa dia. 

K.fiezz ingatkan staff tu nak bagi cover yang baru free. Itu yang k.fiezz angguk je masa dia nak cabut plastik belakang kat handphone k.fiezz.  Dia pun pandai, lepas dah cabut plastik tu dia puji bahagian belakang handphone masih cantik. Dia cakap nasib k.fiezz ada letak plastic tu kalau tak belakang handphone mesti dah lama rosak. Puji dulu konsepnya. Sis pun kembang kempis masa dia cakap macamtu sebab macam dia puji sis pandai jaga handphone. Perasan.. haha.  

Elok dia dah cabut baru dia cakap, nak tukar tak cover baru untuk belakang ni. Laaaa..haha. Terkono. Udah dia cabut cover tu, nak tak nak beli juga lah yang baru. Dia suruh pilih nak design mana. K.fiezz pilih yang dalam gambar ke-2. Harga murah je dia bagi katanya. Yolah..pandai dia menjual. haha..Tak apa lah fikir positif, lawa sikit bahagian belakang handphone sis ni dah tukar baju baru. haha..

Total harga screen protector cover ni RM40..Skrin protector RM25 & cover belakang RM15...normal price RM19...

DAH TUKAR SCREEN & COVER BARU, TERUS NAMPAK MACAM HP BARU KELUAR DARI KEDAI..hehe...

2 Comments

  1. Rindu nak pergi Lowyat.. Dulu waktu student sanggup turun nak survey harga laptop

    ReplyDelete