Semalam jamuan raya bahagian k.fiezz. Bila nak buat jamuan ni, macam biasa lah kena bahagi-bahagikan tugasan untuk menjayakan majlis sebelum, semasa & selepas. K.fiezz pun tak terkecuali. Ni tugasan yang k.fiezz kena buat sebelum majlis. Jumaat lepas officemate k.fiezz bagi senarai tugasan & tengok nama k.fiezz di bahagian kad jemputan raya partner dengan seorang lagi kawan pejabat. Kitaorang kena design kad jemputan raya weiii. 

Oh maiii sis tak kreatif, hokay. Suka seni seni yang macam deko kad jemputan raya ni tapi minda dan tangan sama tak seiring. haha. Sebab tak kreatif. Seorang lagi kawan pejabat k.fiezz tu tak pasti dia kreatif ke idak. Tapi dia pun hand over pada k.fiezz. Dia follow je. K.fiezz cakap kat officemate yang bagi tugasan ni, k.fiezz tak kreatif. Dia cakap tak apa, buat kad jemputan raya yang simple-simple lagi pun dah last minute. Dapat senarai tugasan hari Jumaat lepas (13hb), semalam(18hb) majlisnya. Senarai tugasan bagi pagi Jumaat, tengahari pegawai yang in charge majlis dah minta deraf kad jemputan raya yang k.fiezz & partner buat. Mak aiihhhh.. Udah lah sis tak kreatif. Langsung tepu otak nak berpikior untuk design kad dalam keadaan kelam-kabut.

CUBA JE DESIGN IKUT TERMAMPU


Tapi sis cuba juga design kad jemputan raya se kreatif yang boleh ikut tahap ke kreativiti sis yang tak se berapa ni. Kawan k.fiezz partner untuk design kad jemputan raya bagi idea cari template kad dalam canva website. Good idea. Sis pun laju-laju cari template yang sesuai dengan tema raya dalam Canva tu. 

Scroll punya scroll jumpa pun yang sesuai. K.fiezz edit tulis apa yang patut & tunjuk kat 2 orang officemate k.fiezz, tanya okey ke idak kad jemputan raya yang k.fiezz design. Diaorang cakap okey. Partner k.fiezz forward kat seorang officer yang in charge untuk majlis jamuan kitaorang untuk dapat approval. Lepas officer ni tengok, ada pindaan sikit. Dah pinda tu, boleh blast jemputan pada bos-bos bahagian kat Kementerian kitaorang. Tugasan k.fiezz juga lah ni.

Baru hantar melalui whatsapp kepada beberapa orang PA di bahagian dalam Kementerian k.fiezz ni, pegawai k.fiezz minta delete kad jemputan raya yang dah hantar tu. Sebabnya bos besor kitaorang tak berkenan kad jemputan raya yang sis buat. Macam Deepavali katanya. Uwaaaa sampai hati. #sentap. Citarasa lain-lain. Cantik kat mata k.fiezz, tak semestinya cantik juga di mata orang lain. Adeh. So nak buat macamana kan, udah bos besor tak berkenan. Pegawai k.fiezz buat kad yang lain. K.fiezz tunggu je kad jemputan raya yang baru untuk blast kepada bahagian-bahagian lain. 

kad jemputan raya

Template kad jemputan ray yang sis pilih sebab simple..tapi macam Deepavali kata bos besor..Sabor je lah. Ada design lain dalam Canva yang k.fiezz berkenan tapi sebab last minute, k.fiezz ambil design yang simple ni. Tak banyak nak kena edit. Cuma tukar wording tu je. 

tapi dah kena reject. So ni kad jemputan  raya yang baru & dipersetujui oleh bos besor. 


kad jemputan raya

Ni kad baru pegawai k.fiezz buatkan. 

Lesson learn lepas ni dapat tugasan design kad, walaupun arahan buat simple-simple je, tak yah ikut sangat arahan. Cari template segempak yang boleh ikut pada mata k.fiezz hat mana paling lawo. haha. Tak yah ikut sangat dengan arahan 'buat simple-simple' je. Memang nak simple tapi kena ingat bila bos perempuan ni, confirm nak yang cantik-cantik punya. 

Suka Seni Tapi Tak Kreatif.. Acane tu?haha

4 Comments

  1. Alahai... xpe kak pengajaran tu.. bos pempuan mmg cerewet... bkn bos pun cerewet kalau bab design yg nk blast ke org lain.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Alahaiii tak ngapa la kena reject pun.

    ReplyDelete
  3. siapa la yg x suka cantik2.. high expectation kot

    ReplyDelete