Kejadian ni baru jadi minggu lepas a.k.a tahun lepas sebelum k.fiezz start cuti hujung tahun. K.fiezz nak sidai seluar yang baru basuh kat ampai luar. Flat k.fiezz, ampai baju kat bahagian luar (koridor). Biasanya memang k.fiezz basuh baju hari cuti saja sebab malas nak rushing sidai baju pagi-pagi time nak keluar gi kerja. K.fiezz ni memang semedangnya lambat hari-hari bila nak keluar kerja. Rushing nak mengejor tren LRT. hehe. 

Tapi haritu k.fiezz nak sidai seluar jeans yang baru basuh malam sebelum. Ada 3 helai je seluar jeans nya. So k.fiezz cuma nak sangkutkan je kat ampai luar. Tak ada lah ambil masa lama pun. Lepas sangkut kat ampai, k.fiezz terus keluar gi kerja. Cadangnya macam tu lah. 

Tapi tetiba.... Masa tu dalam 6.40pagi..

Lepas dah buka gate, k.fiezz masuk dalam rumah ambil 3 penyangkut yang dah sangkut seluar jeans untuk sidai kat ampai luar. Masa tu k.fiezz lupa nak tengok kiri kanan samaada ada orang ke tak. Flat k.fiezz bila hari budak sekolah, pagi-pagi tak lah seremmm sangat sebab enviroment bising sikit. Tapi masa ni hujung tahun, sekolah cuti. Jadi suasana agak sunyi. Tak ada orang yang keluar awal pagi. Kalau ada orang, idak lah sunyi sangat. 

Masa k.fiezz duk adjust penyangkut yang sangkut kat ampaian, tetiba k.fiezz tertoleh. Nampak seorang aunty India tengah jalan-jalan macam morning walk kat tingkat k.fiezz tu. K.fiezz pandang aunty tu sebab nak tengok sapa dia ni. Mula-mula ingatkan aunty yang duduk tingkat k.fiezz tapi macam pelik pula. Aunty tu tak pernah pula morning walk bagai. Lagipun cara pakai aunty yang duk sama tingkat dengan k.fiezz & aunty yang tengan morning walk ni lain..

morning walk,

Kat tingkat k.fiezz memang ada satu je keluarga India yang tinggal kat situ. Rumah family india tu mengadap rumah k.fiezz. Itu yang k.fiezz perhatikan aunty yang morning walk ni. Nak tahu siapa? Bila dah makin dekat aunty tu jalan kat ke arah k.fiezz, memang confirm bukan aunty yang duduk kat tingkat k.fiezz. Sambil aunty tu jalan dia duk senyum kat k.fiezz. Tapi koser lah k.fiezz nak senyum bagai. Jantung terus dup dap dup dap tengok aunty tu. Sebab memang bukan aunty yang tinggal kat situ. Duk fikir 'hantuuuuu' je...Haha..

Nasib baik lah k.fiezz belum kunci pintu rumah lagi. Laju-laju masuk dalam rumah, terus tutup pintu. Dup dap dup dap jantung masa tu. Duk fikir nak cuti ke idak masa tu. Sebab nak keluar balik rumah, takut..Pintu rumah k.fiezz ada lubang kecil untuk tengok orang kat luar. K.fiezz perhatikan aunty ni lalu depan rumah k.fiezz & pergi ke arah rumah family india yang duduk depan rumah k.fiezz. Antara rumah kitaorang ada tangga. Jadi k.fiezz tak pasti samaada aunty tu ke tangga atau ke rumah family india yang duduk depan rumah k.fiezz tu. 

Lepas beberapa minit , jantung dah stabil baru k.fiezz keluar semula untuk gi kerja. Keluar je dari rumah terus kunci pintu, tak toleh kiri kanan dah. Kaki laju menuju ke lif. haha. Dalam fikiran k.fiezz masa tu aunty ni samaada sedara family india yang tinggal kat tingkat k. fiezz atau 'tut'. haha. Sorry la, sis penakut orangnya.

K.fiezz tak pasti lah aunty india yang k.fiezz nampak ni saudara pada family india yang tinggal kat tingkat tu ke idak?Nak tanya dengan family india depan rumah k.fiezz tu, jarang terserempak. Diaorang ada je kat rumah. K.fiezz & mr hubby yang kerja. Biasa hari kerja, balik rumah terus tutup pintu. Tak ada nak mesra-mesra dengan orang sangat. hehe. Hari cuti pun kalau tak ke mana, duk dalam rumah. Pintu tutup. Memang bukan jenis mesra kitaorang ni. haha. Ada lah sesekali kalau terserempak, bertegur sapa. Itu yang tahu lah juga jiran-jiran yang satu tingkat dengan kitaorang, siapa & bangsa apa. Berapa ramai satu keluarga pun, tahu. #busybody juga. hehe..

Sejak kejadian ni, k.fiezz lagi serem nak sidai baju kat luar time pagi-pagi. Contoh macam pagi semalam, ingat nak sidai kain baju yang melambak baru basuh sebab baru balik dari cuti-cuti. Tapi duk teringat kejadian ni, cancel. haha. Nanti k.fiezz jumpa aunty/uncle india yang duduk depan rumah k.fiezz, nak tanya juga ada ke sedara dorang datang hujung tahun lepas. #takpuashati. haha

Cerita kat mr hubby, kata dia aunty india yang k.fiezz nampak ni jiran dari tingkat bawah. Aunty ni memang selalu datang naik rumah family india yang tingkat kitaorang tu. Tak pasti lah betul ke tak? Atau mr hubby cuma nak sedapkan hati k.fiezz je. Kalalu betul jiran tingkat bawah, agak-agaklah awai benor bertandang rumah orang. 

Walaupun tak tahu status aunty india ni samaada betul orang atau 'tut' untuk k.fiezz tetap serammm uolls...Apa ke pagi-pagi exercise. Bikin orang terkejut je weiii. Nak morning walk pun, tunggu lah pukul 7 pagi ke atas, udah terang sikit. Idak lah orang yang penakut macam sis ni fikir bukan-bukan. 

Sis Penakut, Hokey..haha.. 


Update - k.fiezz ada terserempak dengan aunty india yang duduk depan rumah k.fiezz ni masa weekend baru ni. K.fiezz tanya dengan aunty masa hujung bulan Disember yang lepas, ada ke saudara mara dia datang ke sini. Aunty tu cakap 'ada. kakak dia & 6 orang cucu tumpang duduk rumah aunty ni sebab rumah kakak dia antara yang terlibat banjir kat Shah Alam baru ni. haha. Terjawab persoalan. Legaaa. Lain kali jangan menakut-nakutkan diri sendiri yea, k.fiezz. haha. Perangai sangat tau. Penakut over benor. haha..

4 Comments

  1. Hhaha! Lawaklah k.fiezz! Tergelak saya baca. Tapi kalau saya pun, seram juga sebab terkejut kan, sebab awal sangat lagi. Mungkin dia jenis bangun awal. Ada kawan saya memang bangun 4am setiap hari untuk bersenam.

    ReplyDelete
  2. Seram weh.. Org yg kita xknal morning walk pgi2 ni.. Huhu

    ReplyDelete
  3. Itulah seram
    Hehe
    Jenis bangun awal pagi tu
    Semangat nak morning walk tu

    ReplyDelete