Happy New Year 😍 korang. Melangkah ke tahun baru 2022. Alhamdulillah. Korang sambut tahun baru kat mana? K.fiezz & family cuti-cuti ke Penang sambut tahun baru kat situ. Sambil-sambil cuti hujung tahun sekali sambut tahun baru. Cerita cuti-cuti ni nanti k.fiezz share next entry, k :)

Tahun lepas cuti banyak weii sebab kena berkurung jadi cuti pun melambak lah. Itu yang hujung tahun lepas k.fiezz & mr hubby apply cuti. Kalau idak, cuti kitaorang belum sampai hujung tahun dah habis. haha. Besa lah, sejenis suka bercuti. haha. 

So tahun lepas cuti banyak lagi, apa lagi kita mohon cutiiii..hehe..

Dah melangkah ke tahun baru ni, apa azam tahun baru korang?

fiezasani

K.fiezz? Nak menggemukkan badan. haha. Boleh?Orang lain nak kurus. K.fiezz nak gemuk. Why bother why bother. Masing-masing punya azam. Biar lah kan sis azam nak gemuk. haha.. Wish me luck. haha.

Apapun melangkah ke tahun baru ni, semoga yang baik-baik je tahun ni untuk kita semua. Moga virus COVID yang dah macam-macam varian sekarang ni, terhapus dari muka bumi & kita boleh menjalani kehidupan normal seperti dulu. Rindu nak berjalan dengan bebas tanpa mask. Betul tak?Mari lah kita berdoa virus ni diangkat semula oleh Allah dari muka bumi ni. Aamiin.

So sempena tahun baru ni, k.fiezz nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2022 pada semua pembaca blog k.fiezz yang rajin singgah ke sini. Moga apa jua azam korang, go for it. Termasuk lah k.fiezz. Nak gemuk. Makan makan & makan. hehe..

HAPPY NEW YEAR 2022!!!

2 Comments

  1. Selamat tahun baru kak fiez... A aa kak fiez azam tahun baru nk kuyusss.... hihi...

    ReplyDelete
  2. Salam tahun baru 2022 juga buat Kak Fiezz!

    ReplyDelete