Mr hubby belanja Candle light dinner di KL sempena birthday sis yang jelita ni. haha. Harus lah di KL sebab kitaorang tinggal di KL. hehe. Jumaat lepas birthday k.fiezz yang ke-tut..haha (rahsia)..Happy Birthday to meHappy Birthday to me, Happy Birthday to meeee, Happy Birthday to me.. hehe. Overr tau kakak fiezz ni. haha. Birthday setahun sekali, haruslah overr. Alhamdulillah bertambah usia. Thank you mr hubby, family,adik, adik-adik ipar & kawan-kawan yang wish birthday di Whatsapp, sosial media & face to face (di pejabat). 

Terima kasih Allah. Alhamdulillah syukur atas segala yang Allah kurniakan pada k.fiezz. Semoga berterusan & yang baik-baik sahaja datang dalam kehidupan k.fiezz & keluarga. Aamiin..

BIRTHDAY TREAT - CANDLE LIGHT DINNER DI KL


Ayat pertama k.fiezz kat atas mr hubby belanja candle light dinner di KL? kat mana tu? Mula-mula k.fiezz tak expect pun Mr hubby buat surprise sambut birthday k.fiezz. Ingatkan pi makan-makan kat kedai biasa je. Makan tom yam, siakap 3 rasa. Macam biasa, cliche..haha. Sekali rupanya mr hubby dah tempah makan malam romantis di Subak Restaurant, KL. Kitaorang baru 1st time ke sini. Mr hubby cari candle light dinner di KL ni kat Mr Google. Lokasi tempat makan malam romantis kitaorang ni kat hutan. haha. Moto kedai ni Dine With Nature gitu..Memang Subak Restaurant ni lokasi dalam hutan weiiii..Nak ke toilet dia serammm sikit tapi environment dia memang best. Romantik. Senyap sunyi je. Masa kitaorang makan kat sini cuma ada sepasang couple cina. Termasuk kitaorang, ada 4 orang je pelanggan. Time kitaorang nak gerak balik, baru nampak ada orang lain baru sampai. Mungkin Subak Restaurant ni hadkan pelanggan dalam satu-satu masa untuk bagi privasi pelanggan sambut hari istimewa macam birthday, anniversary..

Masa pekerja dia bawa kitaorang ke meja, k.fiezz tengok ada satu part memang dah ada meja-meja siap dekorasi untuk sambut hari istimewa macam birthday ni & mr hubby beritahu setiap dekorasi harga dia berlainan. Boleh pilih ikut bajet & kesesuaian yang kita nak. Menu ala-carte. Dah sampai baru order. Nak order masa booked pun boleh tapi mr hubby pilih order kemudian. 

Jom tengok dalam Subak Restauarant ni. K.fiezz ada share video dalam Subak Restaurant ni kat facebook..

candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Parking kat tepi jalan sebab lokasi Restoran ni kat atas bukit, dekat dengan jalanraya. Lepas parking, kena mendaki sikit untuk naik ke Subak Restaurant ni. Tak lah mendaki sampai kat kereta tu. Separuh je..


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Dalam restaurant dia. Sekeliling ni hutan. Memang privasi kat sini. Ni kat meja-meja yang tak ada apa-apa dekorasi. Mungkin saja-saja nak datang makan dalam keadaan tenang & lari dari kesibukan, boleh ke sini.


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Kaunter bayaran


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Cantik dekorasi Subak Restaurant ni..Sis loike...



candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Tadaaaa..cantik ke idak dekorasi meja. Di tambah pula sis yang jelita pula, kan. haha..Bertambah cantik..hehe


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Thank you mr hubby a.k.a my HALAL sugar daddy for da birthday treat
Me like it so much...


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Patutnya kena wefie time cerah. Ni time dah gelap baru nak wefie. Hah, bersinar kemain sebab pantulan cahaya lampu & cahaya lilin bergabung..Nak minta tolong orang ambilkan gambar, masa ni tak ada orang. Staff dia pun semua kat depan. Ada je staff dia ulang alik ke meja kitaorang hantar makanan & air tapi sogan nak minta tolong dorang. hehe..


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Jom tengok menu yang kitaorang order untuk candle light dinner ni..


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Subak Grilled Chicken


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Australian Tenderloin


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Slice of Birthday Cake

Total bill - hehe. Tengok kat bawah...


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Sementara tunggu makanan siap, harus lah bergambar kat sini. Cantik sangat view dia weiii..Sis suka...


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Total bill - RM489.50


candle light dinner di kl, Subak Restaurant, makan malam romantis

Saja jalan-jalan kat Tugu belakang ofis k.fiezz ni..Sebab mr hubby booked reservation pukul 7mlm. Jalan-jalan kat sini jap sambil bergambar dengan sejambak bunga mr hubby bagi. hehe. Mr hubby cakap mula-mula malas nak bagi bunga tapi macam tak best sebab tak ada bunga. hehe. Sebelum ambil k.fiezz, mr hubby singgah dulu ke Petaling Street beli bunga ni...Thank You sayang...Love you...

fiezasani

Ni sambut kat office time lunch. Bos k.fiezz belanja kek. thank you Cik Mas for da cake. Yang sebelah k.fiezz ni, sorang officer tempat k.fiezz yang birthday dia bulan Januari juga. Tapi Puan ni, awal bulan Januari. So dah kebetulan bos belanja kek. Celebrate lah sekali. Kitaorang sebaya benornya. hehe. Tapi Puan ni pegawai kat tempat k.fiezz, jadi kena panggil dia 'Puan'. hehe..


fiezasani

Ni pula sorang kawan pejabat k.fiezz belanja N.Lemak (2 bungkus + 1 pek kuih). Thank you,u..hehe..

Alhamdulillah rezeki hari jadi. Mr hubby belanja makan malam romantis di Subak Restaurant, bos belanja kek & kawan pejabat belanja sarapan pagi. 

Mr hubby tanya happy ke idak dia buat surprise makan malam romantis di Subak Restaurant ni?Harus lah happy. hehe. Boleh repeat untuk anniversary pula bulan 6 nanti. hehe..

Makanan kat sini sedap ke?Hah, sedap ni subjektif sangat tau. Hehe..So k.fiezz tak boleh nak bagi komen. Kena cuba sendiri, baru tahu kena ke idak dengan selera masing-masing. Untuk k.fiezz, sedap. Standard rasa untuk makanan western

Korang yang nak feeling makan malam romantis dengan pasangan atau nak buat suprise sempena birthday @ anniversary, k.fiezz suggest ke sini. Memang best sangat sebab feeling makan dalam hutan..Rare view ni susah nak cari kat KL. hehe. Environment sikit scary (hehe) tapi jangan risau tak ada lah nak nampak apa-apa yang menyeramkan. Hehe. 

Kat sini best sebab banyak sudut instagrammable uolls. K.fiezz tak berapa pandai sangat part ni tapi setiap sudut dia cantik. Siapa yang kaki bergambar & pandai snap gambar, confirm cun.

Overall ratiing candle light dinner di Subak Restaurant ni, k.fiezz bagi - 

Makanan - 4/5
Harga -  4/5
View - 5/5

Alamat Subak Restaurant - 

Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-77299030

Happy Birthday Girl..hehe...

2 Comments

  1. Wahhh.. so sweet kak fieza.happy birthday yer

    ReplyDelete
  2. halah.halah..bersemut entry ni..apa2 pun..selamat hari lahir Fieza,,moga sentiasa bahagia till jannah..aamiin

    ReplyDelete