Ingat tak k.fiezz ada kongsi dalam entry ni, k.fiezz mencuba < Produk Kecantikan Dari China >. Hasilnya tadaaa..haha. Mula-mula pakai, k.fiezz serasi je weii. Tak ada lah naik jerawat ke apa. Cuma k.fiezz perasan juga, jerawat naik tak kira time. Biasanya jerawat muncul time nak period. Sejak guna produk kecantikan dari China ni, jerawat naik sakan lah weiii. Rimas pula k.fiezz tengok satu per satu jerawat naik. Dia bukan naik jerawat yang jenis besar-besar tau. Jerawat kecil-kecil. 

Masa tu k.fiezz fikir proses kulit dalam penyesuaian dengan penerimaan kandungan produk ni. Tapi bila mr hubby yang tegur & k.fiezz sendiri pun perasan, macam meriah je naik jerawat ni. Picit yang ni, timbul yang lain pula. Ehhh kemain ko jerawat,kan..haha.. Padahal salah sendiri sakan suka benor mencuba konsepnya. K.fiezz guna produk kecantikan dari China ni September 2021. Dalam sebulan dua dah nampak effect dia, jerawat kecil-kecil start naik. Bukan time nak period pun, jerawat duk muncul..

Itu lah nak sangat cuba produk kecantikan dari China ni. Sekali nahhh rasain hasilnya..haha


TAK SERASI DENGAN PRODUK KECANTIKAN DARI CHINA NI


K.fiezz tak salahkan produk ni pun. Sendiri yang nak cuba. Lagipun ramai je orang lain sesuai guna. Mungkin k.fiezz dalam kategori beberapa peratus yang tak serasi dengan produk kecantikan dari China ni. Reason k.fiezz mencuba produk-produk ni sebab nak murah kononnya. Sebab harga produk kecantikan dari China ni memang murah. So kalau serasi, idak ke jimat banyak k.fiezz. haha. Sebelum ni k.fiezz guna jenama Nutox. Memang okey sangat dengan k.fiezz. Tapi sebabkan nak murah sangat. itu yang mencuba produk kecantikan dari China ni pula. Nutox macam yang kita tahu lah harga dia mahal sikit. hehe. Itu gatal cuba produk kecantikan dari China ni. 

Tapiiii udah tak serasi pula dengan kulit sis...aiyakkk...

produk kecantikan dari China

2 kotak merah tu - Dragon blood moisturizer, kotak putih tu rice serum & kotak gold tu - astaxanthin. Astaxanthin ni cara guna campurkan dengan sunscreen & sapu kat muka.. Moisturizer & rice serum guna macam biasa ikut rutin langkah penjagaan muka (Cleanser - Serum - Moisturizer - Sunscreen)...


produk kecantikan dari China

Ni rupa dragon blood (moisturizer). Warna putih tu bukan kulat tau. Itu bedak mutiara, salah satu kandungan dalam dia.. Ni boleh jadi base makeup juga. Tak payah pakai foundation pun, tak apa. 
Nak pakai dragon blood ni, kena ratakan dengan sponge / berus sebab dia susah sikit nak blend kalau guna jari je. 


produk kecantikan dari China

SKIN yang kotak putih ni, berfungsi macam toner. Sama juga, bila pakai naik jerawat kecil-kecil.
Sebelah tu herbal acne cream, k.fiezz serasi. Tak ada masalah. 


TAK LAH SEMUA PRODUK KECANTIKAN DARI CHINA TAK SESUAI 


Tapi idak lah k.fiezz cakap semua produk kecantikan dari China yang k.fiezz beli dari kedai di Shopee ni, tak serasi dengan k.fiezz. Ada yang okey. Contoh macam herbal acne cream (tutup warna hitam dalam gambar atas), yang ni memang k.fiezz suka sangat. bila jerawat naik, k.fiezz sapu herbal acne cream ni, cepat jerawat surut. So memang in love sangat yang ni. Naik je jerawat laju-laju sapu. Sehari-dua, confirm jerawat kecut. 

So overall k.fiezz tak condemn produk kecantikan dari China ni tak elok cuma tak sesuai dengan k.fiezz. Itu je. 

K.fiezz ingat nak buang tapi sayang pula sebab ada yang belum guna (gambar pertama).. K.fiezz beli extra untuk restock. Duk ingatkan serasi lah. Itu buat stok tapi udah tak serasi ni, jual lah pada yang sesuai dengan produk-produk ni. K.fiezz tengah tanya dalam group kedai ni kat Telegram, kalau ada  pelanggan lain yang nak beli. Sebab ramai je yang serasi dengan produk-produk ni. K.fiezz je tak berapa nak serasi dengan produk kecantikan dari China ni. Aisehhh. Kalau lah serasi, jimat duit sis. haha. So kalau ada yang guna produk-produk ni & sesuai dengan korang. Nak buat stock boleh roger k.fiezz. E-mail k.fiezz (fiezasani2127@gmail.com) atau pm k.fiezz di facebook (fieza sani).

Harap ada lah yang berminat nak beli, boleh sis beli produk Nutox semula. haha. Yeaaa, k.fiezz pakai semula Nutox yea. Mahal pun mahal lah. Nak buat macamana. Hat ni yang sesuai dengan k.fiezz. Sebelum ni k.fiezz guna Nutox warna merah. Tapi haritu ke Watson, promoter yang jaga produk Nutox, cadangkan k.fiezz ambil Nutox yang warna pink pudar. Sesuai untuk hilangkan jerawat & parut jerawat. So tengah cuba sekarang ni. Dari yang k.fiezz nampak, jerawat kecil-kecil kat pipi k.fiezz dah tak berapa nampak berbanding sebelum ni. Legaaa...harap okey lah dengan Nutox pink ni. Serik nak bereksprimen dengan muka sebab jerawat naik, timbul pula parut jerawat. Arghhhhh tak suka parut jerawat. Hate it... Jadi memang harap serasi je lah dengan Nutox ni. Malas nak stress pasal jerawat. 

K.fiezz pun dah kurang layan live kedai yang jual produk kecantikan dari China ni sejak guna produk kat situ, muka jadi masalah. Kalau tengok pun, gitu-gitu je. Malas nak terjebak. Kalau nak beli pun, k.fiezz beli barang lain macam shower gel, shampu & minyak rambut atau apa-apa yang bukan berkaitan dengan skincare. Serikk sis. 

TRY & ERROR YANG TAK MENJADI...

3 Comments

  1. belum pernah cuba lagu produk dari china..klu korea memang serasi..:)

    ReplyDelete
  2. Kinah pun tak pernah try lagi produk china ni kak fiez. Semoga kulit kak fiez kembali normal seperti biasa

    ReplyDelete
  3. rajin fieza cuba product mcm ni. kalau dari korea macam mana. byk dah skincare korea

    ReplyDelete