Siapa suka kek coklat angkat tangan? Kita geng uolls. K.fiezz apa-apa yang berkaitan dengan coklat, memang suka benor weiii. Flat k.fiezz ni ada beberapa orang seller yang jual kek. Tiap kali dorang promote dalam Whatsapp group, k.fiezz menahan je nafsu. Kalau tak kontrol, tiap kali dorang promote k.fiezz beli. haha. Tak salah nak beli tu. Elok lagi ada lah sebab tolong orang kita meniaga tapi kontrol kontrol makan benda manis. Dah berusia ni kena control sikit pengambilan makanan/minuman manis. 

Jadi tak boleh lah beli selalu. K.fiezz beli seminggu atau dua minggu sekali. Tambah mr hubby pun ada sound k.fiezz, asyik makan kek je kojenya. haha. Itu yang k.fiezz kena control control makan makanan manis.   Sebelum mr hubby bersuara ni, selang berapa hari beli. Habis je kek, k.fiezz restock. Ate yang jualnya satu flat dengan k.fiezz. Apa ada hal,kan? haha..

SEDAP KE KEK COKLAT NI?

Ater sedap benor ke kek coklat ni?Duk ulang beli je k.fiezz oooiii..hehe

Sedap ke idak ni?Subjektif. Sebab ikut penerimaan lidah masing-masing. Ikut tekak k.fiezz, memang lulus. haha. Apa-apa yang berkaitan coklat, semua lulus kat tekak k.fiezz. 

Kek coklat yang ni, dah beberapa kali k.fiezz ulang beli sebab kena dengan tekak. Senang cerita, peminat coklat kan. haha. Semua pun sedap. 


kek coklat

Rasa dia manis sikit & tak muak makan. K.fiezz had kan satu hari satu potong je. haha. Dapat je kek coklat ni, k.fiezz potong kek beberapa keping. Jadi satu hari satu keping kek coklat. hehe.

Kontrol kontrol. Favourite tu favourite juga tapi kena kawal. 

Saiz kek coklat ni - 5 inci
Harga - Tahun lepas RM10. Tahun ni dah naik jadi RM11..hehe..Besa lah harga barang naik. Malaysia oo Malaysia..hehe

Overall kek coklat ni sedap ikut deria lidah & penerimaan tekak k.fiezz..

Chocolate Lover here...

4 Comments

  1. tgk gambar pun dah tahu sedap..yummy..:)

    ReplyDelete
  2. RM11 pun kira murah gak lagi tu...sama la SA pun kurangkan amik minuman dan makanan manis2...kalau beli coffee pun guna brown sugar je..bagi ala2 je..

    ReplyDelete
  3. naik seringgit je. Okay la kalau rasa dia masih stay sama. Uish... Nasib xde baking powder kat dapo. Lau tak. buat dah ni. hehe

    ReplyDelete