Pernah tak korang menghadapi situasi dimana anak korang sukar untuk makan? K.fiezz yakin  sebahagian besar dari kita mempunyai masalah ini betul tak? Tahukah korang, kanak-kanak yang susah nak makan ni berkemungkinan tidak akan dapat nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka.

Kanak-kanak memerlukan nutrisi yang lengkap untuk proses tumbesaran supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan aktif. Nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak. Justeru, diet seimbang dan berkhasiat yang membekalkan segala nutrien sangat diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan anak-anak kecil ini.

Beberapa laporan daripada badan antarabangsa mengenai keperluan nutrisi sungguh membimbangkan. Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 17.7 peratus kanak-kanak dan remaja di Malaysia berusia 5 hingga 19 tahun mengalami masalah pertumbuhan terbantut dan berdasarkan Kajian Nutrisi Kanak-kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), satu daripada tiga keluarga Malaysia kekurangan nutrisi penting terutamanya vitamin C, zat besi dan kalsium.


Jadi bagaimana kita nak pastikan anak-anak ini mempunyai nutrisi yang mencukupi?


diffenz junior, eskayvie diffenz junior, khasiat diffenz junior

Untuk kali ni k.fiezz nak kongsikan satu produk dari Eskayvie iaitu Diffenz Junior yang berfungsi untuk membantu kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun untuk dapatkan nutrisi tambahan di dalam badan.

Bila tubuh badan dapat nutrisi yang mencukupi anak-anak ni akan mempunyai tubuh badan yang sihat serta dapat membina sistem imun badan yang lebih baik dan dapat terhindar daripada jangkitan penyakit.


Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid


diffenz junior, eskayvie diffenz junior, khasiat diffenz junior

Lagi-lagi waktu Covid-19 ni. Kanak-kanak memang perlukan antibodi dan sistem imun badan yang tinggi agar mereka tidak dijangkiti dengan Covid-19.


Gabungan Kolostrum, Multivitamin, Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C & D Menyokong Tumbesaran Dan Sistem Imun Kanak-Kanak

Jom kita tengok apakah bahan-bahan yang terdapat dalam Diffenz Junior ni yang dapat membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan menyokong tumbesaran yang sihat untuk anak-anak.

Kolostrum

diffenz junior, eskayvie diffenz junior, khasiat diffenz junior

Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu

 

       meningkatkan sistem imun badan 

       melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 

       kesan anti-mikrob dan anti-virus

       melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 

       menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

 Multivitamin Dan Mineral

diffenz junior, eskayvie diffenz junior, khasiat diffenz junior

Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum).

Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang sangat memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,


       melengkapkan keperluan nutrisi

       menyokong penglihatan 

       merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 

       melindungi diri daripada jangkitan 

       membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak

       membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf 

Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)


Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni adalah ia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini. 

Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan. 

Kebaikan:

 

       Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

       Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

       Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 

       Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.

       Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.

Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)


diffenz junior, eskayvie diffenz junior, khasiat diffenz junior

“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu” 

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan: 

       Menguatkan sistem imun

       Antioksidan dan anti-radang

       Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak

       Menstabilkan tekanan darah tinggi

       Merangsang penghasilan kolagen

       Mengawal gula darah

Vitamin D

diffenz junior, eskayvie diffenz junior, khasiat diffenz junior

Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.

Malah, ada golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas. 

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada matahari, namun ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti,

 

       Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.

       Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan 

mendung, topi & etc.

   Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan mendedahkan rama 

individu kepada kekurangan Vitamin D. 


Vitamin C


diffenz junior, eskayvie diffenz junior, khasiat diffenz junior

Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C. 

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua sumber vitamin C daripada makanan akan diserap ke dalam badan.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Diffenz Junior Perlindungan Terbaik Untuk Kanak-Kanak


diffenz junior, eskayvie diffenz junior, khasiat diffenz junior

So macam mana? Banyak kan kebaikan yang ada pada bahan-bahan dalam Diffenz Junior untuk kanak-kanak? Sebagai ibu bapa korang perlu dapatkan yang terbaik untuk anak-anak korang supaya mereka ini dapat membesar dengan sihat. Tak salah kalau korang laburkan sedikit duit untuk kebaikan anak-anak.

Korang boleh dapatkan Diffenz Junior ni di laman web dan media sosial Eskayvie melalui pautan dibawah.

Website:  https://diffenzjunior.com/

FB PAGE: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

0 Comments