K.fiezz try bird nest mask pula uolls. K.fiezz & kecantikan, like so bff walaupun sis idok lah lawa pun. hehe. Yang penting nak jaga kulit supaya cantik gitu.  Bird Nest Mask ni k.fiezz beli dalam live kedai kat Shopee < MHO >.  Haritu masa tengok live kedai ni, staff dia tengah promote bird nest mask ni. K.fiezz kalau tengok kedai ni punya live, selalu terciduk. haha. Ada je yang melekat. Paling banyak k.fiezz shopping kat kedai ni barang skincare & kosmetik. Skincare & kosmetik kat kedai ni semua dari China yea. Kalau korang yang jenis was-was nak guna produk dari China, tak suggest untuk beli. Macam k.fiezz ni sejenis suka mencuba. Kalau serasi, alhamdulillah. Tak serasi terpaksa buang je lah produk yang tak sesuai tu. K.fiezz dah guna beberapa produk kecantikan dari China yang beli kat kedai ni, ada yang k.fiezz serasi. Ada yang tak serasi. Try & error konsepnya. Terbaru k.fiezz cuba bird nest mask pula. Masa ni ada offer dalam live kedai diaorang. Harga 1 kotak (10 keping mask) ni RM5 saja. Murah ke idok?Sampai 2 terus k.fiezz beli. haha. #tamak.

BIRD NEST PROTEIN PEPTIDE ANTI AGING BRIGHTENING FACIAL MASK


Amboi nama kemain panjang berjela. Dari nama dia ni, dah boleh tahu fungsi bird nest mask ni untuk anti-aging & cerahkan kulit. Sana sini banyak dah produk yang ada kandungan bird nest ni sebab khasiat dia banyak sangat untuk kecantikan dan kesihatan. Di antara khasiat bird nest untuk kulit muka :-

  • Anjalkan kulit
  • Cerahkan kulit (lelaki & wanita)
  • Kurangkan kedutan pada muka
  • Antioksida 
  • Memperbaiki kompleksi kulit
  • Kurangkan iritasi pada kulit
  • Cepatkan pemulihan tisu yang bermasalah

Fungsi bird nest mask 

  • Mengandungi pelbagai jenis pelembab & pati pelembab dari ekstrak sarang burung, nicotinamide, collagen, hyaluronic acid
  • Kulit jadi lebih lembut & lembab
  • Kulit lebih halus
  • Memperbaiki kekeringan & tekstur kasar pada kulit
  • Jadikan kulit lebih licin, lembut & anjal

bird nest mask, fungsi bird nest,produk kecantikan dari China
Abaikan muka sis yang ketat benor ni. haha. Pakai bird nest mask ni, hah. Tegang muka sis, itu yang tak boleh nak senyum. haha. 

Fungsi Bahan Dalam Bird Nest Mask Ni?

  • Ekstrak Sarang Burung  - Meredakan radang kemerahan bekas jerawat & mengecilkan pori-pori
  • Nicotinamide @ Niacinamide- Lembabkan kulit, membantu merawat jerawat, pudarkan parut hitam jerawat, mengawal pengeluaran minyak, kurangkan kedutan & garis halus, melindungi kulit dari sinaran UV, kecilkan pori-pori kulit
  • Hyaluronic Acid - Melembabkan kulit 
  • Kolagen - Kurangkan kedutan dan garis halus

Review Bird Nest Mask ni?


Lembut weiii kulit lepas pakai bird nest mask ni. Suka pula cubit pipi sendiri. haha. #Over tau. Kena konsisten lah pakai. K.fiezz baru pakai sekeping. hehe. Nak pakai mask ni kena tengok mood juga tau. Kalau mood rajin, hari-hari pun boleh. Tapi kalau mood tak berapa nak rajin, sebulan sekali pakai. Haha. Ni k.fiezz lah. Orang lain rajin je. Sis ni part pakai mask kurang rajin sikit. Nak cantik tapi malas. Acane tu?haha. 

Dalam malas-malas, bila datang rajin tu jom lah ber mask dengan bird nest mask ni. Bird nest mask ni jenis sheet. Cuma keluarkan mask dari packaging lepas tu tepek kat muka. Biarkan dalam 15 minit.Cukup 15 minit, tanggalkan mask & dap dap lebihan ekstrak yang ada kat muka. 

Kesan lepas pakai bird nest mask ni boleh rasa kulit lembut, lembap. Suka pegang muka sendiri lepas tanggalkan mask ni.  

Konsisten guna setiap minggu ni. Fuhhh flawless muka, tegang kulit sis. hehe. Okey nak konsisten pakai. Kata nak kulit cantik,kan. Kena rajin lah k.fiezz ooiiii.. hehe

Nak cantik = Kerja Keras. Baru hasil da bomb gitu. hehe...

1 Comments