Yara. Cerita terbaru di Netflix yang k.fiezz layan semalam. Macam biasa, k.fiezz sebelum nak tengok apa-apa cerita/movie, baca info dulu. Bila baca sinopsis Yara ni,  boleh assume jalan cerita dia menarik. Tambah pula diinspirasi dari kisah benar yang berlaku di sebuah bandar di Itali pada tahun 2010. 

yara, sinopsis yara

YARA

SINOPSIS YARA

Mengisahkan cerita seorang gadis yang berumur 13 tahun bernama Yara hilang semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari gimnasium. 

Yara tinggal bersama keluarganya (ibu ayah, seorang kakak & 2 orang adik lelaki). Ibu bapa Yara dalam kategori berpendapatan sederhana saja. Jadi kehilangan Yara, diketepikan atas alasan duit tebusan. 

BEST TAK YARA?

Jalan cerita yang menarik & kita akan tengok cara hidup Yara pada permulaan cerita. Macamana rutin Yara yang selalu ke gimnasium untuk menjalani latihan sukan, suka menulis diari. Sampai lah Yara hilang.  

Hari kehilangan Yara, ayah dia ingat Yara ni ada dengan kawan-kawan dia. Tapi ibu Yara tak puas hati sebab telefon Yara tak dapat-dapat. Dia cari sendiri di gimnasium tempat Yara selalu buat latihan & Yara tak ada di situ. Ibu Yara tanya orang-orang yang ada di gimnasium masa tu, ada nampak Yara ke tidak. Seorang pun tak nampak.

Selepas pencarian ibu & ayah Yara tak berjaya, baru ayah Yara buat laporan polis. Dari sini, pihak polis buat siasatan mencari Yara. Kes ni diketuai oleh Letizia Ruggeri. Pada mulanya pihak polis andaikan Yara ni melarikan diri tapi bila siasatan dilakukan, semua kenalan / keluarga yang disoal siasat beritahu karakter Yara macamana. Polis ketepikan andaian awal diaorang Yara melarikan diri. 

Siasatan demi siasatan menemui jalan buntu sampai lah 3 bulan kemudian, mayat Yara di jumpai. Selepas mayat Yara di temui, siasatan untuk mencari pembunuh Yara pula. Semua bukti yang ada di badan Yara di ambil termasuk kesan darah yang ditinggalkan oleh si pembunuh pada badan Yara. Di Itali, pencarian DNA tak secanggih di negara lain seperti US yang boleh mencari DNA melalui carian di dalam sistem. Jadi pihak polis terpaksa menggunakan cara lama & mengumpul DNA secara manual & melibatkan ramai orang. Cara ni makan masa yang lama hingga bertahun untuk mengumpulkan keputusan. 

Sampai Letizia ni rasa giveup dengan orang atasan yang berterusan menekan dia kerana proses siastan kes ni makan kos yang tinggi. 

Tahun keempat selepas Yara ditemui, kes ni masih belum selesai sebab menemui jalan buntu. Tapi masa Letizia hampir menarik diri dari kes ni sebelum ditutup lagi beberapa minggu, diaorang dapat hasil DNA yang hampir tepat dengan pembunuh. 

Selepas pencarian yang tepat DNA si pembunuh di waktu yang agak singkat sebelum kes ditutup bersama bukti lain untuk kukuhkan kes, pihak polis berjaya jumpa pembunuh Yara. 

Walaupun dah bawa pembunuh Yara ni ke muka pengadilan bersama bukti yang terang lagi nyata, si pembunuh ni tak mengaku. Dia tetap pertahankan dia tak salah.

So nak tahu berjaya tak si pembunuh Yara ni dipenjara atau dibebaskan?Check it out sendiri di Netflix. 

Jalan cerita dia agak slow sikit sebab banyak bercakap. Tapi menarik untuk tengok sebab nak tahu kes Yara ni jadi cold case atau si pesalah berjaya di penjarakan ke atau tidak.

Rating - 4 / 5 

4 Comments

  1. Menarik! Yara, sedap namanya, macam nama anak Lisa Surihani pun ada, Yahaira

    ReplyDelete
  2. ada nampak movie ni dekat netflix, nanti nak tengok lah sebab jalan cerita dia menarik.

    ReplyDelete
  3. tak sampai hati baca sebab dari kisah benar.. skrg ni pn byk kes kan nauzubillah minta diijauhkan

    ReplyDelete