Biasa kita dengar Kitsui sinonim dengan produk makanan/minuman tambahan je kan? Terbaru ada Kitsui Skincare pula uolls. Tak sabar nak kulit macam orang Korea ni. hehe. Rangkaian produk terbaru dari Kitsui iaitu Kitsui Korean White Skincare. Siapa yang nak kulit cerah, bersih & licin korang kena cuba set terbaru Kitsui Skincare ni.

Jenama KITSUI ni tak perlu lagi diperkenalkan. Sebut je KITSUI semua tahu. Kitsui dikenali sebab menggunakan ekstrak bahan-bahan dari sumber alam yang berkualiti dari seluruh dunia. Produk-produk Kitsui juga diedarkan berdasarkan Good Manufacturing Practices (GMP)

kitsui korean white skincare, kitsui skincare, penjagaan muka cara korea

 
 
Jadi tak perlu diragui lagi keberkesanan produk-produk jenama Kitsui.

kitsui korean white skincare, kitsui skincare, penjagaan muka cara korea

KITSUI SKINCARE


Kitsui Skincare juga dijamin HALAL, bebas dari ALKOHOL & cuma menggunakan ESSENTIAL OIL sebagai pewangi semulajadi. Serta bebas dari bahan berbahaya seperti Sumber Haiwan, Pewarna Tiruan, Paraben, Bahan Toksin, Sulfat, Perfume, Paraffin & Silicone

Dengan penggunaan yang konsisten, Kitsui Skincare boleh jadikan kulit kita lebih cerah, sihat, bersih & licin. 

Bagi yang ada masalah kulit kering dan sensitif, jangan risau juga sebab kitsui skincare ni sesuai untuk kulit kering dan sensitif.

KITSUI KOREAN WHITE SKINCARE


Jom kita tengok ada apa dalam Kitsui Korean White Skincare ni yang boleh jadikan kulit kita cerah, bersih & licin macam orang Korea tu. Untuk dapatkan kulit yang cerah, sihat, bersih & licin wajib amalkan rutin penjagaan muka mengikut setiap langkah. Bermula dari mencuci hingga ke pemakaian sunscreen. Iya...Nak kulit cantik kena usaha yea uolls. Bukan setakat cuci muka saja. Ada langkah-langkah lain lagi. 

Dengan kitsui skincare ni, korang tak perlu risau sebab pada setiap botol dan kotak, ada di tulis setiap langkah yang perlu dibuat. Jadi tak ada lah kita tercangak bangak nak buat apa?nak letak apa kat muka?

Paling penting nak kulit ala-ala kbeauty gitu kan, jadi kena konsisten amalkan kitsui skincare ni. 

Jom kita berkenalan dengan lebih dekat produk-produk bawah Kitsui Korean White Skincare ni. 


kitsui korean white skincare, kitsui skincare, penjagaan muka cara korea
Tadaaa..4 Beradik yang wajib diamalkan untuk dapat kulit cerah, sihat, bersih & licin ala-ala kbeauty konsepnya....

Apa Langkah-Langkah Penjagaan Muka, k.fiezz?

Di bawah ni gambar untuk langkah penjagaan muka yang boleh kita ikut tapi untuk permulaan kita mulakan dengan 

kitsui korean white skincare, kitsui skincare, penjagaan muka cara korea


langkah paling asas dalam penjagaan muka. Mulakan dengan 4 beradik Kitsui Korean White Skincare ni. Jomsss cekidaut..

kitsui korean white skincare, kitsui skincare, penjagaan muka cara korea

1 - 2 - 2.5 & 3

Langkah paling asas untuk rutin penjagaan muka yang wajib dibuat untuk dapatkan kulit cerah , sihat , bersih dan licin



kitsui korean white skincare, kitsui skincare, penjagaan muka cara korea

Langkah Pertama - Korean White Cleansing Gel


Meh tengok dulu bahan-bahan & fungsi yang ada dalam Korean White Cleansing Gel ni :

  • Niacinamide (Vitamin B3) : Cerahkan kulit, bantu kulit kekal lembab dan bebas dari merah-merah
  • Vitamin E : Tingkatkan penghidratan kulit
  • Coenzyme Q10 :Melambatkan timbul tanda-tanda penuaan

Dah tahu bahan-bahan yang digunakan, apa pula fungsi Korean White Cleansing Gel ni?

  • Bersihkan kulit tanpa menyebabkan kulit jadi kering
  • Mencegah tanda-tanda penuaan
  • Cerahkan Kulit
  • Bantu neutralkan radikal berbahaya yang menjadi punca salah satu utama penuaan


kitsui korean white skincare, kitsui skincare, penjagaan muka cara korea

Langkah 2 - Korean White Toning Lotion

Ada apa yeak dalam Korean White Toning Lotion ni :

  • Galactomyces (rice water) : Bantu kurangkan saiz liang pori & mencerahkan kulit
  • Rosemary : Bantu kurangkan pigmentasi & perbaiki tona kulit
  • Coenyzme Q10 : Tegangkan & anjalkan kulit

Fungsi Korean White Toning Lotion 
  • Tingkatkan penghidratan kulit
  • Bersihkan liang pori kotor
  • Cerahkan kulit
  • Kurangkan whitehead & blackhead


kitsui korean white skincare, kitsui skincare, penjagaan muka cara korea

Langkah 3 - Korean White Essence Serum

Bahan-bahan dalam Korean White Essense Serum :

  • Niacinamide (Vitamin B3) : Cerahkan kulit & kurangkan bekas parut
  • Coenzyme Q10 : Jadikan kulit lebih tegang, sihat & licin
  • Rosemary : Vitamin C yang tinggi jadikan kulit lebih bersih dan cerah

Cekidaut apa fungsi Korean White Essence Serum ni :

  • Merawat parut & bintik hitam
  • Menjadikan kulit lebih bersih & licin
  • Cerahkan kulit
  • Memperbaiki masalah kulit muka
kitsui korean white skincare, kitsui skincare, penjagaan muka cara korea

Langkah 4 - Korean White Moisturizer

Ada apa dalam Korean White Moisturizer ni :-

  • Niacinamide (Vitamin B3) : Cerahkan, lembabkan & haluskan kulit
  • Hyaluronic Acid : Kurangkan masalah kulit kusam & ton warna tak sekata
  • Coenyzme Q10 : Lambatkan tanda penuaan seperti bintik hitam, garis halus & kedutan 

Fungsi Korean White Moisturizer

  • Kurangkan rasa kekeringan pada muka
  • Bantu lembabkan kulit
  • Cerahkan kulit
Best kan fungsi setiap bahan-bahan dalam produk kitsui skincare ni. Nak guna apa-apa produk, kita kena tahu dulu apa bahan yang digunakan & fungsi dia.Bila dah tahu apa bahan yang diguna, apa fungsi dia,  kita boleh tepek kat muka dengan yakin sebab tahu fungsi-fungsi dia yang boleh bantu masalah kulit masing-masing terutama yang nak kulit cerah, sihat, bersih dan licin. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk-produk Kitsui, klik link kat bawah ni :-

Instagram : kitsuimalaysia
Tik Tok : Kitsui Malaysia
Facebook : kitsuimalaysia
You Tube : KitsuiBeauty

Kitsui Korean White Skincare 

2 Comments

  1. tak penah pakai lagi kitsui tp nampak cam best la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mama..saya dah ada set skincare ni..tazabar nak try..hehe

      Delete