Melayan roti sarang lebah pula. Seperti biasa lah beli dari orang flat k.fiezz ni je. hehe.Dalam group whatsapp flat k.fiezz ni semua jenis makanan ada. Kontrol nafsu je kakak fiezz nengoknya bila diaorang post dalam group. Yang mana kakak fiezz berkenan nak cuba. Memang laju-laju k.fiezz whatsapp tepi. hehe.

Orang yang jual ni, orang yang sama k.fiezz beli bombolini sebelum ni. Memang dah tahu roti, donut dia semua sedap, lembut & gebu. Haritu nampak dia promote jual roti sarang lebah ni. Nak cuba lah. Sebelum ni rasanya pernah makan roti sarang lebah ni. Adik sepupu k.fiezz bagi. Memang okey rasa dia. Boleh lalu kat tekak k.fiezz ni. 

So saja lah beli dari orang flat k.fiezz ni pula. Senang sikit delivery sebab satu flat. Sekali lah support orang flat k.fiezz ni meniaga juga. 

Roti Sarang Lebah


Roti sarang lebah ni atas dia ada biji-bijian / kekacang & dimakan dengan sos butterscotch. Masa nak makan baru letak sos atas roti sarang lebah ni. Kenapa nama dia Sarang Lebah?Ermmm..Tak pasti lah pula uolls.

Cuba lah cari di mr google. Mungkin bentuk roti dia atau sebab ada sos butterscotch. 

K.fiezz tak mencari kenapa nama dia roti sarang lebah. K.fiezz nak makan je. haha. 


roti sarang lebah

Roti Sarang Lebah & Sos


roti sarang lebah

Sedap Tak?


Ikut tekak masing-masing. Pada tekak k.fiezz, sedap je. Best sebab bila makan roti, ada biji-bijian atau kekacang tu. Tambah pula sos butterscotch dia tu. Sedap. Rasa sos tak terlalu manis & bila makan dengan roti dia tak jadi muak sangat. 

Mr hubby macam kureng pula roti sarang lebah ni. Dia tak reti makan katanya. Sabar je lah. K.fiezz suap kat mr hubby tapi dia makan yang itu je. Tak ada ulang lain. Biasa mr hubby kalau makanan tu sedap, dia akan ulang. Kalau dia tak ulang tu, maksudnya tak kena lah dengan tekak dia.

Masing-masing punya selera,kan. Ada orang suka ni, ada orang tak suka. Jadi sedap itu subjektif.

Harga roti sarang lebah yang orang flat k.fiezz jual ni RM5 - satu pek. 

MISI MENGGEMUKKAN BADAN. Haha..

7 Comments

  1. om tak pernah makan lagi, kena try ni nanti

    ReplyDelete
  2. mungkin kat tekak saya pun rasa sedap, sebab saya suka roti macam ni hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya jiran-jiran flat jual pelbagai macam makanan ..teringin menu apa seksli pun tengok group wassap kan ..mudah

    ReplyDelete
  4. sos butterscotch tu yg buat roti ni sedappp
    bg cik nur la.
    dan roti yg lembut
    kacang2 tu hiasan utk cantikkan je

    ReplyDelete
  5. sedap makan roti sarang lebah ni sebab roti dia gebu pastu sos butterscotch tu manis elok je.

    ReplyDelete
  6. mama penah makan tapi mama pun x berapa reti makan haha

    ReplyDelete
  7. lama dah tak makan. dulu viral sangat roti ni :D

    ReplyDelete