Sling bag POLO!!Bag baru. Bag baru. Bukan k.fiezz punya. Mr hubby yang punya. Dia complaint messenger bag yang k.fiezz beli baru-baru ni, tak selesa pakai. Boleh baca entry < TAK SUKA BAG NI >. Ehhh sabo je lah k.fiezz masa mr hubby complaint pasal bag baru ni tau. Udah lah mahai messenger bag tu weii. 90 hengget. Sekali dia tak suka pula. Idak ke sentap sis dengor mr hubby complaint tu. haha. Masam muka sis tau. Muncung k.fiezz macam boleh diikat masa mr hubby balik dari kerja, lepas yang dia complaint tu. Haha. Nak buat macamana, bini sejenis kuat sentap. haha.

MALAS NAK BELI BAG BARU


Mula-mula k.fiezz malas nak beli sling bag lelaki yang baru untuk mr hubby. Merajuk. Haha. Kang beli yang baru, tak berkenan lagi. K.fiezz dah keluarkan sling bag lama mr hubby yang sebelum ni. Siap sangkut kat kerusi gaming dia. Sentap tak sentap lah. haha. Duit syiling yang k.fiezz ambil masa 5s nak transfer barang dari sling bag lama ke bag baru, k.fiezz letak semula dalam sling bag lama. haha. 

Lepas tu mr hubby perasan k.fiezz sentap. Biasalah sesi pujuk memujuk lah. K.fiezz cakap kat mr hubby dah sangkut sling bag lama kat kerusi dia. Mr hubby cakap tak nak bag tu sebab zip dia ada yang dah tercabut. Dia hint suruh beli sling bag yang lain. 

Eiii. Motif tau. K.fiezz cakap kat mr hubby, kena tunggu seller yang jual bag branded tu buat live. Mr hubby kata tak semestinya yang branded. Biasa-biasa pun boleh. 

Okey lah dah cakap macam tu..Kita cari lah sling bag lelaki hat lain yang memenuhi piawaian & kriteria mr hubby. 

CARI SLING BAG LELAKI DALAM SHOPEE


Seperti biasalah, dah hint suruh beli sling bag yang lain. K.fiezz buka shopee & cari sling bag lelaki yang menepati citarasa mr hubby. Jenuh juga lah mencari. Mr hubby nak sling bag lelaki yang banyak compartment sebab senang nak asing-asing letak barang. Ada slot untuk letak kunci, ada slot untuk letak purse, handphone, kunci kereta, kunci rumah, vape & lain-lain. Lepas tu senang nak keluar masukkan barang. 

Cari punya cari, jumpa sling bag POLO (rujuk gambar di bawah). Harga dalam RM3x.xx..Okey lah affordable harga tu. Sebelum proceed beli, tunjuk kat mr hubby dulu sling bag POLO ni kat mr hubby. Ada gambar bahagian dalam & luar. Jadi senang nak tengok design sling bag POLO ni macamana. 

Tunjuk kat mr hubby, dia cakap okey. Lulus. Proceed beli. 

Selepas beberapa hari. 

Sling Bag POLO sampai.. Yeayyy..Eh macam k.fiezz yang punya. haha. 

OKEY KE SLING BAG POLO NI?


Okey. Banyak compartment cuma saiz bag ni kecil dari sling bag mr hubby yang lama. Tapi sling bag POLO ni lagi okey dari messenger bag yang 90 hengget tu. Mr hubby cakap messenger bag tu macam bawa beg plastik sebab bahagian tengah, kain pemisah ruang dia jenis lembik. Bila letak barang, macam tak ada fungsi je kain pemisah (divider) tu. Semua barang bercampur. Itu yang mr hubby cakap macam bawa beg plastik merah hat beli barang tu. Haha. Kuang asam. Mahai tau messenger bag tu. Lain orang lain taste dia. Mr hubby k.fiezz tak minat bag macam ni. Ada orang lain, mungkin minat. Berbeza citarasa kita. 

Untuk sling bag POLO ni kat tengah dia, kain jenis keras. Letak barang pun dia elok terletak. Barang-barang pun memang dalam ruang masing-masing. Tak bercampur aduk. Ada comparment belah hadapan & belakang. Jadi senang nak letak kunci kereta kat belakang. Tak payah nak seluk-seluk bahagian dalam bag. 


sling bag lelaki

Sling Bag POLO yang menepati citarasa mr hubby


sling bag lelaki

Bahagian dalam. Yang bahagian tengah tu, kain dia jenis keras. Jadi bila letak barang kiri & kanan, kain tu elok terletak. Tak menganggu.


sling bag lelaki

Slot di bahagian depan


sling bag lelaki

Slot bahagian belakang. Boleh letak kunci kereta. 

Overall sling bag POLO yang ni menepati citarasa mr hubby. Legaaa..Kalau idak, jenuh pula nak cari sling bag lelaki yang lain. 

Tak apa lah tak ada jenama pun. Udah mr hubby selesa dengan design yang ni. So biarlah. Beli mahal-mahal pun, mr hubby tak selesa buat apa. Hah, jadi macam messenger bag 90 hengget tu, masuk dalam kotak simpanan k.fiezz. Siapa nak beli, meh pm k.fiezz. haha. #serius ni. haha. Beg tu baru lagi tau, mr hubby baru guna 2-3 kali sebelum sling bag POLO ni sampai.  Korang boleh rujuk entry k.fiezz kat atas. Berminat, roger je k.fiezz.. Mana tau kot nak beli untuk en suami ke, boyfriend ke, en tunang ke kan?hehe.

GUNA BARANG IKUT KESELESAAN SENDIRI....

1 Comments