Sambal Nyet Berapi!!Kemain berapi betul tahap pedas dia. Ni bukan k.fiezz beli. Mr hubby beli melalui kawan ofis dia. Mr hubby cakap kawan ofis dia mengaku tangan selaju The Flash. haha. Kan nak beli sambal Nyet Berapi ni kena berebut. Kalau tangan yang laju, berjaya lah buat order. Eh ni bukan kawan ofis mr hubby jual tau. Kawan ofis mr hubby tolong order kan dalam Shopee. Kawan dia tanya ada sesapa nak selit order ke sambal Nyet Khairul Aming ni, dia boleh tolong order kan sebab tangan dia laju zassss order. haha. 

Surprise Beli Sambal Nyet Khairul Aming


Mr hubby beli ni, buat surprise kat k.fiezz. Lepas dah dapat sambal nyet khairul aming ni, mr hubby bagi gambar parcel. Lepas tu suruh k.fiezz teka apa benda dalam packaging tu. Ingatkan mr hubby beli barang-barang komputer dia ke apa. Teka tu, salah. Teka ni pun salah. Eiii tak tahu lah. Suruh bagi clue, mr hubby tak berapa nak bagi clue sangat

Lepas tu mr hubby cakap, barang ni selalu laris. Terus k.fiezz macam 'errr..sambal kah?'. haha. Sebab tahu sambal nyet berapi ni yang laris kat shopee tu. Open order, sekejap je habis. 

Dan tadaaa..betul tekaan k.fiezz. Sambal Nyet Berapi Khairul Aming. Haha. 


Sedap Ke?

Tak tahu nak cakap sedap ke tak? Sebab sedap ni subjektif. Lidah lain-lain. Untuk k.fiezz okey rasa dia. Tapi memang tahap kepedasan, sesuai lah dengan nama dia. Berapi betul. Masa mula-mula k.fiezz makan, ambil 2 sudu besar. Amboi kemain berlagak sampai 2 sudu besar. Haha. Sekali dah masuk dalam mulut, suapan pertama kedua tak rasa sangat pedas dia. Lama sikit baru pedas dia datang sikit-sikit. Lepas tu dah rasa tahap pedas giler. Nak habiskan pun tak lalu. Fuhhh...Memang tahap berapi betul pedas dia. Lepas makan, rasa panas dalam badan weiii. haha. Adik sepupu mr hubby share lepas makan sambal nyet berapi ni, esoknya dia mengulang ke toilet. haha. Bukan lah kitaorang makan sekali tapi dia whatsapp sebab tengok dalam whatsapp status, k.fiezz ada up pasal sambal nyet berapi ni. Jadi dia share experience lepas makan sambal nyet berapi ni. 

Ada orang tahan pedas. Ada orang tak tahan. Jadi jangan samakan pula. Tak semestinya makan sambal ni dapat effect pula. K.fiezz makan sambal nyet berapi ni, okey je. Tak ada pun mengulang ke toilet. Cuma tak tahan pedas dia je.

Sambasl Nyet Berapi

K.fiezz ni memang suka je makan pedas. Kalau tak pedas, rasa tak complete. Tapi sambal Nyet Berapi ni, tak lalu weiii. Lepas dah makan yang masa mula-mula, pedas tahap tak lalu untuk lidah tahan. Kali kedua & berikutnya, k.fiezz ambil 1 sudu kecil, setoet je. Haha. Buat syarat ada rasa pedas-pedas. 

Jadi rating sambal nyet berapi ni k.fiezz bagi 4/5. Untuk lidah k.fiezz, okey rasa sambal dia. Cukup rasa dari segala segi. Cuma tahap pedas sambal nyet berapi ni, serius k.fiezz tak boleh tahan..Pedas angat..Untuk peminat makanan pedas, mungkin okey kot tahap kepedasan dia. K.fiezz punya tahap pedas, sedang-sedang sajo. Nak pedas tapi tak mau pedas sangat. Hah, acane tu.  haha. 

Mr hubby beli sambal nyet berapi ni 2 botol weii. Jenuh nak perabiskan ni. Kita makan lah slow-slow & steady

Entry berkaitan <Sambal Penyet>

Beli Di Shopee

Korang yang nak cuba Sambal Nyet Berapi ni, boleh beli dari shopee direct dari founder dia Khairul Aming. Tapi nak beli sambal nyet berapi ni kena berebut tau. Sebab biasanya Khairul Aming ni open order, sekejap je sambal nyet berapi dia sold out.

K.fiezz masa mula-mula tengok kat Facebook, ramai orang duk share sambal nyet khairul aming ni, memang berminat nak beli. Sebab nak rasa, sedap benor ke? Ramai berebut nak beli. Lepas tu asyik sold out

Tapi bila mengenangkan kena berebut untuk beli. Tak berapa nak berkenan pula beli berebut-rebut ni. So KIV je lah nak beli. Nanti-nanti lah ada mood nak berebut untuk beli, baru k.fiezz beli. haha.

Ni dah kebetulan mr hubby buat surprise beli jadi cun sangat lah tu. haha. Nak makan tapi malas berebut nak beli. haha. 

PEDAS BERAPI...

5 Comments

  1. x penah rasa.. setiap kali nk beli di shopee mst dh sold out

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa lagi. Tengok gambar api tu pun dah cukup menunjukkan yang sambal tu pedas.Hu3.

    ReplyDelete
  3. kalau bg k.fiezz smbal ni pedas. klu sy mkn mmg pedas sangat2 la tu sbb sy jenis xmkn pedas,tp viral ye sambal ni..kejap je dh sold out

    ReplyDelete
  4. SA ada gak cuba nak beli sambal ni...tapi tu la..x pernahnya dapat..asyik sold out

    ReplyDelete