Program Titan Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya anjuran Richworks yang akan menaja usahawan & bakal usahawan bakal berlangsung pada 24-26 September 2021 secara virtualDalam program Titan Summit 2021 ni akan mengumpulkan 100 usahawan terdiri dari titan richworks yang akan berkongsi usaha masing-masing dalam membina empayar bisnes masing-masing semasa kita masih lagi dalam krisis berdepan dengan pandemik COVID19 sekarang. Apa rahsia 100 usahawan titan richworks ini sehingga berjaya mengumpul angka dari  kosong hingga cecah 7 juta? Ada antara usahawan ni bukan saja pengasas perniagaan tapi juga usahawan master stokis atau mudah faham, menjual produk/perkhidmatan usahawan lain. Hah, mesti ramai yang jadi dropship, agent produk-produk orang lain betul tak? Nak tahu tak rahsia macamana nak berjaya seperti 100 usahawan titan richworks ini, wajib joint Program Titan Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya ni. Link untuk daftar, boleh klik di bawah sekali. 

Jangan lepaskan peluang masuk Program Titan Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya ini sebab PERCUMA saja. Bukan senang weii nak masuk program macam ni secara percuma. Kalau tak, korang tahu je lah harga kelas titanium  Dr Azizan, mahaiii weiii. 

Ni dapat free je. Rugi tak joint tak kisah lah sama ada korang jual produk sendiri atau produk orang lain. Program Titan Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya ini menekankan kemahiran dalam perniagaan & beri ilmu baru berkaitan perniagaan. Meniaga ni bukan sekadar menjual saja, tau. Kena ada skill, ilmu. Baru jualan kita meningkat & boleh bertahan serta bersaing dengan yang lain. Terutama kalau kita menjual produk/servis yang sama dengan orang lain. Macamana nak kenalkan diri kita pada orang luar terutama bakal pelanggan supaya orang senang bezakan kita dengan usahawan lain. Semua tu ilmu yang boleh dapat dalam program seperti ini. Dapat pula perkongsian rahsia dan ilmu dari usahawan titan richworks yang berjaya, mahal tu. Tak semua usahawan berjaya nak berkongsi rahsia diaorang, tau. Ni peluang untuk cungkil pengalaman mereka yang berjaya. 

titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya (m) sdn bhd, program richworks,titan richworks


titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya (m) sdn bhd, program richworks,titan richworks

Program Richworks yang dibuat secara virtual. 

Dalam perhimpunan ini, Richworks nak buktikan pada orang ramai terutama yang ada perniagaan, kita boleh berjaya sekiranya ada bimbingan & tunjuk ajar  dari yang berpengalaman seperti mentor usahawan & pakar pemasaran No. 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ramai testimoni usahawan yang berjaya hasil tunjuk ajar beliau. 

Program Titan 2021 yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini bakal menaja usahawan & bakal usahawan yang nak mengikut jejak langkah usahawan titan richworks yang telah berjaya di bawah tunjuk ajar Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Yang masih nak duduk di takuk lama, duk tepi diam-diam. Tengok je lah orang lain melangkah bertapak-tapak ke hadapan. 

Dalam perniagaan ni kena laju supaya kita tak ketinggalan. 


BANTU USAHAWAN DARI PKS


Ketika pandemik sekarang, ramai usahawan teruama dari PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) yang gulung tikar & tak mampu bertahan. Ramai usahawan-usahawan PKS yang masuk program Richworks di bawah bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk menaikkan semula perniagaan masing-masing. Buktinya Richworks bawakan 100 usahawan yang bakal berkongsi pengalaman masing-masing untuk dikongsi dengan semua usahawan lain. 

Dalam program ini juga, para peserta dapat mengintai peluang dari usahawan yang berjaya ini  peluang perniagaan dengan modal yang rendah  & ada yang percuma. 

Mungkin ada yang tertanya, yea ke boleh berjaya ni kalau ikut program Richworks ni?

Hah, meh k.fiezz nak kongsikan perjalanan salah seorang usahawan dari titan richworks yang berjaya hasil dari bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman iaitu Pn Faridah Hanom, pengasas Zara Awliya (M) Sdn Bhd.

PASANG SURUT DALAM PERNIAGAAN ZARA AWLIYA (M) SDN BHD


Dalam perniagaan ada pasang surutnya.  Ada waktu kita rasa bermotivasi. Ada ketika rasa hilang arah terutama bila pendapatan yang masuk semakin kurang. Apa silapnya?Tiada ilmu?Kurang promosi?Tak fokus?Tak serius?Susah nak naikkan sales?

Ni antara dilema Puan Faridah Hanom  founder Zara Awliya (M) Sdn Bhd semasa mula-mula sebelum beliau masuk program Richworks. Untuk yang belum kenal dengan jenama ini,  Zara Awliya mengeluarkan telekung,jubah & pakaian muslimah.

SEJARAH PN FARIDAH HANOM, PENGASAS ZARA AWLIYA (M) SDN BHD


Sebelum menceburi bidang perniagaan, Puan Faridah Hanom bekerja di SIRIM HQ Shah Alam sebagai Graphic Designer handling design & Consult Labelling & Packaging untuk usahawan yang mendapat dana SME. Dalam masa yang sama, beliau menjadi dropship & agen produk skincare kerana modal yang rendah sambil menjual juga tudung Fareeda & kain pasang.


titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks

Semasa bekerja di SIRIM

titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks

Part time dropship tudung & jubah

Kemudian pada tahun 2012 beliau mula meniaga di rumah saja dengan menjual telekung, jubah yang dibeli secara borong di Kenanga Wholesales (KWC)

MULA KENAL & UPGRADE ILMU DALAM PROGRAM RICHWORKS


Pada tahun 2015, ada kawan memberi cadangan pada Puan Faridah Hanom untuk cuba masuk program Richworks kerana masalah beliau ketika ini tidak fokus dan tidak serius dalam perniagaan. Beliau mencari info berkaitan Richworks & joint IMKK pada Disember 2015. Masa ini beliau sudah pun mulakan perniagaan Zara Awliya secara sepenuh masa dan lebih fokus untuk menjual telekung, jubah & pakaian muslimah. 

titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks8


Mac 2017, beliau joint IMKK untuk kali ke-2 untuk recharge diri selepas mulakan perniagaan secara sepenuh masa. Ketika ini juga beliau berjaya hantar kedua orang tua menunaikan umrah. Kemudian beliau joint ZKM untuk tambahkan lagi ilmu marketing.  Beliau joint MMM pada bulan Mac 2017 untuk fokus pada penjualan telekung saja. Berkat usaha beliau yang sentiasa mencari ilmu dalam program richworks, jualan pada tahun 2017 mencapai 6 angka.

titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks

Dengan usaha beliau yang sentiasa mencari ilmu & upgrade kepakaran bisnes dari program Richworks, beliau berjaya menaikkan sales hingga 4 kali ganda dari tahun sebelumnya. 

Masih tak cukup dengan ilmu yang ada & tahu kurang kepakaran menguruskan duit, akaun, cukai & gaji pekerja, beliau joint EPF pada Mei 2018 & ELITE Online Mentoring selama setahun. Alhamdulillah, jualan pada tahun 2018 telah mencapai ke 7 angka & dalam masa yang sama dapat mengatasi kekurangan atau masalah yang dihadapi.

Pada tahun 2018, sekali lagi beliau berjaya menghantar kedua orang tua menunaikan umrah. 

titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks


2019, beliau beranikan diri untuk masuk dalam Program Titan (titan richworks) & berjaya menambahkan ahli team seramai 7 orang. Dalam masa yang sama, beliau dapat hadiahkan kenderaan baru untuk orang tua & jumlah jualan juga semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya. 

titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks



titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks
Kereta baru untuk orang tua Pn Faridah



Sesi one to one bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman



Perkongsian dari Pn Faridah pahit manis sebelum berjaya

BANTU MASYARAKAT KETIKA PKP

Ketika pandemik tahun lepas, beliau mewujudkan food bank untuk bantu masyarakat yang memerlukan semasa Malaysia dalam tempoh PKP.  

MENAMBAH LAGI STAFF DALAM KEADAAN PANDEMIK


Di saat syarikat lain banyak yang gulung tikar kerana tidak boleh beroperasi, Zara Awliya menambah lagi staff seramai 9 orang kerana permintaan yang tinggi produk Zara Awliya. Beliau juga dapat muncul dalam slot di program Nona di TV3. Dalam masa yang sama jumlah jualan semakin meningkat dari tahun sebelumnya. 

titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks

Walaupun kejayaan demi kejayaan dicipta Zara Awliya, setiap syarikat mesti ada terselit masalah juga. Sama seperti usahawan lain, Pn Faridah bermasalah menguruskan team dengan baik tetapi berjaya diatasi hasil tunjuk ajar dan bimbingan dari Program Richworks yang beliau hadiri untuk upgrade skill & ilmu perniagaan bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman.

ZARA AWLIYA SEMAKIN DIKENALI


Ketika pandemik yang melanda Malaysia & satu dunia, tapi ia tak menghalang Zara Awliya untuk terus berkembang. Terkini, Zara Awliya telah berpindah ke bangunan 3 tingkat di Shah Alam. Produk beliau juga banyak terpampang di akhbar Sinar Harian & Sinar Harian Online serta menjadi pilihan golongan VVIP dan selebriti. 

titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks


titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks,titan richworks


Staff Zara Awliya juga telah bertambah menjadi 21 orang & dropship Zara Awliya mampu menghasilkan jualan RM10-RM15 ribu sebulan. 

Seperti yang kita tahu, pada tahun ini kita masih dalam PKP yang berterusan, Pn Faridah tetap menghadapi masalah apabila susah mendapat stok &  supplier. Sama seperti usahawan yang lain disebabkan banyak syarikat tidak boleh beroperasi. Tapi berjaya diatasi oleh beliau. 

Dengan kecekapan dan skill beliau menguruskan & mengembangkan Zara Awliya beliau telah membeli sebuah rumah di Shah Alam hasil titik peluh dari jualan Zara Awliya. 

Dari sini kita boleh simpulkan setiap perniagaan ada cabaran & masalah yang akan dihadapi. Cara & bagaimana kita nak atasi, terpulang pada kita sendiri. Paling penting dalam perniagaan kena ada ilmu & skill supaya perniagaan kita mampu bertahan dalam tempoh yang lama. 

Seperti semua masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Pn Faridah ini berjaya diatasi hasil tunjuk ajar & bimbingan dari Datuk Wira Dr Azizan Osman sehingga Zara Awliya dikenali hari ini. 

Tentang Richworks

titan summit 2021, datuk wira dr azizan osman, zara awliya, program richworks


Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan. Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi
Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan
program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks adalah menjadi Netflix Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

HUBUNGI KAMI

Richworks International Sdn Bhd, No. 77, Jalan Badminton
13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Untuk Maklumat Lanjut, Gambar/Video Hubungi
Tel: +6016 323 4686 (Perhubungan Awam & Media - Md Azrin)
Emel: azrin.richworks@gmail.com / azrin@richworks.com


NAK JOINT  TITAN SUMMIT 2021 - 10X BINA BISNES BERJAYA


100 Usahawan Jutawan, Satu Misi Bantu The Nation

5 Comments

  1. wawww..tak sangka puan zara ni anak didik Dato Wira

    ReplyDelete
  2. fuh, hebatnya penangan Richworks berjaya buat usahawan dari zero ke million.

    ReplyDelete
  3. program titan ini hebat betul, semua boleh jadi jutaan

    ReplyDelete
  4. Bukan senang nak urus team tau! Memang anak didik DWDAO ni memang terer bab urus team ni..terbaik!

    ReplyDelete