Memang wow sangat lah uolls sebab biasanya pageview untuk blog k.fiezz harian dalam 1k - 3k lebih saja. Paling banyak pernah cecah 4k view. Pagi semalam tengok pageview untuk blog k.fiezz hari Jumaat baru ni, mencecah angka 6k uolls..Wow sangat untuk k.fiezz. 

SUSAH NAK DAPAT PAGEVIEW TINGGI HARIAN

Untuk blogger biasa-biasa macam k.fiezz ni, nak dapat view atas 5k tu memang susah sangat. Sebab nak dapat pageview macam tu, kena tulis something yang orang tertarik nak baca & ada isi untuk kongsi dengan orang lain. Blog k.fiezz ni lebih kepada personal saja. Ada lah juga share info pasal kecantikan, tips nak hamil tapi tak banyak sebab k.fiezz bukan expert sangat pasal ni. Cuma saja suka-suka nak kongsi dengan orang luar bila k.fiezz ada apa-apa info baru berkaitan ni. Resipi masak-masak pun antara yang kerap juga k.fiezz kongsi bila tiap kali k.fiezz masak resipi baru. Cuma tak selalu juga lah share resipi sebab  k.fiezz jarang masak menu baru. Biasanya k.fiezz suka ulang masak yang sama. Ikut selera mr hubby. Jadi nak dapat pageview untuk blog tinggi setiap hari, agak susah juga untuk k.fiezz. hehe. 

PV CECAH 6K PLUS

Tetiba tengok pageview hari Jumaat lepas, cecah 6k memang excited tengok angka tu. hehe. Walaupun antara pageview di blogger dashboard & pageview google analytic (GA), GA lebih tepat. Tapi tetap suka tengok angka pageview(PV) untuk blog di blogger dashboard sebab rasa semangat bila tengok PV tinggi. hehe. Ni ikut pendapat k.fiezz lah yea. hehe. Orang lain mungkin, macam 'eh hello PV kat GA lagi tepat, k'. Ala, biarlah sis feeling bila tengok angka PV tinggi kat blog. Rasa lagi semangat bila tengok angka tinggi. Terus rasa nak update blog 2x sehari. haha. 

pageview untuk blog, pageview google analytics

Page view dari blogger dashboard

pageview untuk blog, pageview google analytics

Page view dari Google Analytics. Wow, 1k lebih. Sebelum ni k.fiezz dapat ratus-ratus pv je harian. 

Antara dua platform ni, pageview google analytics lebih tepat. Cuma k.fiezz suka tengok pageview untuk blog yang di blogger dashboard sebab jadi semangat nak update blog bila tengok angka PV tinggi.

pageview untuk blog, pageview google analytics


VALID KE PV CECAH 6K TU?

 
Lepas tengok pageview tinggi sangat sampai 6k, k.fiezz saja lah check kat Google Analytics (GA), betul ke pageview kat blogger dashboard tu sampai 6k. Takut ada serangan dari negara yang pelik-pelik. Sebab pernah terbaca dari blog Mrs Pip. Dia pernah dapat pageview tinggi kat blog. Bila tengok report dalam GA dia, view yang tinggi tu dari negara luar dan nama negara yang pelik-pelik. Kalau yang macam tu jangan excited sangat. Sebab tu serangan dari segi teknikal ke blog kita & itu tak bagus untuk blog. Lebih kurang macam tu lah yang k.fiezz faham dari explaination mrs pip. So bila tengok pageview k.fiezz tinggi sampai cecah 6k, k.fiezz buka report kat GA k.fiezz pula. Bila tengok senarai negara yang masuk ke blog k.fiezz, majoriti dari Malaysia. Jadi rasanya boleh percaya pageview k.fiezz sampai 6k di blogger dashboard & 1k di google analytics

Apapun alhamdulillah. Kena tingkatkan lagi skill menulis k.fiezz untuk lebih menarik orang untuk baca & paling penting kena share sesuatu yang bagi info. Sebab orang guna google untuk cari info, yea tak? Jadi kena lebih banyak beri info supaya ramai yang singgah ke blog k.fiezz. hehe. Idea please come to mummy. haha.



10 Comments

  1. Tahniah
    Kira hebatlah pv sampai 6ksehari

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilla. Ini jadi motivasi juga.

    ReplyDelete
  3. tahniah kak fiezz.
    syu tgk pv syu pon tggi hari jumaat lepas. tak pernah cecah 5k pv tiba2 cecah hari jumaat hari tu.

    ReplyDelete
  4. 6k byk tuuuu! Kite xpenh lgi cecah 6k, cayok kak fiezz!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kak... Takpa valid atau tidak.. nampak view tinggi pun pencetus semangat nak menulis kan.. Keep it up kak.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki~

    ReplyDelete
  6. tahniah akak.. teruskan brblogging!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah . Tahniah Sis fieza . CCL tumpang happy jugak tengok angka macam tu .

    Ccl pun pernah juga target dpt angka tu ..2 bulan yg lepas . mujur majoriti dari malaysia

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak
    Alhamdulillah
    Teruskan berkongsi ilmu kepada orang ramai

    ReplyDelete