Buah-buahan dari kampung. Kerajaan masih tak bagi rentas negeri, tak ada hal. Buah-buahan ni berjaya lepaskan diri  dari kampung ke KL. haha. Macamana boleh lepas. Ada lah. Rahsia. hehe. Buah-buahan tempatan ni mak abah k.fiezz kirim. Rezeki rezeki. Buah durian dapat 1 guni wei. Jenuh perabiskan. Tapi berjaya juga lah habiskan. hehe. 

Selain durian, ada buah cempedak, rambutan, manggis, pisang. Dalam kategori sayur-sayuran pun ada juga. Serai, daun kari, daun kunyit & daun pandan. Buat stok. Tak payah beli buat sementara. Kita simpan stok dalam peti ais. Terutama serai. Banyaknya mak k.fiezz bagi. Itu pun k.fiezz dah cakap awal-awal jangan banyak sangat. Takut tak tahan lama. Tapi k.fiezz ada cara bagi dia bertahan lama duduk dalam peti ais tu. Nanti lah k.fiezz share

Jom tengok fresh buah-buahan tempatan dari kampung ni. Mesti ramai rindu kampung & sekarang musim buah kat kampung korang tapi nak balik kampung tak boleh. Tak apa cuci mata tengok gambar buah-buahan kampung yang k.fiezz dapat ni untuk pengubat rindu. hehe. #janganjeles. haha

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Terima kasih yang tolong bawa buah-buahan tempatan dari kampung ni hantar pada k.fiezz & mr hubby. Muah muah muah. hehe. You know who you are. hehe


buah-buahan buah-buahan tempatan,
Buah Cempedak 
Sebiji k.fiezz ambil. Sebiji bagi adik k.fiezz. Yang k.fiezz punya tu, buat Cempedak Goreng.

buah-buahan buah-buahan tempatan, rambutan
Rambutan

buah-buahan buah-buahan tempatan, manggis
Manggis

buah-buahan buah-buahan tempatan, pisang, serai, daun kari
Pisang, Serai & Daun kari (yang balut dalam daun pisang tu)


buah-buahan buah-buahan tempatan, daun pandan
Daun Pandan
Banyaknya mak k.fiezz bagi. Macam rajin anak perempuan dia ni nak buat kuih-kuih yang ada guna daun pandan. hehe. Tak apa yang ni pun k.fiezz letak dalam peti ais & simpan dalam bekas nak bagi tahan lama. Kalau beli kat kedai ni, sehelai RM0.50. Ni dapat stok free, kita biar dia duduk dalam bekas tu. 


buah-buahan buah-buahan tempatan, durian
Durian. Seguni dapat.


buah-buahan buah-buahan tempatan, durian
Isi durian. Ada yang isi dia warna kuning. Ada yang warna macam atas tu. 
Tapi isi dia sedap je untuk dua-dua warna ni. Secukup rasa berbanding durian yang mr hubby beli kat area rumah kitaorang.

Buah-buahan Pengganti Tak Dapat Balik Kampung

Kan.hehe. Boleh lah kita kategori, makan buah-buahan tempatan dari kampung ni macam penyejuk hati tak boleh balik kampung sebab kerajaan masih tak bagi. Jadi kita anggap lah dapat buah-buahan tempatan dari kampung ni, feeling macam balik kampung. Gitu. hehe. 

Bila daaa kerajaan bagi rentas negeri ni. Baru ni masa sembang dengan mak kat telefon. Mak tanya yang PM umum haritu untuk mak ayah dah complete vaksin 2 dos yang ada anak bawah 18 tahun saja lah boleh rentas negeri?Hat ada anak atas 18 ni, tak boleh lah. K.fiezz jawab gitu lah nampaknya buat masa ni. Kerajaan belum bagi lampu hijau untuk rentas daerah/negeri. Eh, ni untuk negeri-negeri yang fasa 2 & ke atas,kan? Kuala Lumpur & Selangor, lamberrtttt lagi nak dapat lampu hijau tu. 

JAGA SOP, OKEY WALAUPUN DAH CUKUP 2 DOS VAKSIN!!!

6 Comments