Baju Bundle Murah Antara Yang Banyak Beli Di Shopee Live
Nak tengok tak apa k.fiezz tersangkut bila duk melayan shopee live?hehe. Jangan terkejut tau. Mula-mula layan shopee live ni saja nak cuci mata + luangkan masa. Kononnya gitu lah. Eh sekali tersangkut. Tetiba lock dengan seller bila berkenan mana-mana barang yang seller tengah jual masa tu. Banyaknya k.fiezz tersangkut baju bundle murah. Eh, k.fiezz ni idak cerewet, baju bundle murah pun boleh. Ala, baju duduk rumah je. Jadi kita beli yang murah-murah saja. Janji selesa pakai & tak panas. Tapi ada juga k.fiezz terbeli baju yang tak sesuai pakai kat rumah. Main sedap je lock, sekali bila sampai tengok material baju tu, memang obvious untuk pakai ke pejabat. haha. Padan muka. Pantang lah tengok cantik, terus lock tanpa was-was.
Jadi kalau korang nak beli baju bundle murah ni, tanya dulu seller sebelum beli. Kadang ada seller dia beritahu material baju. Kadang diaorang beritahu ukuran je. Jadi tanya saja sebelum lock untuk beli baju bundle murah yang dijual.
Jom tengok apa yang k.fiezz beli hasil dari shopee live ni.
KONON CUCI MATA DALAM SHOPEE LIVE #janganpercayasangat..haha..
Bawah ni antara barang-barang yang k.fiezz beli hasil dari melayan shopee live. Banyak k.fiezz beli baju bundle murah macam k.fiezz beritahu atas ni. Tapi ada juga barang lain macam sling bag, baju set murah, seluar bundle (seluar pendek), baju tidur, kasut pun ada uolls. Haha. Eh, aksesori pun ada. Haha. Aksesori k.fiezz buat entry lain . haha. Letak semua gambar hasil belian kat shopee live nampak banyak sangat hasil shopping.. Haha
Jom tengok satu persatu.
Harga dress ni antara RM10 - RM20. Seller lelong, ada yang 2 helai RM10 & ada 3 helai RM20
K.fiezz tertarik nak beli dress jenis t-shirt ni sebab sesuai pakai kat rumah.Semua jenis pendek. Ada yang atas lutut & ada yang bawah lutut. Selesa sikit. Nak buang air kecil ke buang air besar ke senang, terus selak je. haha.
Harga seluar bundle RM5 sehelai.
Seluar bundle jenis pendek. Ada yang bawah lutut & ada yang atas sikit buku lali. Kira tak ada lah menyapu sampah dalam rumah sebab panjang sangat, sedang-sedang gitu dengan k.fiezz. K.fiezz beli 3 helai, dapat sehelai free.
Harga kasut ni RM10 sepasang
Kasut. Sepasang RM10. Warna biru nak pakai untuk jalan-jalan. Sandal hitam untuk jalan-jalan juga. Mustard untuk pakai kerja. Tapi sayangnya yang mustard tu, hari pertama k.fiezz pakai dah barai weiii. Elok masa perasan tu dah on the way balik rumah. Nasib baik. Jalan dengan sopan juga lah masa tu sebab takut tapak dia tertanggal. haha. Lagi dua tu alhamdulillah, masih elok lagi.
Harga baju tidur ni antara RM10 - RM12 sehelai
Baju tidur. Ada baju satu set, ada yang baju tidur jenis seksi. hehe.
Harga baju set ni RM30
Baju Set Murah. Yang ni bukan bundle. Seller ni jual baju-baju jenis macam ni yang baru punya. Ada skirt, dress & macam ni. Cantikkan. Nak pakai gi mana pun tak tahu. Cadangnya bila pi kenduri kawin atau jalan-jalan boleh lah pakai ni. Cuma sekarang ni yang jadi persoalan, bila boleh rentas negeri daaa?haha
Harga sling bag RM25
Sling bag. Kalau korang pembaca setia blog k.fiezz, korang tahu lah k.fiezz obsess dengan bag terutama sling bag. Hah, ni salah satu yang k.fiezz terbeli tanpa sengaja walaupun dah melambak sling bag. hehe. Ooopsss i did it again. haha. Ni pun baru, bukan bundle.
Harga dress ni RM10 sehelai
Dress yang sesuai untuk pakai gi pejabat. K.fiezz beli dua helai saja tapi seller bagi percuma sehelai (yang berbulu-bulu no.3 tu). K.fiezz ter beli dress ni tanpa tanya material dengan seller. Sekali bila dah sampai, k.fiezz pakai yang polkadot tu, pagi okey lagi. Bila dah petang, melekit-lekit rasa peluh sebab belah dalam tu dia ada lapik dari material yang menyebabkan tak selesa. Pakai dalam tempat aircond okey sebab dia kurangkan rasa sejuk. Ni pakai kat rumah, bila berpeluh-peluh tu rasa melekit kat badan. Dress no.2 tu pun sama,bahagian dalam dia material sama macam polkadot tu.
Ni tengah fikir nak buang dress ni ke atau buang lapik bahagian dalam tu.
Harga baju bundle ni RM3 ke RM5 sahaja sehelai
Baju bundle. Ni k.fiezz beli 5 helai, seller bagi sehelai percuma (belakang yang bercorak) tapi k.fiezz buang sebab material dia kurang selesa. Macam berbulu-bulu & kalau pakai, memang panas. Kat tempat sejuk sesuai lah pakai. Yang lagi 5 tu, okey je. selesa. Paling k.fiezz suka hat belang-belang no.3 tu sebab cardigan jenis pendek. Masa pi vaksin baru-baru ni, k.fiezz pakai. hehe.
MURAH KE BAJU BUNDLE KAT SHOPEE LIVE Ni?
Korang rujuk harga-harga yang k.fiezz dah kongsi kat atas ni. Jadi korang rasa, murah ke tak baju bundle yang k.fiezz atas ni. Kalau korang rasa murah, ttu yang k.fiezz asyik ter beli tanpa sengaja. Haha. Mr hubby cakap non stop lori dalam shopee duk hantar barang-barang k.fiezz. haha. K.fiezz & mr hubby kongsi akaun shopee yang sama. Itu mr hubby boleh nampak tiap kali k.fiezz buat pembelian baru. haha. Mr hubby ada akaun shopee dia tapi dia tak nak guna. Nak share akaun shopee k.fiezz. Senang nak pantau k.fiezz shopping katanya. haha. Suka hati lah kan. K.fiezz nak shopping, beli je tanpa was-was. haha. Dah memang sejenis suka shopping. haha.
Jadi kalau korang yang jenis tak kisah pakai baju bundle & nak cari baju bundle murah untuk duduk kat rumah macam k.fiezz, boleh lah cuba usya-usya dalam shopee live tu. Banyak seller jual kat situ. Rambang mata nak beli weii. Lepas tu harga pun murah-murah, macamana asyik tak tersangkut.
SELAMAT SHOPPING di SHOPEE LIVE!!
2 Comments
Jarang terjebak kat shopee live...harap2 x terjebak la..boleh?padahal berdesup pi tgok shopee live
ReplyDeleteBaju bundle pun cantik2 juga tau . Kadang ada defect sikit2 reject dari kilang
ReplyDelete