Tahun ni memang majoriti kita duk berkurung kat rumah je lah. hehe. Dalam duduk berkurung ni, aktiviti pun sama je hari-hari, sedar tak sedar dah masuk bulan Ogos. Apa yeak aktiviti kita tahun ni? Dengan yakin kita boleh jawab beramai-ramai, duduk di rumah. haha. Apa nak buat, kes COVID masih tak sudah-sudah lagi kat negara kita ni. Hari hari angka turun naik, turun naik. Tak konsisten. Bila tengok angka makin naik tu, memang seram. Minta-minta dijauhkan lah kita dari virus yang merbahaya ni.

Berbalik pada tajuk entry, k.fiezz nak buat pengumuman untuk top pengomen bulan Julai 2021. Tahniah tahniah sekali lagi IKA.S jadi top pengomen blog k.fiezz bulan lepas. Rajin Ika ni jalan-jalan & tinggalkan komen di blog k.fiezz. Tima kaseh Ika.

Bulan Mei & Jun, k.fiezz lupa nak buat pengumuman. Busy sangat gitu. Haha. #silapercaya. Tapi tak silap k.fiezz Mei & Jun pun IKA.S juga top pengomen blog k.fiezz. Cuma lupa nak screenshot. Nanti k.fiezz akan bagi hadiah, k. 

top pengomen blog, fieza sani

Note - Ika.S, kalau terbaca entry ni tak perlu e-mail alamat. Nanti k.fiezz cari dalam email yang sebelum ni. 

Hadiah akan update kemudian. Nak kena mencari hadiah dulu kat shopee. 

Update hadiah (1.9.2021)


Sumber Gambar - Ika.S





5 Comments