Siapa lah tak suka shopping di shopee yea tak?sekarang sana sini bila di tanya, mana beli barang sekian sekian, confirm jawab 'beli di shopee lah'. Mana lagi. hehe. K.fiezz antara yang suka shopping di shopee. Nak cari barang apa-apa pun semua di shopee je lah. Tambah macam situasi kita sekarang nak ke mana pun tak boleh. Konsep duduk di rumah saja sebabkan kes virus covid masih lagi tinggi di Malaysia. Kerajaan pun dari awal tahun dah bagi arahan tak boleh rentas daerah, negeri. Ate duduk lah kita di rumah yea tak? Nak ke kedai pun, banyak kedai masih belum boleh beroperasi. 

Bila dah duduk di rumah ni tangan gatal je lah buka aplikasi shopee. hehe. Samaada memang ada barang nak beli atau saja suka-suka cuci mata. K.fiezz punya konsep cuci mata, mesti ada yang tersangkut. haha. 

Bercakap pasal shopping di shopee ni?K.fiezz nak kongsi sikit tips shopping di Shopee. Ewah. Tips bagai. Bukanlah tips sangat pun cuma saja nak berkongsi sebab baru-baru ni k.fiezz mencari Wireless Keyboard Untuk HP. Korang boleh baca di < Senangnya Nak Menaip Dimana Mana Dengan Wireless Keyboard Untuk HP >. Masa cari barang ni k.fiezz terjumpa sesuatu yang agak menarik. Apa dia?Let's..

ANTARA TIPS SHOPPING DI SHOPEE


Masa cari wireles keyboard untuk hp tu, k.fiezz jumpa banyak seller yang jual item ni. Jadi survey lah mencari yang sesuai. K.fiezz cari seller di Malaysia yang ada jual wireless keyboard tu tapi tak banyak. Ada seorang seller kat Malaysia yang jual  tapi dia lambat reply. Berbalik pada cerita tips shopping di Shopee yang k.fiezz nak kongsi dengan korang tu. Masa mencari wireless keyboard untuk hp tu, seperti biasa k.fiezz punya perangai sebelum beli di satu-satu kedai dalam shopee. K.fiezz akan check
  • Pertama - baca review dari pelanggan lain yang dah pernah beli di kedai tu. 
  • Kedua - k.fiezz akan baca detail mengenai produk tu. Biasanya seller memang akan tulis detail produk. 
  • Ketiga - check rating yang customer lain dah bagi. Ada 5 bintang, kita tengok  rating 1-3 bintang ramai tak yang bagi? Kalau ramai, baca dulu satu per satu. Kadang customer ni salah courier pun, diaorang bagi rating rendah kat kedai padahal salah courier. Tapi kalau salah seller dan barang yang dibeli di kedai tu ada masalah kita boleh nilai sendiri samaada  nak terus beli di kedai tu atau tidak.
Memang dah jadi platform rakyat Malaysia sekarang ni shopping di shopee sebabkan tak perlu susah nak keluar, harga lebih murah & banyak pilihan. Betul tak?

TIPS KEDUA RAMAI YANG MALAS NAK BUAT


Antara tiga tips shopping di shopee kat atas yang k.fiezz kongsi ni, yang kedua paling ramai malas nak buat sebab ramai rakyat Malaysia (tak lah semua, yea) tak suka membaca. Malas nak baca penerangan pasal produk tambah pula tengok harga murah. Sebenarnya korang kalau dah survey barang yang nak beli di shopee & dah tahu anggaran harga barang tu, tiba-tiba jumpa satu kedai yang jual barang yang sama tapi harga lagi murah. Gambar yang penjual tu letak pula, sama macam kedai-kedai lain yang kita jumpa sebelum-sebelum tu. Jadi kita buat andaian mesti lah kedai yang jual murah tu jual benda yang sama. 

Sebenarnya jangan tertipu dengan gambar, okay. Baca dulu penerangan pasal produk yang seller dah letak di bahagian details tu. 

Di bawah ni yang k.fiezz jumpa di salah satu kedai dalam shopee masa tengah cari wireless keyboard untuk hp. Tertipu juga k.fiezz masa tengok harga dia mula-mula. Lepas tu baca review, ramai yang komen tak puas hati. K.fiezz pun scroll kat bahagian penerangan produk. Sekali....


Tips Shopping di Shopee, shopping di shopee,wireless keyboard untuk hp
Murah kan?Harga wireless keyboard untuk hp ni, k.fiezz dah survey dalam shopee majoriti seller jual semua RM20 ke atas. Tetiba terjumpa yang jual harga RM10 macam dalam gambar atas ni, mau tak meloncat. Murahnya...Tapi tunggu dulu..Kita baca  review, rating & details produk. 


Tips Shopping di Shopee, shopping di shopee,wireless keyboard untuk hp

Terang-terang seller dah tulis, cuma cover dia sahaja yea.

Bila baca review & rating dari pelanggan yang dah beli di kedai ni, tu diaaa.. Ramai tak puas hati. Mula-mula k.fiezz pun tak baca details produk. Biasanya k.fiezz ni baca review & check rating dulu. Lepas tu baru k.fiezz baca kat detail produk pula.  

Tips Shopping di Shopee, shopping di shopee,wireless keyboard untuk hp







Tips Shopping di Shopee, shopping di shopee,wireless keyboard untuk hp




Tips Shopping di Shopee, shopping di shopee,wireless keyboard untuk hp

SALAH SIAPA?


Dah jadi macam ni, salah siapa?Seller atau pembeli? Terang-terang seller dah tulis detail pasal produk, Kita yang tak baca, lepas tu bila barang sampai tak sama macam dalam gambar lepas geram pada seller. Mulalah bagi review & rating tak best pada kedai. Padahal sendiri yang salah malas nak baca detail produk

Mungkin kita salahkan seller juga sebab letak gambar yang mengelirukan macam atas ni. Tapi kita sebagai pembeli kena ambil tahu juga barang apa yang kita dapat dengan sekian sekian harga yang ditawarkan. Jangan cepat terpengaruh dengan harga sahaja. Tengok harga murah, laju je masuk cart & bayar. Take note jangan tertipu dengan gambar sahaja. 

Kalau tak jumpa penerangan produk, korang boleh cuba tengok di gambar. Mungkin seller letak penerangan produk dalam bentuk gambar sebab biasanya kita ni suka tengok gambar. Jadi letak kat gambar tu, kita boleh  swipe je sampai habis semua gambar yang seller letak dalam tu. Ada setengah seller ni sedia faham perangai rakyat Malaysia yang tak berapa suka nak membaca ni. Idak lah semua yea. #janganterasa. hehe. 

Jadi korang yang suka shopping di shopee, ni antara tips shopping di shopee yang korang boleh praktikkan lepas ni. Sila rajin membaca detail produk tau sebelum membeli.

4 Comments

  1. Saya pun sejenis yang suka baca review dulu sebelum nak beli apa-apa produk kat shopee atau lazada.. Saya pun ada beli jugak keyboard nie tapi tak buat review lagi.. hihihi memang senang kan guna keyboard nie..

    ReplyDelete
  2. Rabia sebelum membeli rabia baca review org lain dlu. Kalau ok rabia beli. Tak ok rabia tak beli .

    ReplyDelete
  3. haha! bukan dalam shopee jer, dalam berita pun sama kak, baca title lepas tu tak baca dah laporan bawah tu, lepas tu buat andaian sendiri, adoi..dlm blog pun sama, sabo je lah..

    ReplyDelete
  4. Ccl sejenis kalau beli barangan online wajib baca detail dan yang penting sekali baca review dari customer yg pernah beli

    ReplyDelete