Baru-baru k.fiezz layan satu filem

 baru dari Thailand iaitu Deep di Neflix. Baca sikit info dari Netflix, filem ni berkisarkan Sleep Deeprivation atau bahas melayu kurang tidur. Wah macam lain dari yang lain jalan cerita dia ni. Bukan filem pasal cinta. Jom lah kita layan. Nak tahu sinopsis deep Thailand ni. Jomss k.fiezz bagi sikit info. Tak boleh lah cerita semua. Tak thrill gitu. 

SINOPSIS DEEP THAILAND

Empat orang pelajar yang menjadi sukarelawan untuk terlibat dalam satu eksprimen dari satu syarikat farmasi dengan tawaran duit yang agak lumayan. Eksprimen ni memerlukan diaorang untuk bertahan dari tidak tidur (sleep deprivation) dan eksprimen dijalankan secara berperingkat & makin tinggi peringkat yang diaorang berjaya, makin tinggi wang yang ditawarkan. Untuk eksprimen ini, keempat-empat pelajar ini dilarang tidur sama sekali sehingga cukup tempoh yang ditetapkan. 

Berjaya kah keempat-empat pelajar ni melepasi semua peringkat?Kena lah tengok. hehe

sinopsis deep thailand,sleep deprivation

sleep deprivation

REVIEW FILEM DEEP DARI THAILAND

Cerita dia masa mula-mula macam slow sikit. Lepas tu baru macam boleh catch up pasal apa. Permulaan cerita dia tunjukkan Jane yang menjaga nenek & adik dia dalam masa sama dia meniaga juga untuk menyara hidup diaorang. Kesibukan harian dia sebagai pelajar dan menjaga nenek, adik dia menyebabkan dalam masa yang sama dia berhadapan dengan masalah kewangan dan dia mengalami masalah untuk tidur waktu malam. Profesor dia, iaitu Nichcha yang tahu masalah Jane mencadangkan dia untuk menjadi sukarelawan dalam satu eksprimen oleh syarikat farmasi dari Jerman yang menawarkan sejumlah wang untuk membantu  masalah kewangan Jane sebab kebetulan dia tahu masalah Jane iaitu Insomnia dan dia rasakan Jane sesuai untuk jadi sukarelawan dalam eksprimen tersebut.

Jane pergi ke syarikat farmasi tersebut & menawarkan diri menjadi sukarelawan. Ketua Saintis, Hans Miller menerangkan mengenai eksprimen ini yang diberi nama DEEP. Eksprimen ini dijalankan dalam tiga peringkat dan diaorang akan meletakkan microcip di bahagian tengkuk sukarelawan & mengumpulkan bahan kimia dari otak manusia yang dipanggil Qratonin. Bahan kimia Qratonin ni terhasil bila manusia tidak tidur. 

Jane bersetuju untuk menjadi sukarelawan dalam eksprimen sleep deprivation ni. Satu mikrocip di tanamkan pada tengkuk Jane & sebuah jam untuk memantau tahap Qratonin yang telah dikumpul. Jam tersebut perlu mencapai 100%. Tapi awas sekiranya Jane tertidur lebih dari 60saat sebelum mencapai 100%, dia akan mendapat serangan jantung. 

Selepas tu baru Jane berjumpa dengan pelajar lain yang juga menjadi sukarelawan dalam eksprimen sleep deprivation ni iaitu Win, Peach & Cin. 

Mereka berjaya dalam peringkat pertama eksprimen sleep deprivation peringkat pertama & menerima ganjaran masing-masing. Mereka meneruskan ke peringkat ke-dua yang menawarkan jumlah wang lebih tinggi tetapi risikonya mereka kena berjaga lebih lama sebab semasa peringkat kedua ni, jam yang mengumpul jumlah Qratonin lambat untuk mencapai 100%. Kesannya diaorang mengalami halusinasi visual & pendengaran. Semasa dalam peringkat ke-dua, Jane melihat sendiri ada pelajar lain yang menjadi eksprimen sleep deeprivation ni mati. Sebaik sahaja berjaya mengumpul 100% Qratonin dari peringkat ke-dua ni, Jane & yang lain-lain tak nak teruskan hingga ke peringat ketiga. 

Tak lama selepas tu, Jane dapat tahu adik dia June turut menjadi sukarelawan dalam eksprimen sleep deeprivation sebabkan nenek diaorang masuk ke hospital akibat strok & memerlukan duit. Jane berjumpa dengan Hans Miller tapi dia diberitahu adiknya dah mula peringkat ketiga eksprimen. Hans mengugut Jane & kawan-kawannya yang lain untuk sambung ke peringkat ke-tiga, jika nak mikrocip adik dia dikeluarkan. 

Jadi setuju atau tidak Jane dan kawan-kawan dia yang lain untuk teruskan eksperimen sleep deeprivation peringkat ketiga?Kena lah tengok. hehe.

Ending dia memang unexpected. Jangan disangka orang yang baik tu betul-betul nak tolong kita. Ada udang di sebalik mee. 

Paling penting, kita kena cukup tidur. Bila tak cukup tidur ni, banyak effect negatif. Untuk elakkan mengalami masalah susah nak tidur, sebelum tidur sila elakkan main handphone. Eh, macam bercakap kat diri sendiri je. hehe. 

Rating : k.fiezz bagi 4/5 untuk filem Deep dari Thailand ni.

3 Comments

  1. takde kerja cari kerja betul... sehari tak tidur pun dah tingtong... apa lagi 3 hari

    ReplyDelete
  2. Saya tengok tak sampai 20 minit, mengantukk yakmat tengok movie ni hahahaha. Tapi tengok banyak good review. Nanti nak try habiskan hehehe. Saya pernah tak tidur sehari lebih sebab siapkan assignment, macam bengong ada jugaklah hahaha. Otak dah terlampau penat. Ini tak tidur 3 hari, tak tahulah apa jadi.

    ReplyDelete
  3. macam best lak, nak try tengok lah movie ni. hehe

    ReplyDelete