Alhamdulillah Keyboard wireless untuk hp k.fiezz dah sampai minggu lepas. Sehari sebelum raya haji. Jenuh menunggu wei sebab kedai yang k.fiezz beli keyboard wireless untuk hp k.fiezz ni dari China. Penghantaran lebih kurang ambil masa seminggu lebih juga lah baru sampai. Itu yang kadang malas beli dari seller China ni. Lambattt. Ada juga yang cepat. Ikut nasib lah. K.fiezz ni kira nasib kurang baik sikit sebab seller memang agak slow juga lepas k.fiezz dah buat bayaran. 2 hari lepas bayar, baru seller packing parcel , lepas tu 2 hari lagi baru hantar  untuk di transit ke Malaysia pula. Adeh, sabar je lah sis tengok journey keyboard wireless untuk hp k.fiezz ni nak bergerak dari China ke Malaysia. Mula-mula lepas 2 hari buat bayaran tu, tengok tak bergerak. K.fiezz dah nak cancel order juga tau tapi sabar-sabar. Tunggu sampai petang hari ke-dua. Kalau tak ada tindakan dari seller memang refund je lah jawabnya. 

Sebenarnya sebelum k.fiezz beli wireless keyboard untuk hp ni dari kedai di China ni, k.fiezz ada nampak satu kedai di Malaysia jual juga ni cuma harga mahal sikit. K.fiezz mesej dengan seller kedai di Malaysia ni tanya wireless keyboard untuk hp ni ready stock ke pada diaorang. Diaorang lambat jawab. Elok k.fiezz dah buat bayaran dengan kedai di China untuk beli wireless keyboard untuk hp ni, baru kedai di Malaysia tu jawab. Cehhh lambat. Kalau tak, beli dengan diaorang je. Sis sejenis spesis tak menyabar. Itu yang kadang tu malas nak beli barang dari China dalam shopee tu. Seusaha habis, cari juga kedai yang ada jual barang sama k.fiezz nak di Malaysia ni. Kalau tak ada juga, k.fiezz fikir nak beli ke tidak dari kedai di China tu. Kalau nak sangat barang tu macam wireless keyboard untuk android ni, k.fiezz beli juga. Kalau idak, abaikan saja. Kadang nafsu shopping je tu. hehe. 

Yeay, Sampai Dah Wireless Keyboard Untuk HP 

Selepas menunggu dengan penuh sabar, sampai pun wireless keyboard untuk hp k.fiezz ni di terima. Legaaa. Tak sabar nak rasmi. Sebelum beli yang ni, k.fiezz pernah beli keyboard untuk hp ni tapi jenis lain. Keyboard yang tu guna cable, susah sikit sebab bila nak guna, kena sambung dengan cable. Leceh pula. Lepas  tu tak berapa nak kukuh keyboard dia. Menaip pun tak best. Selepas beberapa minggu, ada huruf dah  tercabut weii. Adeh. Sabor je lah k.fiezz. Sejak tu, tak pakai keyboard tu sebab nak menaip tak best. Cuba lekat kan balik huruf yang terkeluar tapi tak boleh. Bila duk tekan-tekan, tercabut balik. Haih, malas lah.

Entry berkaitan > Smartphone Cover With Keyboard <

Keyboard wireless untuk hp, keyboard wireless untuk android

Baru-baru ni ternampak ada orang kongsi wireless keyboard untuk android ni kat Tik Tok. Mula datang balik idea beli yang baru untuk ganti hat rosak sebelum ni. Cari dalam shopee, mesti lah ada. Tengok gambar wireless keyboard untuk android yang jenis ni macam laptop & pc. Jadi on lah beli. 

Kenapa Beli Wireless Keyboard Untuk HP Ni? 

K.fiezz beli wireless keyboard untuk hp ni sebab senang nak menaip di mana-mana. Atas katil, sambil tengok TV, kat meja makan. Eh mana-mana lah yang senang. Macam k.fiezz, dalam bilik ada aircond, jadi best lah sikit bila menaip entry atas katil dalam bilik. Laptop kat ruang tamu. Bila cuaca panas, nak buka laptop pun malas sebab idea tak berapa nak keluar. Jadi ada wireless keyboard untuk hp ni, on bluetooth, dah setel boleh menaip entry kat blog kat mana-mana dalam rumah. Nanti Kerajaan dah bagi kebenaran untuk rentas negeri, boleh balik kampung dan pi cuti-cuti boleh bawa wireless keyboard untuk hp ni sebab saiz dia kecil, senang selit dalam beg.  

Best Ke Tidak Wireless Keyboard Untuk HP Yang Baru ni? 

Menjawab persoalan. Yea. Best sangat. Memang macam menaip kat laptop atau komputer. Keyboard dia lebih kukuh, lembut senang nak tekan & paling best yang ni guna Bluetooth saja berbanding yang lama punya guna cable. Leceh. Yang baru ni guna Bluetooth senang sikit. On je Bluetooth di handphone & wireless keyboard ni, setel. Terus menaip dengan lancarnya. Ooo cuma nak sambung kan Bluetooth wireless keyboard & hp k.fiezz kena beberapa kali, baru dapat sambung. Tak tahu pasal apa. Tapi dapat juga disambungkan cuma kena beberapa kali cubaan. 

Wireless keyboard untuk android ni didatangkan sekali dengan cable untuk caj keyboard dan juga cover sekali.  Ada juga wireless keyboard untuk android yang tak ada cover. Ikut lah korang suka yang mana. Sikit kelemahan wireless keyboard untuk hp ni, k.fiezz perasan bateri keyboard ni tak tahan lama. Jadi sejam-dua jam sebelum nak guna baru caj. 

Selain dari sikit kelemahan macam k.fiezz cakap kat atas ni, overall k.fiezz suka guna wireless keyboard untuk hp ni. K.fiezz bagi 8/10. Setiap barang ada kelebihan & kekurangan, yea tak.  Untuk k.fiezz yang ni, okey sangat sebab k.fiezz nak menaip selesa. 

Kalau korang yang berminat nak beli, boleh klik link di bawah ni. 

Nak beli kat mana - https://shp.ee/gbj6aa

2 Comments

  1. pernh tgk org share juga wireless keyboard ni

    ReplyDelete
  2. mudah kan, suami saya pun guna wireless keyboard untuk tab dia, mudah je tengok

    ReplyDelete