Adeh sabar je lah K.Fiezz. Baru-baru ni k.fiezz beli seluar kat shopee. Memang dah lama aim seluar tu. Pernah nampak pattern seluar tu masa cuti-cuti kat Hatyai 2-3 tahun lepas. Berkenan? tapi tak beli. Lepas tu menyesal sebab tak beli. Perangai sangat. Hehe. 

JUMPA SELUAR TU KAT SHOPEE

Memang hobi suka cuci mata kat shopee, sekali ternampak pattern seluar yang sama kat shopee. Weiii haruslah beli. Dah lama usya.. 

Tengok harga RM27. Okey lah. Murah tu. Seluar yang sama masa nampak kat Hatyai beberapa tahun lepas, RM45. 

EXCITED TUNGGU SELUAR


Hari yang sama k.fiezz buat bayaran,petang nya seller dah post out. Lagi alhamdullilah tengok seller pakai j&t. Tempat k. Fiezz, J&T kurier cepat. 

Tengok dalam sistem, esok nya seluar dah sampai stesen J&T kurier rumah k. Fiezz. Hari yang sama juga tengok dalam sistem shopee, seluar dah out for delivery. Okey, tunggu dengan  sabar. 

Tunggu punya tunggu, sampai petang tak nampak pun batang hidung budak kurier. Pintu rumah memang k. Fiezz buka sebab takut tak dengar bila budak kurier ketuk. 

SELUAR DAH SAMPAI


Sampai lah ke malam, k. Fiezz tak terima pun seluar ni. K. Fiezz fikir positif, mungkin budak kurier tak sempat nak hantar, jadi esok lah dia hantar. Dalam sistem shopee pula, last update out for delivery sampai ke malam, status masih sama. Musykil pula di situ takkan budak kurier tak habis lagi hantar barang.

Memang sejenis suka menyiasat. K.fiezz cuba tengok tracking dalam J&T pula.

Surprise surprise, seluar dah sampai kalau ikut sistem tracking J&T kurier. K. Fiezz terus buka pintu, kot budak kurier selit parcel kat celah pagar. Tengok, tak ada pun sebarang parcel. K. Fiezz buka proof of delivery dalam sistem tracking J&T nak tengok seluar ni hantar ke mana? 

Hah ni rumah yang budak kurier deliver seluar k. Fiezz. 

Salah der... Budak kurier tak tengok alamat kat kertas awb tu. Dia tengok yang tulis dengan marker pen tu je. Satu nombor dah terpadam. Adeh... Udah lah k.fiezz tunggu seluar ni hah. Dah bertahun berkenan, sekali J&T kurier tersalah hantar pula weiii.

Mula-mula k. Fiezz ingatkan budak kurier ni salah hantar kat flat lain sebab rumah k. Fiezz tak ada label rumah macam ni.
     j&t kurier

Tak puas hati punya pasal, k. Fiezz pi siasat juga. Keluar rumah tengok ada tak label alamat macam ni. 

Ada rupanya uolls.. Rumah k. Fiezz tak ada label ni sebab dah kena tutup dengan kontraktor DBKL yang buat saluran paip air baru kat flat ni. Rumah orang lain ada je label ni,rumah k.fiezz terkena pula dengan saluran paip. Itu yang k. Fiezz tak perasan label alamat ni sebab rumah sendiri, tak ada. Dah kena tutup. Haha. 

Cari alamat yang budak kurier ni hantar seluar k.fiezz, jumpa rumah nya. K.fiezz bagi salam, tak ada jawapan. Tengok keadaan rumah, macam kosong tak berpenghuni. K. Fiezz cuba intai kat celah pagar rumah ni ada plastik kurier. 

Balik rumah ambil besi penyangkut yang boleh ambil parcel k.fiezz sebab pagar rumah ni, separuh bertutup penuh. Parcel k. Fiezz kat bahagian bawah. 

Minta tolong adik ipar mengail parcel kat celah pagar. K.fiezz on flashlight sebab gelap sikit kat area situ. 

Selepas beberapa minit mengail, yeszaaa dapat pun parcel k.fiezz.

Try check nama penerima, sat gi salah pula. Satu hal. Tengok nama dulu sebelum ambil. Betul, k.fiezz punya. 

                     j&t kurier

Seluar yang di tunggu-tunggu, dah  dapat. 

Legaaa.. Sebelum k.fiezz check alamat yang budak kurier hantar ni, k.fiezz siap buat aduan kat J&T dengan seller. Hehe. 

Lepas dah buat aduan tu, baru terfikir nak siasat. 

Dah dapat seluar nya k.fiezz update semula dengan seller. 

Kes selesai. 

Nak tengok ke seluar nya? Hehe. Nanti k.fiezz share yeak.. 

8 Comments

  1. Pernah gak kena cenggini. JnT salah hantar rumah jiran sebelah rumah. Tapi jiran pulak jenis senggal suka simpan barang orang buat harta😒

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah mujur parcel tu sampai ke kak fieza jugak

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dapat pun parcelnya... tp tu la...susahkan penerima pula. bukan free... kita bayar perkhidmatan mereka

    ReplyDelete
  4. Kita dah excited tunggu parcel, sekali sampai kat rumah orang lain. Memang potong mood betul kan kak fiezz hahaha. Nasib lah dapat jugakkk akhirnya seluar idaman kak fiezz tuu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah dpt pun parcel tu . nnti nk tgk seluar ya kak. Rabia beli skirt di shopee

    ReplyDelete
  6. macam2 kisah jnt sekarang ni. semua nya ada, dok baca kat group fb. sabaq ja la -_-

    ReplyDelete
  7. hm barang saya post guna khidmat j&t, and now customer mintak return/refund sbb status j&t "item received" sedangkan dia tak received pun.. maybe salah rumah.. saya taktau nak buat macam mana 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak...customer tak try siasat ke kot kurier tersalah hntr dkt2 area umah dia jugak macam kes saya ni..cuba slow talk dengan customer mintak dia cuba cari kot2 brg dia tersalah hntr dalam kwsn yang sama. Kalau confirm tak ada juga, awak & customer complaint kat kurier. Tapi besanya kalau macam kes customer x dpt brg ni, mmg seller kena refund juga duit. huhu. Sorry..

      Delete