Masak lemak labu ni antara favourite masakan yang k.fiezz selalu masak sebab mr hubby suka. Lagipun cara masak lemak labu ni tak lah susah pun. Itu yang k.fiezz suka masak. Tapi tak boleh selalu lah sebab labu kan berangin orang tua-tua cakap. hehe. Biasanya kalau beli labu, memang k.fiezz cari yang saiz kecil, sesuai untuk portion makan berdua. Tapi kalau order online, hah tu dia besar gedabak dia bagi weiii. Pernah lah order online labu ni, memang besorrr lah dapat. Jenuh nak masak. Kalau dapat labu saiz besar bila order online, k.fiezz belah kecil-kecil & kongsi dengan jiran sebelah. Nak simpan bukan tak boleh tapi labu tak tahan lama. Nanti lama-lama dia jadi lembik walaupun letak dalam peti ais. Jadi baik lah kita berkongsi dengan jiran dari buang dalam tong sampah. 

Berbalik pada topik, resipi masak lemak labu ni memang senang sangat nak masak. Itu yang jadi point k.fiezz rajin masak lemak labu ni. 

Asas Masakan Lemak

Resipi masak lemak labu ni dari mak k.fiezz. Biasanya kalau k.fiezz masak lemak, memang guna resipi yang sama ni cuma bahan utama dia saja yang bertukar. Kalau k.fiezz nak masak lemak udang, k.fiezz guna udang. Untuk masak lemak ni, biasanya k.fiezz akan masak samaada masak lemak labu atau udang masak lemak. Dua ni je yang mr hubby boleh makan kalau masakan lemak. Selain dari dua ni, mr hubby kureng sikit. 


Resipi Masak Lemak Labu

Bahan :
  • Labu (Ikut lah kuantiti nak banyak mana. Biasanya k.fiezz masak sikit je. Portion untuk dua orang makan). Labu ni di potong kecil-kecil.
  • 1 kotak santan (kecil)
  • 5 Biji Cili Hijau/Cili Merah (tengok yang mana ada stok di rumah)
  • Beberapa biji cili padi hijau/merah
  • Sikit kunyit
  • Daun kunyit (diikat)
  • Udang kering (ni kalau ada stok di rumah, k.fiezz guna)
  • Garam
  • Gula
  • Sikit Air (1/2 cawan)
Cara Masak :
  • Cili Hijau,cili padi & kunyit di kisar. 
  • Masukkan semua bahan (labu, bahan kisar, daun kunyit, udang kering, santan, garam, gula & sikit air). Selepas semua bahan dah disatukan dalam periuk, buka api kecil & kacau perlahan-lahan. Masak sampai labu empuk. *Labu cepat empuk. Nak check labu dah masak ke belum, cuba cucuk labu dengan sudu. Kalau nampak labu senang je dibelah bila guna sudu, dah lembut lah tu. *Sementara nak bagi labu empuk, kena rajin mengacau. Macam k.fiezz jenis malas sikit, jadi k.fiezz biarkan tapi buka api perlahan. Nampak santan nak mendidih, cepat-cepat kacau.  Santan tak boleh biar sampai mendidih sebab nanti kuah jadi tak cantik. Bila tengok labu dah empuk & rasa semua dah okey,  bolehlah tutup api & 
  • SIAP untuk dihidang.
Senang kan nak masak lemak labu cara mak k.fiezz ni. Itu yang k.fiezz suka masak lemak labu. Tapi tak boleh selalu lah sebab macam k.fiezz mention kat atas, orang tua-tua cakap labu ni kalau makan selalu badan berangin. Jadi sesekali boleh lah layan masak lemak labu ni. 

SELAMAT MENCUBA!!

3 Comments

  1. sedap labu masak lemak ni.. sy pun suka... pastu kena ada sambal belacan jugak dan ikan kering masin

    ReplyDelete
  2. Resepi paling senang tp paling x boleh dimakan..kang semput

    ReplyDelete
  3. resepi labu ni saya sorang ja yg makan. dalam rumah ni takda sapa yg makan. kalau nak buat, kena buat sikit ja la. kalau tak, jenuh nak habiskan. haha

    ReplyDelete