Main game percuma cara untuk release tension bila pandemik sekarang ni sebab kita berkurung di rumah. Dengan bekerja dari rumah untuk yang bekerja & budak-budak yang bersekolah, belajar dari rumah saja. Ramai kawan-kawan k.fiezz yang bergelar mak mengadu di sosial media, stress dengan situasi sekarang. Mana dengan buat kerja pejabat dari rumah. Lepas tu kena ajar juga anak-anak yang bersekolah online. K.fiezz boleh bayangkan berada dalam situasi macam tu. Dah lah silibus budak-budak sekarang, boleh tahan mencabar. Tak macam kita dulu. Agak stress juga lah nak mengadap kerja pejabat di rumah, kerja rumah lagi, lepas tu tambah pula kena jadi cikgu untuk anak-anak. Uiiii mencabar. Kadang kena juga hilangkan stress tu yea tak?Macam k.fiezz beritahu di atas, salah satu cara untuk release tension adalah main game online secara percuma. Ada ke main game percuma sekarang ni k.fiezz oiiii? Ada lah korang. Di mana? Plays.org. Tak pernah dengar lagi? K.fiezz pun baru je jumpa website plays.org ni benornya. hehe. K.fiezz ni bukan kaki game sangat tapi lepas dah cuba main game percuma di website ni, eh best sangat. Ada beberapa game yang dah jadi favourite k.fiezz. Mana satu. Jom check it out. Agak-agak nak release tension atau nak rehat sebentar buat kerja pejabat, k.fiezz buka website ni untuk main game online kejap. 

GAME PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK dan DEWASA


Yea betul korang, kat plays.org ni, game-game di situ ada lebih dari seratus lebih & sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Game di situ juga sentiasa di kemaskini dengan game-game baru yang akan di upload setiap masa. Nak main game percuma di website plays.org ni tak perlu mendaftar pun. Masuk je kat situ (klik link biru) & boleh terus pilih game yang korang nak main. Paling penting di situ game percuma untuk kanak-kanak dan juga dewasa. 

Untuk tengok game-game terbaru, cuma klik saja ' NEW' di bahagian atas website . Malas nak cari game yang ada di plays.org ni,korang cuma scroll sampai bawah dan boleh nampak kategori game yang ada di situ atau pun boleh search game yang korang nak di bahagian carian. Kalau tak tahu nama game, korang cuma scroll sampai bawah & klik je mana-mana kategori game yang korang nak main. Susunan kategori pun disusun mengikut abjad. Jadi senang nak cari. Sila rambang mata tau. hehe. Banyak kategori game kat situ weiii. 

main game percuma, game untuk kanak-kanak, main game online secara percuma,plays.org, main game online, game percuma untuk kanak-kanak
Ini antara game online di Plays.Org yang k.fiezz cuba main. 

MAIN GAME SAMBIL BELAJAR UNTUK ANAK-ANAK 


Secara jujurnya k.fiezz suka sangat plays.org ni sebab boleh main game percuma & game yang ada disitu pun senang nak main. Seperti yang k.fiezz beritahu tadi, selain sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa  game di sini boleh jadi salah satu sumber untuk belajar juga tau. Ada antara game untuk kanak-kanak di situ konsepnya sambil main game sambil belajar. Contohnya ada satu game untuk kanak-kanak yang k.fiezz cuba iaitu Play Math Skills Arithmetic Operations Practice Game for Kids. 

Game untuk kanak-kanak ni belajar matematik okey. Ada tambah, tolak, darab & bahagi. Weiii bagus sangat ni. Anak-anak boleh belajar matematik. K.fiezz cuba game ni, terus rasa pandai sebab banyak dapat jawab betul. haha. Masa main game matematik ni, k.fiezz tak tipu tau guna kalkulator. Memang main congak-congak gitu je. Ada 2-3 salah. Yang lain, betul. Yeayyy. #over. hehe. Agaknya dulu kalau k.fiezz pandai kira main congak-congak macam ni, mau dapat A untuk matematik. haha. 

FAVOURITE GAME DI PLAYS.ORG


Dulu masa kecil, k.fiezz suka tau main anak patung kertas yang boleh tukar-tukar baju tu. Serius gegirl sangat tau. haha. Jangan tak tahu, di plays.org ni ada game ni hah. So yang ni lah favourite game k.fiezz. Haha. Perangai sangat kan. K.fiezz ni suka game yang simple-simple jadi of course lah suka game ni. Korang yang mana ada anak perempuan, boleh suruh anak korang cuba main game pakaikan baju kat anak patung dalam game ni. Ada anak patung perempuan saja & ada juga yang sepasang lelaki & perempuan. Harus lah k.fiezz main dua-dua ni. Hehe. Favourite kan. Kalau korang bagi anak perempuan korang cuba, confirm diaorang suka game ni. 

Untuk lelaki pun ada game yang sesuai untuk diaorang. Jangan risau, game di sini sesuai untuk kanak-kanak lelaki/perempuan & juga orang dewasa. Cuma cari saja game yang diaorang rasa nak cuba untuk main. Contoh macam game Mr Bean yang k.fiezz main. Sesuai untuk semua. 

main game percuma, game untuk kanak-kanak, main game online secara percuma,plays.org, main game online, game percuma untuk kanak-kanak

Tengah pakaikan anak patung dalam game Dress Up Game for Girls. 
Dah tua-tua pun tetap suka game camni, tau. Feeling young always. hehe


main game percuma, game untuk kanak-kanak, main game online secara percuma,plays.org, main game online, game percuma untuk kanak-kanak

Yang ni best, game dia tolong mr bean bersihkan kawasan. Main game ni senang sangat cuma kena pantas sebab masa bersihkan kawasan tu mesin rumput pun duk berlegar di situ. Jadi sambil kutip sampah & markah, kita kena elakkan mr bean dari terkena mesin rumput. hehe. K.fiezz ada lah terbabas beberapa kali. haha. Sian mr bean kena mesin rumput. haha.


main game percuma, game untuk kanak-kanak, main game online secara percuma,plays.org, main game online, game percuma untuk kanak-kanak

Yeay..berjaya tolong mr bean bersihkan kawasan.


BEST MAIN GAME KAT SINI


Overall k.fiezz suka sangat layan main game percuma di plays.org ni sebab FREE. hehe. Tak payah nak daftar-daftar bagai. Cuma kan duk cari juga game Mario yang popular dulu-dulu tu tapi tak ada lah pula. Kalau ada game tu best. Masa kecil dulu, selain dari suka main pakaikan baju kat anak patung kertas, game Mario tu pun k.fiezz suka. Kalau ada game Mario ni kat plays.org sambil main sambil mengimbau kenangan masa zaman kanak-kanak dulu. Ewah. hehe. Terus terasa diri dah tua. haha. 

Untung budak-budak sekarang nak main game online, masuk je ke website dah boleh main. Macam kita kecil-kecil dulu main game yang petak tu. Hat susun-susun kotak. Yang ada bunyi tet tut tet tut.. Tak ingat nama mainan tu. Yang tu pun best juga. Suka bila dapat susun kotak-kotak tu dengan cantik & kalau mengena, dapat markah. 

MAIN GAME PERCUMA di PLAYS.ORG


Jadi kalau korang yang nak release tension kejap sambil-sambil bekerja dari rumah, layan anak yang kena belajar secara online di rumah boleh cuba main game secara percuma di sini. Cara yang senang untuk release tension dan paling penting tak perlu keluar duit pun, weiii. Main game percuma saja di sini. Eh nak main game dengan anak-anak pun boleh. Game di sini sesuai untuk semua peringkat usia. 

Budak-budak sekarang kan suka main game so dari diaorang main game yang kita pun tak tahu apa dia, lepas tu risau kot lah game-game yang diaorang duk main tu ada pula kena keluarkan RM, baik bagi diaorang main game percuma di sini. Selamat. Sambil main game sambil belajar konsepnya. 

KELEBIHAN PLAYS.ORG
  • Tiada simbol berbayar atau kena upgrade
  • Permainan yang senang & mudah untuk dimain
  • Permainan kasual
  • Tak perlu muat turun aplikasi
  • Tak perlu berdaftar atau setup akaun pengguna
Nak main kat plays.org, korang klik saja link merah. 

3 Comments

  1. percuma
    suka lni anak2 dpt main games

    ReplyDelete
  2. memang seronok main game dekat sini
    Hans hari-hari buka main The Siege sejak PKPD
    hahahaha

    ReplyDelete