K.fiezz sekarang ni duk ralit melayan Tik Tok. Kadang tak sedar sampai sejam lebih tengok Tik Tok. Paling suka tengok video-video Tik Tok yang share pasal misteri bangunan/tempat, penjagaan kulit muka, kesihatan, kesuburan. Sebenarnya banyak lagi. Ini antaranya yang selalu naik kat Tik Tok k.fiezz. Antara yang menarik perhatian k.fiezz adalah penjagaan kulit muka. Banyak orang share pasal penjagaan kulit muka, produk-produk penjagaan kulit yang bagus & banyak tips pasal produk penjagaan kulit muka & k.fiezz tertarik ramai duk share pasal Retinol. K.fiezz ni masa mula-mula dengar 'Retinol?'. Apa ni?Ketinggalan pula pasal benda-benda macam ni. Lepas tu duk layan punya layan ramai pula kongsi yang sama iaitu pasal retinol ni. Mula lah sifat nak tahu apa benda retinol ni?Seriusly memang k.fiezz tak tahu apa benda lah retinol ni, hah. Bila duk tengok video-video orang share kat Tik Tok, baru lah tahu apa itu retinol?Untuk kulit rupanya. Eh jap, apa pula fungsi retinol untuk kulit ni?Penting ke dalam penjagaan kulit?'. Banyak pula persoalan pasal retinol ni. 

Bila dah asyik lalu lalang naik pasal retinol ni?Baru k.fiezz tahu apa itu retinol?Korang ada yang dah tahu ke atau belum tahu lagi?Kalau yang belum tahu, jom k.fiezz kongsi sikit apa yang k.fiezz faham & fungsi retinol untuk kulit. 

APA ITU RETINOL

Retinol ni antara bahan aktif yang di ekstrak dari vitamin A yang banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit muka & sesuai untuk semua jenis kulit. Antara fungsi retinol untuk kulit seperti merawat jerawat, memperbaiki kulit, mencegah tanda penuaan (garis halus di muka, kedutan, kulit kasar) dan menjadikan kulit bersih. Ada antara testimoni yang berkongsi hasil penggunaan retinol ni, muka nampak licin giler weiii berbanding sebelum muka ada kesan parut-parut jerawat,kedutan, garis halus. Berkenan pula k.fiezz tengok hasilnya tu tapi seperti biasa dah nama blogger kan sebelum beli tu nak tahu dulu apa fungsi retinol ni, apa kesan dia. Lepas tu untuk yang ttc (trying to conceive) macam k.fiezz ni sesuai ke tak pakai. Tak apa,nanti kat bawah ni k.fiezz beritahu sesuai ke tak, hokay?

Berbalik pasal retinol  ni, dia sesuai untuk semua jenis kulit tetapi hati-hati bila gunakan sebab retinol boleh sebabkan iritasi (kulit jadi merah, mengelupas & menimbulkan ketidakselesaan) terutama untuk yang berkulit sensitif. 

Jadi nak guna retinol ni ada caranya terutama yang berkulit sensitif. Check it out di bawah. 

Penting ke Retinol Untuk Penjagaan Kulit Muka?

Sebelum tu, kalau ada yang bertanya penting sangat ke yang menitik beratkan penjagaan kulit muka & juga yang dah menginjak umur 30 ke atas untuk guna retinol ni dalam langkah penjagaan muka harian kita. Jawapannya - sangat digalakkan. Seeloknya retinol boleh mula di pakai sebaik sahaja umur mencecah 25 tahun ke atas untuk mencegah tanda-tanda penuaan dari awal dan merawat masalah-masalah kulit seperti di atas. Kesan pengabaian penjagaan kulit muka ni, boleh nampak bila kita dah berusia. Masa umur muda remaja, 20an tak nampak lagi. Tunggu dah cecah 30. Hah, amikkk ko jangan terkejut tengok muka sendiri. haha. Itu lah kesan malas nak jaga dari awal. Jadi seeloknya memang disarankan masuk saja umur 25 tahun ke atas, dah boleh mula guna produk penjagaan kulit yang mengandungi retinol ni. 

Apa fungsi Retinol Untuk Kulit Muka kita?

Fungsi-fungsi Retinol untuk kulit muka - 

  • Buang sel kulit mati
  • Meningkatkan produksi kolagen 
  • Mengurangkan kedutan, garis-garis halus & bintik/parut hitam
  • Membantu bersihkan pori tersumbat dari kotoran, sisa mekap yang menjadi punca jerawat
  • Mengecilkan pori
  • Memudarkan pigmentasi yang menjadikan warna kulit tak sekata. Retinol boleh membantu hentikan proses pigmentasi ini yang disebabkan terdedah pada cahaya matahari. 
  • Antioksidan 
  • Merawat jerawat (memastikan pori-pori sentiasa bersih dari segala kotoran, minyak & sisa mekap) sekaligus mengelakkan dari terjadinya jerawat.
fungsi retinol untuk kulit, penjagaan kulit muka, apa itu retinol, the ordinary retinol

Atas ni hasil penggunaan retinol. Superb kan hasil dia. Nampak perbezaa dalam masa sebulan. Kulit lagi firm & flawless
Sumber Gambar - FB Dr Nazelia

RETINOL DI DRUGSTORE

Untuk korang yang nak cuba retinol, boleh cuba cari di drugstore. Bawah ni antara produk-produk Retinol yang korang boleh cari di situ. 

JENAMA RETINOL YG ADA DI DRUGSTORE

  • Olay Retinol24 Night Moisturizer
  • Hada Labo Retinol Lifting
  • Olay Regenerist Retinol24 Night Serum

Cara Guna Retinol

Dah tahu fungsi retinol, kena lah tahu cara guna retinol ni pula. Dari perkongsian video-video yang k.fiezz jumpa di Tik Tok, nak guna retinol ni ada cara dia & yang penting korang memang amalkan langkah penjagaan kulit muka harian. Sebab nak guna retinol ni, korang kena pakai juga dengan item lain seperti moisturizer. Jadi kalau korang memang buat langkah penjagaan kulit harian tu, tak ada masalah korang ikut langkah-langkah dia.  

Kesan pemakaian retinol ni menyebabkan iritasi, kulit merah & mengelupas sebab untuk permulaan ada yang akan dapat kesan macamni sebelum dapat hasilnya. Dia bergantung pada jenis kulit masing-masing.  Tapi jangan risau, macam k.fiezz cakap di atas ni, ada cara nak guna retinol ni terutama yang dalam kategori kulit sensitif. Bawah ini cara guna retinol. 

5 Cara Untuk Guna Retinol 

  • Guna pada kulit yang betul-betul kering
  • Guna dengan langkah moisture sandwich (maksudnya pakai moisturizer dahulu, diikuti retinol & kemudian baru sapu semula moisturizer). **Pastikan pemakaian moisturizer yang pertama betul-betul kering, baru pakai retinol. Lapisan moisturizer ini tak akan kurangkan fungsi retinol tetapi meningkatkan kesesuaian kulit untuk terima kandungan retinol. 
  • Guna sikit sahaja (di hujung jari) kemudian ratakan keseluruhan muka.
  • Jangan guna di waktu pagi. Sebaiknya guna pada waktu malam. **Sekiranya nak guna retinol di waktu pagi/siang, pastikan pakai moisturizer sunscreen.  
  • Jangan gabungkan retinol dengan skincare lain yang mengandungi bahan aktif seperti glycolic acid sebab gabungan dua-dua bahan yang bersifat exfoliating ni boleh menjadikan kulit merah & mengelupas. 
  • Jangan guna setiap hari (guna 2-3x seminggu)

Untuk korang yang nak guna retinol, pastikan korang wajib lengkap rutin penjagaan kulit muka harian  dari cleanser - toner - serum - moisturizer - sunscreen. Kalau rutin korang yang ni lengkap, baru lah korang boleh guna produk yang mengandungi retinol ni. Sebab secara logiknya, kalau korang rajin buat langkah penjagaan muka ni, maka rajin lah korang nak selitkan penggunaan retinol ni sekali. Lagipun bila kita menjaga kulit mengikut langkah penjagaan yang betul, kulit kita dalam keadaan yang sihat dan boleh menerima pertambahan fungsi retinol.

TTC (Trying To Conceive) / Preggy Boleh Guna Tak RETINOL?Boleh tak guna retinol ni untuk yang tengah TTC macam k.fiezz atau yang tengah mengandung?Lepas buat kajian. Ewah kajian bagai. Tak lah kajian. Dari info-info yang k.fiezz jumpa di Tik Tok juga, bagi TTC & ibu mengandung, jawapannya tak boleh tak boleh sebab takut menganggu kandungan dalam rahim ibu. Aiyakkkk..Baru sis berangan nak kulit licin, bersih tapi sebab nak baby terpaksa KIV dulu lah nampaknya. Tapi tapi k.fiezz ada terjumpa, boleh guna retinol alternatif iaitu produk yang mengandungi retinol dengan kuantiti dan sumber bahan-bahan lebih selamat untuk digunakan bagi mereka yang dalam 2 kategori ni.   

Produk RETINOL ALTERNATIF?
  • Peptides 
- The Inkey List Peptide Moisturizer
- The Inkey List Hepta Peptide SerumCos De Baha M.A Peptide Serum

  • Bakuchiol
- The Inkey List Bakuchiol
- Herbivore Bakuchiol

  • Resveratrol 
-Essens Oryzalac Skin Activating Serum\
- TO Resveratrol 3% + Ferulic Acid 3%

  • Conzyme Q10
- The Inkey List Q10
- Nivea Q10 Power Night Cream
- Cosmoderm Gentle Q10

Nak Cuba Ke Tidak RETINOL?

K.fiezz ada cari beberapa item Retinol Alternatif dalam senarai atas ni kat Mr Google. Ada jumpa 1-2 brand Salah satu brand yang k.fiezz jumpa iaitu The Inkey List Bakuchiola. K.fiezz baca di bahagian description memang ada dinyatakan boleh diguna oleh ibu mengandung. Nak beli ke tidak ni?Harga RM50 untuk 30ml. Hat ni K.fiezz jumpa di website Sephora. Gatai pi cari. Hah, dah jumpa, berbelah bagi pula. Ishhh k.fiezz ni. Tak apa lah nanti k.fiezz fikirkan nak beli ke tidak. hehe.Kat Tik Tok sekarang, yang paling top Retinol The OrdinaryAda juga retinol dari jenama lain iaitu Olay Retinol (bekas warna purple atau biru. tak ingat yang mana satu), korang boleh cuba cari. Jadi untuk korang nak kulit cantik, sihat, bersih dari segala jerawat, parut jerawat, jeragat, kedutan, garis-garis halus, senang cerita nak nampak awet muda boleh masukkan retinol dalam langkah penjagaan kulit harian masing-masing. 
SELAMAT BER 'RETINOL UOLLS

7 Comments

  1. Saya kenal Retinol dekat Twitter tapi belum pernah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kenal dari Tik Tok. Nak cuba tapi KIV dulu sebab tengah ttc.

      Delete
  2. Nak pakai retinol kena kukuh basic skincare, kalau tak nanti kulit makin terukkkk, seramm tengok budak budak sekolah rendah or menengah nak pakai retinol dahhh sebab terpengaruhhh tengok orang recommend >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ika. kalau tak buat basic skincare, tak di galakkan guna retinol ni sebab nanti muka lagi terukk. aiyakkk..ada budak sekolah rendah/menengah pakai. retinol ni untuk orang yg dah berumur 25 tahun ke atas. haih, budak2 skrg ni,main pakai je. selidik la dulu sebelum guna.

      Delete
  3. Tak pernah tahu pasal terinol ni. ni baru la tahu. terimakasih kak fiez atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian ye kak.fiez

    ReplyDelete
  5. Ada nampak 1 set Retinol lalu lalang kat FB dan IG...nampak menarik tapi blom terjebak beli lagi...

    ReplyDelete