Tahniah adik-adik atau anak-anak yang baru dapat result SPM baru-baru ni. Bagi yang berjaya, tahniah tahniah tahniah. Adik-adik / anak-anak yang berjaya dapat straight A's & tengah mencari peluang untuk mendapat tempat di mana-mana IPTA di dalam atau luar negeri tapi ada masalah kewangan pula atau tak nak susahkan ibu bapa, ni k.fiezz / aunty fiezz (hehe. feeling old) nak kongsi senarai permohonan biasiswa untuk lepasan SPM 2021. Mana tahu adik-adik/anak-anak boleh cuba mohon. Untuk korang yang ada anak-anak/adik-adik/sesiapa yang baru dapat keputusan SPM cemerlang, boleh lah kongsikan dengan diaorang. Mana tahu rezeki diaorang.

Sekarang ni banyak biasiswa untuk lepasan SPM. Cuma mungkin lepasan SPM ni atau family pelajar lepasan SPM terutama yang tinggal di luar bandar, tak tahu biasiswa apa yang boleh dimohon & cara mohon biasiswa untuk lepasan SPM. Jadi kita ada maklumat, apa salahnya kita bantu salurkan maklumat supaya diaorang dapat mohon biasiswa-biasiswa ni. Di bawah ni antara jenis-jenis biasiswa yang ada untuk lepasan SPM 2021. 

permohonan biasiswa lepasan spm 2021,biasiswa untuk lepasan spm

PERMOHONAN BIASISWA LEPASAN SPM 2021

 JPA-JKPJ SCHOLARSHIP

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 23 JUN 2021


JPA-MARA SCHOLARSHIP

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 23 JUN 2021


PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP)

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 20 JUN 2021


BANK NEGARA - THE KIJANG SCHOLARSHIP

•Tarikh Buka : 11 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 27 JUN 2021


KHAZANAH WATAN SCHOLARSHIP

•Tarikh Buka : 11 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 30 JUN 2021


YAYASAN UEM SCHOLARSHIP

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 25 JUN 2021


YAYASAN TNB SCHOLARSHIP

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 20 JUN 2021


KHAZANAH GLOBAL SCHOLARSHIP

•Tarikh Buka : 11 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 30 JUN 2021


 SHELL SCHOLARSHIP

•Tarikh Buka : 14 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 30 JUN 2021


PNB SCHOLARSHIP AWARDS

•Tarikh Buka : 10 JUN 2021

•Tarikh Tutup : 25 JUN 2021


YAYASAN PENERAJU SCHOLARSHIP

Tarikh Tutup : 25 JUN 2021

So korang boleh lah share info ini kepada sesiapa yang kita yang tahu baru sahaja mendapat keputusan SPM dan yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran dan ingin memohon biasiswa.. 

KEPUTUSAN KURANG MEMBERANGSANGKAN

Bagi yang dapat keputusan kurang memberangsangkan, jangan sedih. Tak berjaya dapat straight A's bukan bermaksud, gagal selamanya. Ramai yang berjaya walaupun masa SPM dulu dapat keputusan kurang memberangsangkan. Benda yang lepas jangan di kenang. Pandang ke depan & terus melangkah. Tak dapat berderet A bukan bermaksud tak boleh sambung belajar. Cari kolej dan bidang yang dirasakan sesuai dengan keputusan serta dalam masa sama, kena dengan jiwa. Insyaallah. Mesti boleh berjaya macam kawan-kawan yang lain. 

SELAMAT BERJAYA UNTUK YANG MOHON BIASISWA-BIASISWA DI ATAS!!

3 Comments

  1. semoga adik2 semua berjaya dpt biasiswa dan juga boleh sambung pelajaran ke next stage. guna peluang yang ada sebaik2nya. try je semua biasiswa kalau boleh, manatau ada rezeki dtg melekat.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan mereka lepas ni :)

    ReplyDelete
  3. banyak juga ya. baru tahu nanti boleh sebarkan hee terimakasih atas perkongsian kak fiez.

    ReplyDelete