Bercakap pasal masalah keputihan ni, rasanya ramai kaum wanita alami. Betul tak?Okey ke keputihan ni? Jom kita kenal dulu apa itu keputihan?Keputihan ni cecair yang dikeluarkan sel normal miss v sebagai pertahanan badan. Tujuannya untuk membuang sel miss v yang rosak dan dijangkiti bakteria. Biasa berlaku sebelum atau selepas period. 

Masalah keputihan ni bergantung juga samada yang keluar tu keputihan normal atau keputihan tidak normal. Sebelum kita cerita lebih lanjut macamana ciri-ciri keputihan normal dan keputihan tidak normal. Jom kita tengok apa punca kita alami masalah keputihan ni?

keputihan,keputihan normal, keputihan tidak normal, punca keputihan, masalah keputihan

Punca Masalah Keputihan

Tak lain tak bukan masalah keputihan ni berpunca dari faktor pemakanan terutama minuman/makanan yang mengandungi gula. Sekarang ni memang banyak minuman manis yang muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. You name it, girl. Kalau ke mall tu, merata jenama-jenama minuman yang kita tahu kandungan gulanya tinggi. Tak perlu lah k.fiezz beritahu kat sini. Disebabkan habit kita yang suka minum air & makanan yang manis ni jadi punca keputihan muncul. Selain dari faktor minuman/makanan ada juga faktor lain untuk yang dah berkahwin, iaitu aktiviti seksual. 

Ni antara punca masalah keputihan yang ramai kita, wanita alami. Terpulang pada kita cara untuk mengawal dan mengurangkan masalah keputihan ni. Kalau masalah keputihan yang kita alami normal, tak ada masalah. Cuma kalau jadi keputihan tidak normal, itu yang bermasalah. 

Macamana nak beza keputihan normal dan keputihan tidak normal?

CIRI KEPUTIHAN NORMAL 

Macam k.fiezz beritahu di atas ni, keputihan ada 2 jenis samaada yang normal atau tidak normal. Meh kita tengok ciri keputihan normal. 

  • Lendir cair & tidak melekat
  • Kuantiti sedikit
  • Muncul sebelum waktu subur dan sebelum period
  • warna putih @ krim
  • Tidak berbau
  • Tidak gatal

CIRI KEPUTIHAN TIDAK NORMAL

  • Lendir kental & melekat
  • Warna kuning , kelabu, hijau
  • Berbau busuk 
  • Jumlah Banyak
  • Gatal & Radang
  • Keputihan berpanjangan

Cara Untuk Mengelak Keputihan

Macamana cara untuk mengelak atau terjadinya keputihan. Ni caranya : 

  • Pastikan miss v sentiasa bersih & kering
  • Elakkan guna pembersih miss v yang boleh menganggu kestabilan PH 
  • Elak pakai seluar dalam yang terlalu ketat & diperbuat dari fabrik satin
  • Selalu tukar pad semasa period
  • Guna pantyliner bila perlu sahaja (cara k.fiezz, k.fiezz pakai beberapa hari sebelum period & selepas period tinggal sikit.) Kalau  yang nak pakai hari-hari, tukar setiap 4 jam walaupun pantyliner kering.
  • Jangan guna produk wangian/semburan pada miss v
  • Kurangkan pengambilan makanan/minuman manis
  • Basuh bersih miss v selepas bersama suami

**Tips tukar pantyliner setiap 4 jam, k.fiezz dapat info dari page produk kesuburan yang k.fiezz tengah cuba sekarang. Founder produk ni Doktor, dia ada share cara mengatasi masalah keputihan. Sebelum ni k.fiezz pun tak tahu kena tukar pantyliner setiap 4 jam sebab kering je memandangkan k.fiezz tak ada masalah keputihan. Itu yang rasa macam rugi pula nak membazir pi buang. haha. Dasar kedekut. Tapi sebenarnya bila kita pakai pantyliner, kawasan miss v cepat kita berpeluh & menyebabkan bakteria di situ. Jadi digalakkan untuk tukar pantyliner setiap 4 jam bagi elakkan terjadi keputihan. 

ALAMI KEPUTIHAN

Yea. k.fiezz sendiri alami masalah keputihan sebelum ni. Tapi bila k.fiezz banyak mencari info berkaitan TTC (trying to conceive) dan jumpa artikel-artikel pasal masalah keputihan ni boleh jadi salah satu faktor susah untuk hamil. K.fiezz cuba tips-tips untuk elak masalah keputihan dari muncul. Antaranya kurangkan pengambilan makanan/minuman manis, banyakkan minum air putih dan memang nampak hasilnya sebab keputihan yang k.fiezz alami sekarang cuma bila nak menghampiri waktu subur dan juga sebelum period. Alhamdulillah sangat. 

TAK MINUM AIR MANIS DAH KE?

Eh. tak ada lah tak minum langsung. Ada juga minum tapi bila dah buat uji kaji pada diri sendiri dan tips yang k.fiezz baca, baru tahu punca keputihan ni dari gula putih. Sekarang k.fiezz tukar dari gula putih kepada gula perang (brown sugar) di rumah. Walaupun ada yang cakap gula perang pun masih kategori gula. Betul la tu, tak lah kata tipu pun. Cuma guna gula perang ni, air kurang manis. Jadi tak ada lah kita craving nak minum manis sangat. K.fiezz pun buat air manis sekali  sehari je waktu pagi  untuk breakfast. Itu pun kadang k.fiezz tak minum. Buat untuk mr hubby. 

Cumanya kalau ke kedai makan, mesti order air manis. Dah kat kedai, memang sah-sah lah air tu akan diletakkan gula putih tapi k.fiezz minum je sebab bukan hari-hari pi minum kat kedai pun. hehe. Lagi pula sekarang kita duk rotate PKP, PKPB, PKPD, PKP balik dan begitu lah seterusnya, lagi lah jarang ke kedai makan sebab boleh take away je sekarang. 

Hikmahnya kurang lepak di kedai & kurang lah minum air manis-manis di kedai. hehe. Kenapa tak order air kosong je kalau pi makan kat kedai? Alaaaa...kat rumah air kosong. Kat kedai makan, cheat day lah order air manis. Sesekali. hehe. Tapi tak pe lah sekarang ni nak keluar pun tak boleh, apa lagi nak makan kat kedai. Duk rumah minum lah air putih. hehe.  

Bagi korang yang ada masalah keputihan tidak normal sampai menganggu kehidupan harian, contoh paling teruk miss v berbau. Duduk sebelah pasangan pun, pasangan kita boleh hidu bauan yang kurang enak dari miss V,korang kena jumpa Doktor untuk rawat masalah keputihan tu.  Untuk yang dah berkahwin, masalah keputihan tu bukan pada diri kita juga tau. Berkait juga dengan pasangan kita sebabkan ada aktiviti seksual. Bila kita bersama dengan pasangan, keputihan dari miss v kita tu boleh menjangkiti pada pasangan kita pula. Itu yang kita kena rawat masalah keputihan ni.  

Jadi ni antara tips untuk kawal masalah keputihan. Semua info ni k.fiezz kumpulkan dari pharmacist & Doktor yang kongsi maklumat di Tik Tok. Senang kumpul sekali dalam satu entry untuk rujukan diri sendiri dan orang lain. Kalau kat Tik Tok, video bersambung-sambung. Leceh pulak nak kena cari bila-bila nak rujuk. Tulis kat sini, senang nak cari. 

Untuk yang ada masalah keputihan, selamat mencuba cara-cara diatas ni. 

4 Comments

  1. Tq for share kak . bahaya jgk keputihan ni

    ReplyDelete
  2. Nice sharing kak fiezz, saya biasa sebelum period, keputihan datang. Lepas period tak ada dahhhh.

    ReplyDelete
  3. thanks share.
    saya guna pantyliner juga tapi bila keluar rumah je lah.
    and yes saya pun ikut standard masa tukar setiap 4 jam tu.

    ReplyDelete
  4. Thanks kak fiez share pasal ni. dapat juga membantu serba sedikit :)

    ReplyDelete