Baru-baru ni k.fiezz joint satu program anjuran salah satu bahagian di Kementerian. Tajuk program Bean bag Talk Series 3  - Bila Hati Dah Suka. Program ni sesi wawancara berkaitan Psikologi Berpasangan & Keluarga oleh En Aswandi, seorang Kaunselor yang sebelum ni bertugas di Kementerian sama dengan k.fiezz. 

Bila Hati Dah Suka

K.fiezz tertarik dengan topik yang dibincangkan & En Aswandi ni kalau bagi talk dalam mana-mana program dia, memang best dengar. Sebab dia suka berkongsi dari pengalaman sebenar. Okey, jom masuk ke topik. 

Nak tanya dengan semua. Apa tujuan berkahwin?Mak ayah dah bising. Orang sekeliling asyik tanya 'eh bila nak kahwin?'. Tengok kawan-kawan sebaya ramai dah kahwin. Jadi kita pun rasa nak kahwin. Memang normal kita sebagai manusia biasa, Allah dah ciptakan kita berpasang-pasangan. Lelaki mesti nak cari suri hati & perempuan mesti nak cari orang yang boleh sayang dan lindungi kita. Betul tak?

Betul perasaan tu. Cuma dalam kita pilih pasangan ni, kita kena kenal dan jujur dengan pasangan. Jujur ni dari segala segi. Beritahu apa kelemahan kita.Jangan simpan sebab kalau hubungan tu sampai ke jinjang pelamin, kita tak nak kelemahan yang kita rahsiakan tu akan jadi masalah di kemudian hari. 

Contoh - masa dekat-dekat kita nak kahwin tu baru lah kita tahu yang pasangan ada penyakit mental. Hah,apa nak buat. Macamana penerimaan kita. Boleh tak terima pasangan yang ada masalah kesihatan mental ni. Hati dah suka ni tapi si dia ada masalah pula. Kalau kata boleh terima,kita kena ambil tahu berapa teruk sakit pasangan kita tu. Dia bergantung makan ubat tak?ada kemungkinan untuk sihat seperti biasa tak di kemudian hari nanti. Kena ambil tahu, hokay. Sebab sekarang ni banyak juga kes yang melibatkan kes bunuh oleh pasangan sendiri. Tak kisah lah pasangan bunuh pasangan sendiri atau pasangan bunuh anak sendiri ke? Scary okey. Sebab punca bila disiasat kes-kes macamni baru dapat tahu pasangan yang di tuduh tu ada masalah mental. Sebab tak silap k.fiezz, pesakit pesakit mental ni, kadang nampak normal tapi perlu bergantung dengan ubat. Tu yang kalau ada pasangan dalam kategori ni, korang kena ambil tahu. 

Jadi point disini, kita tak boleh pegang je konsep hati dah suka tu. Kena kenal & ambil tahu segala pasal pasangan kita. Bukan setakat masalah kesihatan saja, kena tahu juga kerja apa, adik beradik berapa orang, orang negeri mana. Semua lah kena tahu.

Nak tahu kerja apa?Bukan sebab kewangan saja tapi nak tahu apa tugas-tugas yang pasangan kita buat. Contoh - Bila dapat pasangan kerja beruniform (tentera) & pasangan kita selalu ke sana sini untuk buat operasi atau tugasan luar. Masalah timbul bila tak faham kerja pasangan. Boleh jadi isu besar di situ bila pasangan kerap outstation yang menyebabkan kita asyik tak puas hati berpunca dari sikap kita yang tak faham job skop kerja pasangan.  Susah tau dapat pasangan yang tak faham kerja kita macamana. Kita balik kerja, penat-penat sampai rumah. Nak release tension & merehatkan minda dan badan penat bekerja. Tapi sampai rumah bergaduh pula dengan pasangan. Dah jadi punca lagi stress disitu. 

Kalau kata ada masalah susah nak dapat zuriat selepas setahun berkahwin?Apa nak buat?Tuding menuding siapa yang tak subur?Ajak pasangan ke hospital masing-masing tak nak sebab ego & malu. Jadi apa nak buat bila ada dalam situasi ni?Hah, kat sini kena ada kerjasama antara suami isteri untuk berpakat & menyelesaikan masalah. 

Adik beradik berapa orang?Kalau pasangan kita tu  anak sulung & bawah dia ramai lagi adik-adik masih bersekolah dan dia kena tolong keluarga dia dengan hulurkan bantuan kewangan setiap bulan. Sebagai pasangan kita kena tahu tanggungjawab dia pada keluarga yang dia kena bantu secara rutin setiap bulan. Mungkin di sini faktor kewangan akan jadi sikit masalah bila kita dah berkahwin dengan dia sebab part kewangan pasangan yang kita kena kongsi juga dengan keluarga dia. Mungkin nanti kita yang akan banyak membantu pasangan dari segi kewangan untuk kehidupan selepas berkahwin. 

Orang negeri mana?kena ambil tahu juga. Nanti balik raya, senang tak. Nak balik kampung siapa dulu kalau kampung dari negeri lain-lain. Hah, wajib tau. Isu balik kampung ni pun kalau tak sefahaman boleh jadi bergaduh juga weiii. Percaya lah. Nampak je remeh. Tapi tak. 

Jadi bukan sebab hati dah suka saja. Kena fikirkan semua faktor ni & banyak lagi faktor lain sebelum kita ambil keputusan melangkah ke alam perkahwinan dengan pasangan. Dari kelemahan-kelemahan pasangan yang kita suka ni, kita boleh terima ke tidak si dia?Kalau kita yakin, kita boleh terima. Teruskan dengan langkah seterusnya iaitu berkahwin. 

berkahwin, pilih pasangan

Marriage Vs Wedding

Jom tengok pula kita ni pilih wedding atau marriage. Eh apa beza tu?Sama je kan. Lain tau uolls. Marriage selepas berkahwin. Wedding, masa nak buat majlis. Rasanya ramai lebih utamakan wedding sebab nak buat majlis grand. Sebab nak tunjuk dan puaskan hati semua orang yang datang masa ke majlis perkahwinan kita tu. Nak tanya berapa ramai antara kita ni bila nak kahwin buat personal loan dekat bank?Sebabnya nak buat majlis grand. Mungkin ada juga yang buat tabungan sendiri tapi rasa-rasa berbaloi tak nak buat majlis grand untuk tunjukkan pada semua orang yang majlis kita tu wedding of the year sebab terpengaruh dengan selebriti yang buat majlis kahwin grand. Padahal selebriti tu kebanyakan di taja. Tu yang kita tengok majlis kahwin diaorang grand. Kita ni pula yang gaji biasa-biasa nak ikut. Betul lah tu perkahwinan hari istimewa dalam hidup kita. Tapi secara logiknya untuk kita rakyat marhaen ni,  memadai buat secara sederhana mengikut kemampuan dan poket kita, kita tumpukan selepas berkahwin. 

Weiii lepas berkahwin lagi banyak tau nak pakai duit. Nak sewa rumah, nak bayar bil-bil, beli barang dapur dan lain-lain. 

Secara jujurnya masa k.fiezz kahwin dulu pun k.fiezz pentingkan wedding sebab fikir kahwin ni hari istimewa. Nak buat majlis yang meriah gitu. Bila dah lepas kahwin baru sedar, banyak nak pakai duit tau. Nak beli barang rumah, nak sewa rumah, nak bayar bil-bil, nak beli barang dapur. Apa lagi yeak. Banyak lah lagi yang berkaitan duit ni, hah. 

Jadi pada pendapat k.fiezz untuk pasangan yang baru nak mendirikan rumahtangga ni, lebih elok korang pentingkan kehidupan selepas berkahwin. Untuk majlis hari kahwin tu, setengah hari saja majlisnya. Bukan buat sampai berhari-hari. 

So fikirkan samaada berbaloi atau tidak keluar duit berpuluh/beratus ribu untuk majlis yang berlangsung tak sampai pun sehari yang biasanya dari tengahari - petang. Kalau korang dalam kategori mampu untuk buat majlis besar-besaran, tak ada pula siapa melarang. Senang cerita tepuk poket masing-masing. haha. 

SETIAP PILIHAN ADA KEBAIKAN KEBURUKAN

Apapun setiap pilihan yang kita pilih ada kebaikan dan keburukan. Kita fikirkan yang mana terbaik untuk kita. Bukan terpengaruh dengan cakap orang sekeliling. 

Melangkah ke alam perkahwinan ni bukan sebab seronok nak kahwin. Tengok kawan-kawan dah kahwin, kita pun nak juga tapi masuk ke alam perkahwinan ni datang sekali dengan tanggungjawab.

Dalam perkahwinan ni ada waktu seronok, ada waktu tak seronok. Bila waktu seronok tu, bukan main lagi rasa bahagia. Kita je rasa bahagia. Orang lain tak. Hehe. Tapi datang waktu tak seronok contoh bila bergaduh. Hah, boleh bergegar rumah tau.haha. Benda kecil pun boleh jadi isu besar. 

Jadi sebelum melangkah ke alam perkahwinan, fikirkan samaada sudah bersedia atau tidak? hehe. Tapi sebenarnya dah kahwin ni seronok tau. Orang yang dah kahwin tahu lah. Eh..terlebih pula..haha.

5 Comments

  1. tq for sharing kak.doakan rabia dpt jodoh dgn org yg baik2 ya.

    ReplyDelete
  2. bykkkk kena tolak ansur ni.. tu penting kan

    ReplyDelete
  3. tentulah marriage kan long term

    ReplyDelete
  4. tentulah nak perkahwinan sehingga ke akhir hayat kalau boleh. Setia pada dia sahaja. hehe. Dan mcm mrs pip, memang cerewet bab kahwin dulu, banyak betul nak ambil kira pasla risau kalau half way dah cerai. Dan dah nak masuk tahun ke-9, so far alhamdulillah susah senang berjaya dilalui bersama.

    ReplyDelete
  5. Couple and kahwin ialah dua perkara yang berbeza. Dah kahwin, ada upside down mcm roller coster sikit but then semua atas diri kita macam mana nak handle. Pasangan yang kita kahwin itu pilihan kita kan. Jadi, terima la seadanya hee

    ReplyDelete