Dengan keadaan kita sekarang masih lagi berlawan dengan pandemik COVID 19 menyebabkan membeli-belah atas talian memang jadi pilihan ramai. Tak kisah pembelian barang dapur, barang keperluan harian, barang elektrik termasuk lah makanan dan macam-macam barang lagi yang nak di beli ramai lebih suka membuat pembelian atas talian dari kena keluar rumah. Kenapa?Untuk mengelakkan kita beramai-ramai sesak di pasaraya atau kedai makan. Sekarang kan moto 3S (Elak tempat Sesak / Sempit & Sembang Dekat). Siap ada moto lagi sekarang ni, hah. Alaaa rindunya nak macam dulu-dulu. 

Okey tak pe berbalik pada topik. Memandangkan membeli-belah atas talian menjadi pilihan ramai sekarang ni, kos penghantaran murah antara faktor yang mainkan peranan penting. Terutama untuk para peniaga yang menjual di atas talian. Kos penghantaran memang paling utama kena tengok sebab berapa pula untung dapat kalau kos penghantaran yang mahal, yea tak?K.fiezz sendiri pun kalau nak pos barang sebab k.fiezz pun seller online, memang cari kurier yang tawarkan kos penghantaran murah. 

DelyvaNow 

Mesti korang tertanya-tanya apa pula DelyvaNow ni & apa kaitan dengan kos penghantaran murah?Okey, straight to the point DelyvaNow ni platform perkhidmatan penghantaran dengan tawaran kos penghantaran murah dan berpatutan. Di sini lah kaitannya. DelyvaNow bermula dengan  menjadi platform perkhidmatan penghantaran yang membuat penghantaran pada hari sama dan juga keesokan hari (seperti poslaju dan lain-lain). Sekarang ni DelyvaNow dah berkembang menjadi pusat sehenti penghantaran dengan membantu para peniaga online menjimatkan masa untuk hantar barang dan menawarkan kos pos murah. Di dalam platform DelyvaNow mempunyai lebih dari 10 kurier penghantar di Malaysia. Kini, anda hanya perlu berdaftar dengan DelyvaNow dan terus dapat gunakan kurier yang lain-lain. Menarik bukan?

Sebagai seller, memang tugas kita nak cari kos pos murah untuk menghantar barang. Dengan lambakan syarikat kurier yang ada sekarang ni, memang agak pening juga cari yang menawarkan kos pos murah dan servis baik untuk elakkan masalah semasa proses penghantaran barang kepada pelanggan. Kadang ada syarikat kurier, dah lah harga kos pos mahal lepas tu ada masalah pula masa penghantaran barang. Barang rosak, barang pecah ataupun ada barang tak sampai pun kat pelanggan. Adeh. Pening bila mengadap masalah macam ni. Dah lah harga kos mahal lepas tu ada masalah pula. Haih...Bila jadi masalah macam ni, memang pelanggan akan minta ganti lah. Dah rugi di situ. Kos pos kena 2x & kos barang pun 2x. Apa nak buat ni risiko untuk seller online

Jadi dengan tawaran dari DelyvaNow untuk kos pos murah, memang k.fiezz sebagai seller online rasa lega sangat. Lepas ni nak pos barang pun, tak ada masalah sebab dah jumpa tempat yang tawarkan kos penghantaran murah. Kalau kata ada masalah seperti di atas, tak adalah rasa rugi sangat sebab kos pos murah je yang dikeluarkan. Betul tak?Bila berniaga memang macam ni lah. Kena ambil kira semua faktor. 

Jom tengok servis yang disediakan oleh DelyvaNow.

kos penghantaran murah, kos pos murah, membeli-belah atas talian,pembelian atas talian

Kurier Pilihan Di DelyvaNow

Bawah ni senarai kurier yang korang boleh pilih menggunakan DelyvaNow. Maksudnya di sini, korang pilih saja nak kurier yang mana satu mengikut kos pos lebih murah yang kita nak. 

kos penghantaran murah, kos pos murah, membeli-belah atas talian,pembelian atas talian

Cara semak kos pos murah di DelyvaNow


kos penghantaran murah, kos pos murah, membeli-belah atas talian,pembelian atas talian

Letak poskod dari mana nak hantar ke mana. Lepas tu klik 'get rates'.

kos penghantaran murah, kos pos murah, membeli-belah atas talian,pembelian atas talian

Nanti akan keluar senarai kurier mengikut kos pos masing-masing. Jadi korang boleh buat pilihan yang mana korang nak & bersesuaian dengan bajet. Siap dengan detail berapa hari masa untuk penghantaran. Dah kelebihan di situ sebab senang nak update pada pelanggan. 

Kalau tengok senarai di atas, ada antara kurier ni yang boleh pick up barang. Kat sini lah kelebihan untuk kita sebab jimat masa & jimat kos pos. Betul pun kalau tengok dari senarai atas ni harga kos pos murah, sebab k.fiezz pernah juga hantar barang guna poslaju. Kos penghantaran melalui poslaju biasanya untuk Semenanjung atas RM8.00 untuk sampul yang saiz S. Kalau lagi besar sampul, lagi mahal la kosnya. 

Jadi kalau korang yang masih tak faham apa fungsi DelyvaNow ni, pihak diaorang  orang tengah antara kita & kurier yang menawarkan kos penghantaran murah. 

Kempen Raya

Sempena raya yang bakal tiba bulan Mei nanti, DelyvaNow ada promosi untuk raya. Biasalah masa raya ni macam kita tahu memang pembelian atas talian akan jadi hot sangat. Sana sini orang membeli-belah atas talian. Sebelum COVID ni lagi memang ramai suka membeli-belah atas talian untuk mengelakkan kesesakan di pasaraya, pusat membeli-belah. Ni tengah COVID, lagi laaaaa hot semua sakan shopping online. Untuk seller online masa ni lah nak membuat keuntungan berlipat kali ganda dengan order yang berderet. Jadi kos pos perlu ambil kira. Untuk itu pihak DelyvaNow membuat promosi sempena Raya. Promosi ini boleh dirujuk di sini https://delyva.com/my/raya-bersama-delyvanow/


Promosi ni sekali saja untuk pelanggan baru atau pelanggan semasa DelyvaNow. 


  1. 5% kredit percuma untuk penghantaran esoknya (Poslaju, DHL, CJ Century and etc)


Korang yang menjual atas talian, harus gunakan perkhidmatan DelyvaNow ni sebab menjimatkan masa & menawarkan kos penghantaran murah

Maklumat Lanjut : https://delyva.com/my
Alamat : F-11-19, Block F, Pacific Place, Jalan PJU 1a/4, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

6 Comments

  1. Wah menarik... Harga pun banyak beza sangat murahnya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul maria. saya try check rates, murah sikit kat sini..

      Delete
  2. senangla kan.. smua hujung jari ja

    ReplyDelete
  3. first time dgr DelyvaNow boleh try tgk la

    ReplyDelete
  4. harga murah mmg akan jadi pilihan online seller ...

    ReplyDelete
  5. Wah baru tahu pasal ni. Murah juga ya. Hm mudah mudah.

    ReplyDelete