Tak pernah-pernah k.fiezz guna santan serbuk paket ni, hah. Pertama kali guna. Ni gara-gara mr hubby ter beli beberapa bulan lepas masa order barang-barang dari TESCO. Sampai 4-5 peket mr hubby beli. Ingatkan santan kotak. Sekali masa sampai-sampai, terkejut tengok santan serbuk dalam peket yang mr hubby pi order. Sabar je sis nengoknya. K.fiezz tak pernah guna santan serbuk ni. Tu yang macam was-was nak guna mula-mula. K.fiezz rela beli santan fresh atau dalam kotak dari guna yang serbuk ni, tau. Gigih lah beli santan lain tiap kali nak masak menggunakan santan. haha. Terbior lah si santan serbuk ni untuk sementara waktu.

Tapi tak lama pun terbior santan serbuk ni, ada sekali tu k.fiezz nak masak resipi yang guna santan. Stok santan fresh tak ada. Santan kotak pun tak ada. Adeh. Tengok kat tempat letak barang-barang dapur, yang ada serbuk santan rasa enak ni je. Haih, nampaknya kena guna juga lah. Dah emergency nak guna ni. Nak turun beli santan lain, memang idak lah. Malas. K.fiezz punya style kalau nak beli apa-apa, masa hari k.fiezz kerja je sebab dah kebetulan keluar rumah. Kalau saja-saja, eh tak rajin lah nak turun. Kalau rumah k.fiezz tingkat bawah, tak payah naik lif tak apa. Ni nak kena guna lif, tak pe lah weiii. 

Dah keadaan terdesak ni, santan serbuk pun santan serbuk lah. Janji ada santan. 

Moh lah kita guna untuk pertama kalinya

Tapi yang k.fiezz snap gambar bawah ni dah berapa kali masak guna santan serbuk peket ni sampai dah habis lah stok kat rumah. hehe. 

Untuk yang pertama kali cuba. Jom tengok mana ke rupa santan serbuk ni & cara nak bancuh. Kot lah ada yang tak tahu ke kan?

santan serbuk paket, santan serbuk, serbuk santan rasa enak

Dia dalam bentuk serbuk macam ni, hah. Letak dalam bekas. Hat bekas ni, k.fiezz baru letak rempah-rempah, tu yang ada nampak macam warna oren-oren tu. Nak masuk santan dalam masakan yang sama. Jadi kita letak je lah dalam bekas yang sama. Apa ada hal.


santan serbuk paket, santan serbuk, serbuk santan rasa enak

Lepas tu letak air suam & kacau sebati. Kuantiti air untuk santan pekat guna 200ml air. Nak santan cair, guna 400ml. Kebetulan kat rumah k.fiezz memang ada banyak shaker. Guna shaker ni je lah nak sukat air. Untuk yang tak tahu biasanya shaker ni dah siap dengan sukatan untuk kuantiti air. 


santan serbuk paket, santan serbuk, serbuk santan rasa enak

Bahagian belakang ada rujukan untuk berapa kuantiti air yang diperlukan. 


santan serbuk paket, santan serbuk, serbuk santan rasa enak

Tadaaa. Menjadi daging rendang merah k.fiezz. Ni hasil gunakan santan serbuk paket.

Dari segi rasa untuk k.fiezz sama dengan santan biasa. Cuma yang ni dalam bentuk serbuk. Bau santan serbuk ni untuk k.fiezz kuat bau dia. Mula-mula ingat dah tak elok tau. Siap check tarikh expired bila. Tengok tarikh, eh lambat lagi expired Try masuk je lah dalam masakan. Bila dah masuk tu, k.fiezz try bau, elok je & tak ada rasa masam-masam macam dah basi. Ikut logik, tekstur dia dalam bentuk serbuk & lepas tu berkuap pula letak dalam plastik. Tu yang bila buka je plastik, bau santan dia  semerbak. 

Lepas ni boleh lah top up santan serbuk lagi. Dah lulus guna sebab tak ada dah was-was macam mula-mula haritu. hehe. K.fiezz memang perangai sikit tau. Kalau bahan atau barang yang tak pernah guna, memang automatik jadi was-was sikit. Lepas tu bila dah try okey, baru berani nak cuba lagi lain kali. Memang ada perangai was-was. hehe. 

K.fiezz suka pula santan peket ni hah sebab tak makan ruang nak simpan kat dapur berbanding santan kotak. Yang peket ni, boleh selit-selit je kat rak bawang. Okey lah nanti cari lah hat peket ni lagi. 

3 Comments

  1. betul juga, saya pun tak pernah berani nak cuba santan serbuk hehe

    ReplyDelete
  2. Ni first time tahu pasal santan serbuk ni. Menarik! nanti boleh cuba :)

    ReplyDelete
  3. mama pun x penah pakai yg serbuk tapi lepas baca ni boleh la cuba nanti.. lagi tahan lama kalau beli yg serbuk ni kan

    ReplyDelete