Serius weiii sejak-sejak dah PKP ni memang rindu nak bercuti ke mana-mana. Sebelum COVID melanda ni, asal nak release tension boleh pergi bercuti. Cuma pilih saja tempat nak ke mana. Yang penting duitnya cukup, memang misi bercuti on. Style k.fiezz & mr hubby kitaorang suka bercuti dengan ahli keluarga yang lain. Biasanya bila tanya ahli keluarga kitaorang ni nak tak pergi bercuti, semua laju je. haha. Bila  semua dah bersetuju,kitaorang set untuk bercuti di mana. Biasanya ikut pilihan majoriti. Antara tempat yang kitaorang dah pernah bercuti dalam & luar negara. Kalau dalam negara, antara negeri yang biasa kitaorang bercuti ialah ke Penang. Tapi tak ada lah asyik ke Penang saja. Ada juga bercuti ke negeri lain macam Melaka, Kedah, Perak, Sabah, Sarawak. Untuk luar negara pula kitaorang pernah ke Jepun, Indonesia & Thailand.  

Bercerita pasal cuti ni, antara negeri di Semenanjung yang selalu juga kitaorang bercuti ialah ke Penang. Tak tahu lah kenapa suka Penang. Mungkin sebab di Penang banyak tarikan  yang menarik seperti Escape Theme Park, Penang Street Art, Padang Kota Lama, Pasar Malam Batu Feringhi, Bukit Bendera, Fort Cornwallis, The Habitat Bukit Bendera, Pantai Batu Feringhi & banyak lagi tempat menarik di sana. 

K.fiezz pun memang suka juga ke Penang sebab dapat lalu jambatan Pulau Pinang tu. Perangai sangat. lalu Jambatan P.Pinang pun suka. Haha. Peghak katanya. Trademark Pulau Pinang tu kot. Kalau ke sana, tak sah lah kalau tak lalu kat situ. Kalau sebelum ni boleh naik Feri Pulau Pinang tapi perkhidmatan feri dah diberhentikan mulai tahun lepas. Alaaaa...trademark P.Pinang juga tu. Sayangnya.

Tak apa lah nak buat macamana kan. Walaupun feri P.Pinang dah ditamatkan perkhidmatan, P.Pinang tetap jadi pilihan percutian sebab makanan di sana sedap-sedap terutama nasi kandar. Rasa tak lengkap kalau ke P.Pinang tak pekena 'nasi kandar satu'. hehe. Lagipun Penang dekat je dengan Ipoh. Tak jauh sangat. Boleh lah nak staycation di Penang ni selalu. hehe. Biras k.fiezz pun kebetulan duduk di sana. Bila ada orang yang jadi penunjuk arah jalan semua tempat menarik di Penang ni, memang best lah. Ikut saja bila dia bawa pusing-pusing Penang. Tak adalah kitaorang pun macam sesat larat entah ke mana-mana hala. 

HARD ROCK HOTEL PENANG


Lepas habis PKP ni dan boleh merentas negeri nak bagi cadangan kat mr hubby staycation ke Penang lagi. hehe.  Walaupun sebelum ni k.fiezz & keluarga dah selalu juga  bercuti ke Penang tapi banyak lagi tempat kitaorang tak explore sepenuhnya lagi. Nanti bercuti ke Penang lagi lepas habis segala PKP ni nak menginap di hotel kelas sikit. hehe. Bukan selalu kan. Balas dendam masa PKP tak boleh nak ke mana-mana. Asyik ulang rumah pejabat rumah pejabat. Haih, naik bosan dah weiii. So kita duduk hotel yang curlasss sikit, mana lagi kalau tak Hard Rock Hotel Penang

bercuti, staycation di penang, hard rock hotel penang

Selalu nampak orang kongsi bergambar depan ni. Macam best je weiii. Lagipun nampak macam orang ada-ada sikit. hehe. motif kan k.fiezz ni nak eksen je kerjanya. hehe.

bercuti, staycation di penang, hard rock hotel penang

Seronoknya dapat bilik yang keluar-keluar mengadap kolam renang. Release tension sepanjang PKP terperuk duduk di rumah

Kemudahan Di Hard Rock Hotel Penang

Dari info yang k.fiezz baca di Mr Google, bawah ni antara kemudahan yang disediakan di Hard Rock Hotel Penang untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Adil lah kan. Tak ada lah anak-anak bosan tak ada aktiviti nak buat masa menginap di Hard Rock Hotel Penang ni. Kita yang dewasa pun ada aktiviti untuk me time masa bercuti ke sini. K.fiezz paling suka yang spa tu. Halahhh lamanya tak ke spa weiii sejak-sejak COVID ni. 

Ni antara kemudahan yang ada di Hard Rock Hotel Penang
  • Pantai
  • Taman Permainan Kanak-Kanak
  • Fitness Centre
  • Massage
  • Kolam Renang Dewasa & Kanak-kanak
  • Spa
  • Water Slide
  • Bilik game
  • Kelab Untuk Kanak-Kanak

Bawah ni servis yang hotel sediakan. Banyak lagi sebenornya servis yang disediakan & kemudahan berdekatan yang ada di Hard Rock Hotel Penang ni. Ini antaranya yang k.fiezz kongsi.

Hotel Servis

  • Bellhop
  • Concierge
  • Money Changer
  • Kaunter Reception 24 Jam
  • Kawalan keselamatan 24 Jam
  • Servis laundry
  • Tempat simpan beg
Kemudahan Berdekatan
  • ATM/Bank
  • Salon Kecantikan
  • Kedai Cenderamata
  • Kedai Runcit
  • Salon Rambut
  • Kedai Dobi
  • Kedai
Kemudahan Dalam Bilik 
  • Bathrobe & Bathtub
  • Tv
  • Meja
  • DVD player
  • Hairdryer
  • Mini Bar
  • In Room Safe
  • Refrigerator
  • Shower
Best kan. Banyak kemudahan ada. Lama tak duduk hotel ni. Rindu nak cuti-cuti. Rindu nak jalan-jalan. Lepas dah habis segala perintah kawalan pergerakan ni & kerajaan dah benarkan rentas negeri, memang nak ajak mr hubby cuti-cuti. Tak kira. Tak lalu dah weii asyik terperuk duduk di rumah dan berulang ke pejabat. Misi bercuti ke Penang is on

So korang dah habis PKP ni nanti nak bercuti ke mana?Jom kongsi. Kalau ada yang bercadang staycation di Penang, boleh lah cuba menginap di Hard Rock Hotel Penang ni. 

1 Comments