1st time attend kursus online melalui Google Meet ni. Haha. Nervous pula sebab selalu buat kursus online kat EPSA tu tak payah nak online macam kat Google Meet ni, hah. Buka je website EPSA lepas tu pilih lah nak kursus apa. Dah pilih kursus apa yang nak, buka slide & baca slide satu-satu sampai habis. Ada aktiviti & jawab soalan. Lepas tu siap. 

Semalam kena hadir kursus ni secara online sebab nama dah dicalonkan oleh unit pentadbiran bahagian k.fiezz. Tak ada pilihan, kena hadir lah ceritanya.

Semalam awal pagi dah bangun macam biasa sebab mr hubby dah start kerja hari-hari sekarang. Tak ada dah penggiliran macam sebelum ni. Bahagian k.fiezz masih lagi ada penggiliran bertugas. Jadi bila turn k.fiezz bekerja dari rumah, k.fiezz tetap kena bangun macam biasa. Cuma lewat sikit je. hehe. Dah bangun, siapkan sarapan pagi. Makan breakfast sekali dengan mr hubby. Lepas je mr hubby keluar kerja, k.fiezz terus mandi. Kalau idak, k.fiezz mandi lambat. haha. Dah siap mandi, duk pilih pula nak pakai baju apa ni yeak. Cari punya cari, pakai t-shirt biasa je lah. Kata bekerja dari rumah, kan. 

Makeup sikit. Eh nak juga mekap ceritanya. haha. On laptop, terus masuk link google meet kursus DDMS ni. Mula-mula lepas dapat approval untuk joint dari urusetia, terus nampak muka k.fiezz terpapar kat situ. eh. malu lah kita. off camera & off microphone. hehe. habis beria mekap tadi, kenapa?Dasar suka mekap. haha.

KURSUS DDMS

Kursus DDMS ni sebenarnya dah banyak kali k.fiezz attend. Kursusnya dah buat banyak kali tapi setakat ni belum lagi dipraktik kat bahagian k.fiezz. hehe. Kursus DDMS ni sebenarnya nak perkenalkan semua di hujung jari kaedahnya. Kerajaan nak buat semua melalui online saja sekarang. Surat masuk & surat keluar, semua melalui sistem DDMS ni saja. Surat fizikal yang biasa tu lepas dah scan masuk dalam sistem DDMS ni, terus masuk dalam fail. Segala tindakan apa semua, melalui DDMS ni. 

Minggu depan ada lagi kursus DDMS ni untuk bahagian k.fiezz pula. So ni nak tak nak memang kena start guna lah sistem DDMS ni sejak-sejak kes COVID melanda satu dunia, segala pergerakan terbatas. Mesyuarat, bengkel dan yang melibatkan perjumpaan ramai, tak boleh nak buat. Banyak mesyuarat, bengkel dan lain-lain semua dalam talian saja. Jadi kerajaan nak kita guna sepenuhnya sistem teknologi macam DDMS ni untuk memudahkan kita membuat kerja. 

Pada k.fiezz rasanya mula-mula ni memang renyah nak buat sistem DDMS ni. Macam k.fiezz PA kena rekod surat-surat masuk, semalam dengar dari kursus tu surat-surat masuk pun kena scan masuk dalam DDMS. Lepas tu bos nak minit atau serahkan surat tu untuk tindakan pada pegawai-pegawai pun melalui sistem DDMS ni. Adeh, bertambah kerja pula nak kena scan surat. 


google meet, kursus online

Concentrate dengar penerangan dari urusetia. Kononnya lah concentrate, padahal dah berapa kali menguap, lepas tu duk tengok jam, pukul berapa nak habis. Nak sambung Zzzz..haha..


google meet, kursus online

Dah expert attend Kursus Google Meet

Ewah expert konon. Yelah tak adalah peghak ceritanya macam sebelum ni. haha. K.fiezz nervous nak attend kursus ni, tau dak. Bukan sebab nervous nak kursus. Kursus dah biasa bila kerja dengan kerajaan ni. Nervous sebab kena hadir secara oline. Tak tau macamana ke rupa google meet. Sebelum ni dengar je dari orang, dari bos yang selalu kena attend meeting online. Lepas dah joint kursus ni melalui google meet, tau lah dah macamana rupa dia. 

So next kursus please. haha. Ewah kemain eksen. haha.

3 Comments

  1. rindu dengan online class dgn menggunakan app teams

    ReplyDelete
  2. rajin org yg register smua online ni, atie ni tgh ambik mood nak cari online japanese class ni huhuh

    ReplyDelete
  3. sekarang kebanyakan kursus dan bengkel memang atas talian, senang dan jimat juga sebenarnya

    ReplyDelete