Sampai expired upt tak guna weii.. Haha. Bukan tak nak pakai, period k.fiezz on time setiap bulan. Kalau lewat pun, sehari dua. Paling lama seminggu. Nak test upt ni seeloknya kalau dah lewat 14 hari. Baru boleh confirm betul ke tak kita pregnant. Kalau sebelum tu takut false positive je. Tapi setakat ni k.fiezz tak pernah lewat lama sangat period. Alhamdulillah part ni. Sejujurnya setiap bulan k.fiezz berharap sangat period tak keluar sebab k.fiezz pregnant. yeay. Berangan kan percuma. Cuma rezeki  belum berpihak lagi paada k.fiezz & mr hubby. So kita cuba lah hingga berjaya.  

Dapat Free UPT


Upt ni semua bukan k.fiezz beli. Banyak yang k.fiezz dapat dari free gift sebab beli opk test. K.fiezz OPK (Ovulation Predictor Kit) tester yang tegar setiap bulan. Hehe. Tiap kali top up beli OPK test, seller selit UPT ni untuk free gift, kumpul punya kumpul upt, tu diaaa melambak weiii. Seriusly dah berapa lama k.fiezz memang tak pernah test UPT ni sebab setakat ni period on time je datang. Kalau lewat pun tak lama sangat. Pernah k.fiezz lewat period seminggu juga. Weiii hati dah berbunga-bunga sangat masa tu. K.fiezz memang tunggu je, kalau lewat lagi seminggu memang k.fiezz nak buat test upt ni. Sekali hari ke-8/9, period pun muncul. Kecewanyaa..uwaaaa...K.fiezz memang menangis sebab k.fiezz dah berharap sangat masa tu. K.fiezz siap cerita kat kawan k.fiezz yang pernah ttc juga sebelum ni. Dia pun macam dah excited ingatkan k.fiezz dah pregnant. Sekali hampaaa...



test upt, opk,Ovulation Predictor Kit

UPT atas tu dah expired. yang upt bawah belum lagi, tahun ni juga expired nya tapi bulan November.  k.fiezz pun tak perasan tarikh expired upt yang atas tu awal tahun ni. Nak buat opk test petang semalam baru ternampak. Jadi upt expired tu ke tong sampah lah ceritanya. yang hat bawah tu, kena guna juga lah tak kisah lah apa pun result dia. #yakin #yakin #yakin tapi ni boleh pakai kalau period lewat lah. Kalau on time tak boleh buat apa lah.

KENAPA K.FIEZZ TAK SUKA BUAT TEST UPT

K.fiezz ni satu je masalahnya kenapa tak suka buat test upt. K.fiezz tak yakin nak test kalau period lewat beberapa hari.  Rasa tak confident tu tinggi sangat. Sebab k.fiezz takut kecewa & tak boleh nak terima tengok 1 line je yang naik. Kecewa weiii.. Siapa ttc tahu lah perasaan bila tengok line kat upt naik satu je. huhu K.fiezz tak macam kawan k.fiezz yang pernah ttc juga sebelum ni. Dia cerita dulu masa dia tengah ttc, dia memang rajin buat test upt ni. Dia tak kisah naik 1 line ke 2 line ke. Dia pasrah je. Dan akhirnya dia berjaya dapat 2 line yang bermaksud dia berjaya pregnant. Alhamdulillah dah sampai rezeki dia. Dah 2 orang pun anak dia sekarang. Ni dia tengah usaha untuk anak no.3 pula. Moga berjaya, u. Aamiin..

Kena Guna Lah UPT Yang Belum Expired


Jadi untuk mengelak test upt di buang begitu sahaja, kena guna lah sebab expired bulan November tahun ni. Sayang tak guna. Ewah. sayang. Padahal penakut. haha. Tak pe lah k.fiezz cuba yakinkan diri bila nak buat test upt. Cuma ceritanya boleh buat test upt ni kalau lewat period. Kalau period on time. Tak boleh lah nak buat apa. Sah-sah lah tak pregnant sebab dah period

Tak pe lah usaha tangga kejayaan. Kita cuba lagi. Ewah. Umur dah meningkat ni weiii..haha. Nampak gayanya macam kena sambung semula rawatan kesuburan je ni. K.fiezz confirm pergi hospital sambung semula buat rawatan kesuburan ni, memang Dr akan sugggest k.fiezz & mr hubby buat IVF terus sebab faktor umur. #pasrah je lah. Mana-mana yang terbaik, ikut je lah. Alhamdulillah dah ada duit ni, boleh lah buat IVF. Sebelum ni memang duit/ongkos kureng. Nak buat IVF ni meemang kena sediakan ongkos uoll. K.fiezz & mr hubby ni bukan kategori orang ada-ada, weiii.. Tiap bulan cukup untuk perbelanjaan bulanan je. Duit extra memang outtt. hehe. Masing-masing punya ujian yang Allah dah tetapkan. 

So korang doa-doakan k.fiezz & mr hubby berjaya juga dapat zuriat yang ditunggu berbelas tahun. Yea. korang tak salah baca ayat tu & k.fiezz tak salah taip. Belas tahun. tapi tak naklah reveal angka sebenar. Haha. Rahsia gitu. Dulu masa mula-mula blogging k.fiezz ada letak banner yang ada tarikh kahwin. Tapi lepas tu k.fiezz buang banner tu sebab k.fiezz tak suka orang tahu berapa lama dah k.fiezz & mr hubby kahwin. hehe. Kalau yang mana kenal kitaorang, tahu lah. Orang lain, tak payah lah tahu. Biarlah rahsia. Gitu..hehe..overr tau. 

4 Comments

  1. insyaallah k.fiez.. saya doakan baby k.fiez lekas2 tiba dalam rahim tu hehe :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah semoga akak dapat cahaya mata yg soleh dan solehah aamiin . 🤲🏻🤲🏻

    ReplyDelete
  3. insyaAllah... ada rezeki nanti.. amin amin

    ReplyDelete
  4. tringt ada 2 couple kat kampong wak dulu kawen xde anak tapi pastu cerai n kawen dgn pasangan satu lg pastu dua2 dpt je zuriat.. wallahu

    ReplyDelete