Macam k.fiezz pernah kongsi dalam entry sebelum ni yang k.fiezz cerita pasal pendapat nak beli ke tidak tudung saji viral tu. K.fiezz berbelah bagi nak beli ke tak sebab banyak semut di rumah terutama atas meja makan, meriah dengan semut. Jap gi beli tudung saji viral tu, semut boleh tembus masuk kat dalam. Tu yang k.fiezz jadi was-was nak beli ke tak.  Atas meja k.fiezz, kalau letak saja makanan sekejap semut dah kenduri dulu kat lauk tu. huh. Marah betul rasa. Sebab banyak sangat semut atas meja. Rimas tau dak. Masa k.fiezz up status nak tanya pendapat samaada nak beli ke tak tudung saji viral tu, ada seorang kawan blogger k.fiezz bagi cadangan untuk beli racun semut terbaik ni iaitu Smart Keyler. Dia sendiri dah cuba di rumah dia, katanya semut termasuk lah lipas dah tak nampak merayap dalam rumah. Kawan yang bagi cadangan tu bukan jual pun racun semut terbaik ni. Dia kata kalau k.fiezz nak cuba, boleh cari dalam shopee. Agak menarik cadangan tu. Tak cuba tak tahu kan?Rasanya bukan k.fiezz je yang ada masalah banyak semut di rumah, ramai lagi rasanya sama macam k.fiezz, kan?

Smart Keyler Racun Semut Organik


Lagi buat k.fiezz tertarik nak cuba smart keyler racun semut terbaik ni, bahan yang digunakan selamat dan boleh menghapuskan bukan setakat semut saja. Lipas/serangga lain pun boleh. K.fiezz tak berapa gemar guna racun semut ni sebab jarang jumpa racun semut organik yang gunakan bahan organik. Kebanyakan racun semut yang ada di pasaran semua gunakan bahan kimia. Walaupun rumah k.fiezz tak ada budak-budak, k.fiezz sendiri was-was nak guna sebab bahan kimia tu pun bahaya juga pada orang dewasa. K.fiezz tak suka bila dah sembur racun semut yang ada kandungan bahaya ni, nanti kena lap semula tempat yang dah sembur tu sebab k.fiezz ni ada masalah was-was sikit. Kalau macam k.fiezz dah sembur kat area tu dengan racun semut yang ada kandungan kimia tu, nanti k.fiezz was-was nak pijak atau lalu kat situ. Ahhh sudah. Nak lalu kat mana pula. Dah la rumah tak berapa nak besar. haha. Memang perangai k.fiezz. haha. what to do. Tu yang k.fiezz sebelum ni malas nak pakai apa-apa bahan untuk hapuskan semut. Tapi bila semut berkeliaran, rimas pula. Haih, pening k.fiezz ni tau. 

Nasib lah ada kawan k.fiezz bagi cadangan gunakan racun semut organik yang berasaskan bahan semulajadi serai wangi. Racun semut organik ni tak mengandungi racun, bahan kimia, petrol dan alkohol. Bau dia wangi. K.fiezz beli ni bauan lavender. Semerbak satu rumah bila spary smart keyler ni kat area meja makan, celah-celah tikar gitah, dalam bilik air. Racun semut organik serai wangi ni antara terbaik dalam produk serai wangi & tak bahaya pada kulit manusia. 

Smart Keyler ni tak terus bunuh semut atau segala serangga yang ada tu on the spot. Tapi dengan smart keyler ni, semut/serangga akan kembali ke sarangnya & menyebarkan di situ secara perlahan-lahan. Jadi rumah kita akan bebas semut/serangga dalam jangka masa yang lama.


banyak semut di rumah, racun semut paling berkesan,racun semut terbaik, racun semut organik , smart keyler

Review Guna Smart Keyler


Overall k.fiezz dah guna smart keyler ni beberapa minggu, nampak perubahan dalam rumah dah kurang semut. Terutama atas meja yang sebelum ni meriah dengan semut. Dalam bilik air pun k.fiezz sembur kat tempat laluan lipas keluar masuk, dah nampak kurang juga kat situ. 

Walaupun k.fiezz bukan seorang penggemar guna racun semut/lipas kat rumah sebab seperti yang k.fiezz dah beritahu kat atas ni. Sebelum ni k.fiezz ada guna juga produk racun semut serai wangi jenama lain tapi tak ada kesan pun weiii. Mr hubby spray atas meja. Esoknya tetap meriah dengan semut. Berbeza dengan smart keyler ni. Untuk Smart Keyler ni, k.fiezz boleh cakap racun semut paling berkesan antara yang lain. 

Kalau korang yang ada masalah semut/lipas/serangga di rumah, korang boleh cuba racun semut organik Smart Keyler ni. Insyaallah, boleh membantu. 


Cara Guna Smart Keyler 

  • Pertama kali guna - spray seluruh rumah (dalam bilik air, almari, kabinet dapur, sinki, stor) atau mana-mana tempat yang banyak semut/lipas/serangga. 
  • Guna setiap 2 minggu - spray di laluan semut/lipas/serangga
  • Ada masalah lalat - spray lebih kerap atas meja makan atau table top dapur setiap kali lepas memasak.
  • Ada menanam di kawasan rumah & bermasalah dengan ulat bulu, gunakan lebih kerap di daun pokok tanaman setiap 2 minggu. 
  • Masalah lipas dalam kereta - spray setiap bulan dalam kereta terutama bawah karpet kereta. 
Untuk yang ada masalah banyak semut di rumah, selamat mencuba Smart Keyler!!

4 Comments

  1. produk ni saya pernah cuba, memang saya suka jugak

    ReplyDelete
  2. Oh! Noice! Harap2 semut tak datang lagi lepas ni.

    ReplyDelete
  3. masalah semut juga dekat rumah ni, boleh nak try ni..thank you sharing kak fiez :)

    ReplyDelete