Semalam k.fiezz bekerja dari rumah so sesambil menyiapkan tugasan, kita curi masa jap buat mask time. hehe. Entry sebelum ni k.fiezz ada cerita stok mask. Ada antara mask ni dah nak expired tahun ni. Jadi kita habiskan mask ni sebelum dia expired. Kali ni k.fiezz pilih jenama A'bloom dari Althea juga iaitu mask peach. Dah nama pun mask peach kan,  harus lah menggunakan ekstrak buah peach. Apa khasiat buah peach untuk kecantikan?hah, mesti ramai yang tertanya-tanya kan. K.fiezz pun baru tahu benornya buah peach ni ada khasiat untuk kecantikan. K.fiezz suka minum air peach je. Macam Peach Tea. Sedap. hehe. Dah sat gi cerita pasal makan/minum dah lari topik entah ke mana-mana. hehe. 

So kita back to the point, meh tengok apa khasiat buah peach untuk kecantikan?

Khasiat Buah Peach Untuk Kecantikan


Antioksidan tinggi yang terkandung dalam buah peach ni sangat berkhasiat untuk mencegah penuaan kulit. Selain dari tu bila dijadikan masker, sangat-sangat membantu untuk pertumbuhan sel kulit yang baru

Kandungan AHA (Alpha-Hidroxy Acid) dalam buah peach memang sangat berkesan untuk menghilangkan bintik hitam pada muka yang disebabkan dari bekas jerawat & mengecilkan pori-pori terbuka

Wah..bukan takat sedap bila jadi minuman, khasiat untuk muka pun memang bagus ni. Mencegah penuaan, pudarkan bintik hitam & kecilkan pori-pori terbuka. Terbaik lah. Sis suka.

khasiat buah peach untuk kecantikan,mask peach

Selfie sikit dengan mask peach yang k.fiezz guna untuk sesi me time semalam. hehe


khasiat buah peach untuk kecantikan,mask peach

Fungsi mask peach Althea A'bloom

Ekstrak pic yang mengandungi Vitamin A mengawal minyak & kelembapan kulit untuk menenangkan kulit sensitif serta bagi kesan kulit lebih licin dan bersih.

Review Mask Peach Althea A'Bloom

Seperti biasa setiap kali lepas guna mask, contoh macam mask peach ni, k.fiezz akan biarkan ekstrak yang ada dalam mask dibiarkan sampai kering di muka k.fiezz untuk bagi khasiatnya menyerap ke dalam kulit. Macam yang k.fiezz cerita di awal entry tadi, khasiat buah peach untuk kecantikan memang k.fiezz suka lah weiii sebab memenuhi kriteria k.fiezz. Melambatkan penuaan, pudarkan bintik hitam pada muka & kecilkan pori. Untuk k.fiezz lambatkan penuaan tu paling favourite. hehe. Maklumlah dah berusia kan. Sensitif sikit kalau orang nak tegur muka sis dah berkedut. haha. tak sedar diri dah tua. haha.

Overall lepas guna mask peach ni memang terasa kulit lembut dan best. Kena guna selalu ni untuk pudarkan bintik hitam. Jadi untuk korang yang ada masalah bintik-bintik hitam dari bekas jerawat, seeloknya ulang rutin ini 1x seminggu untuk menampakkan hasilnya. 

Untuk korang yang tak tahu langkah penjagaan muka, pemakaian mask ni seeloknya dibuat sekali seminggu. 

4 Comments

  1. satu hari satu minggu, mmg affordable la kan , then hasil dia pun bgos boleh kecil kan pori

    ReplyDelete
  2. Tengok Fiez bermask ni..SA teringat ada banyak lagi mask x habis guna lagi..harap2 tak expired la

    ReplyDelete
  3. Mask ada expired eh? Alamak ada 2-3 keping mask dalam fridge. Harap tak expiredlah 😅

    ReplyDelete
  4. wahhh rajin kak pakai mask.rabia tak pakai2 mask . hehe.

    ReplyDelete