Masa pi ke kedai ECO minggu lepas, mr hubby parking depan satu kedai cermin mata yang satu deret dengan kedai ECO. Dah kebetulan lalu kat situ, mula-mula mr hubby ajak masuk untuk check power mata. Memang dah lama kitaorang tak tukar cermin mata baru. K.fiezz rasa power dah naik. Kadang bila tengok handphone untuk baca whatsapp ke atau tengok sosial media, lagi suka tengok tanpa pakai cermin mata. Rasa berbayang tulisan bila tengok pakai cermin mata. Mr hubby pun sama. 

Jadi moh la kita ke kedai cermin mata. Lepas check power mata, mr hubby tengok-tengok frame kat dalam kedai cermin mata tu. Tengah ada offer rupanya kat situ untuk bingkai sahaja. Cermin harga lain.  

Ingatkan mr hubby nak beli untuk dia je. K.fiezz tanya la untuk dia je ke?k.fiezz punya?hehe. Mr hubby cakap pilih lah frame kalau ada yang berkenan. Tengok punya tengok, ada lah yang melekat di hati. Sebenarnya frame kat kedai tu tak banyak pilihan sangat. Lepas tu banyak saiz besar. K.fiezz suka cermin mata yang saiz kecil. Sesuai lah dengan sis yang comel ni. Eh..haha..

Pilih punya pilih, jenuh juga mencari..Dapat pun 3 pilihan.. Ingat nak tukar bentuk lain sikit. Kalau sebelum ni k.fiezz pakai cermin mata jenis petak, ingat nak ambil yang separuh bujur (B) dalam gambar bawah ni. Tapi lepas k.fiezz pilih bentuk B ni, staff tu terkejut. Dia tanya pula 'akak pasti ke nak amik yang tu'. Haha.. Terus k.fiezz berbelah bagi. Kita pula jadi tak confident nak ambil bentuk bujur tu. haha..

cermin mata, cermin mata rabun dekat dan jauh

Ni lah 3 bentuk frame yang k.fiezz pilih. Yang mana satu pilihan k.fiezz?

CHECK MATA LEBIH DETAIL

Lepas dah pilih frame yang k.fiezz & mr hubby berkenan. Ada staff senior kat situ offer untuk check mata lebih terperinci. Dia boleh check kalau ada masalah pada mata kita macam selaput mata ke seperti ketarak. 

Lepas dah check tu, alhamdulillah k.fiezz & mr hubby tak ada masalah. Nampak sihat katanya. Cuma masa tu mata k.fiezz nampak penat. K.fiezz rasa faktor suka tidur lambat. hehe. Tengok Netflix, kan. hehe.

Dah check tu, dia check power pula dengan lebih terperinci & manual guna kaedah biasa. Yang pakai cermin mata khas lepas tu dia akan letak power satu per satu ikut yang mana kita nampak terang & jelas. Dia akan test kita tengok tulisan & warna di depan kita terang ke tidak. 

As expected power k.fiezz naik lagi. Power mata k.fiezz lain-lain. Power  sebelah kiri lagi tinggi dari kanan. Jadi power terkini mata k.fiezz (Kanan : 3.xx & Kiri : 4.xx) & lagi best k.fiezz dah ada rabun dekat uoll..Power rabun dekat k.fiezz : 100..Ceh sabar je lah. Patut lah bila tengok handphone atau baca apa-apa berbayang bila baca. Mula-mula tak tau dia nak check rabun dekat. Dia suruh pegang satu kad yang ada tulisan. Dia suruh k.fiezz adjust kalau baca k.fiezz nampak jarak yang mana. K.fiezz pun adjust lah ikut kesesuaian. Lepas tu baru dia cakap, ni maksudnya 'u ada rabun dekat' haha..kuang asam. Mr hubby pun ada rabun dekat juga tapi power tak tinggi : 50 je. Dan mr hubby tak perlu pakai cermin mata rabun dekat dan jauh sebab power tak tinggi macam k.fiezz. Benci part ni mesti sis lebih tau. haha

KENA BUAT CERMIN MATA RABUN DEKAT DAN JAUH


Jadi staff tu ada bagi beberapa pilihan pada k.fiezz. K.fiezz pilih untuk buat cermin mata rabun dekat dan jauh. Nak buat macamana uoll...Udah tua camni lah. Ada rabun dekat pula dah. haha.. Malu sis tau sebab cermin mata rabun dekat dan jauh kan boleh nampak perbezaan dia dari cermin mata yang untuk rabun jauh saja. Kalau kawan pejabat perasan i pakai cermin mata rabun dekat dan jauh.  Malu lah.. haha. #taksedardiridahtua. haha..

SIAP DALAM MASA BEBERAPA HARI


Alhamdulillah lepas beberapa hari, cermin mata siap. Lagi alhamdulillah rupanya cermin mata rabun dekat dan jauh yang k.fiezz punya, tak ada nampak pun beza. Nampak macam biasa je. Cuma beza dia k.fiezz je tahu. Bahagian atas untuk tengok jauh & bahagian bawah untuk tengok dekat. Yes...So orang tak tahu lah sis pakai cermin mata rabun dekat dan jauh. hehe.

cermin mata, cermin mata rabun dekat dan jauh

Cermin mata baru

cermin mata, cermin mata rabun dekat dan jauh

Suami isteri dengan cermin mata baru

Cermin mata mr hubby ni boleh tukar gelap bila panas & untuk silau sekali. Persamaan dua-dua cermin mata kitaorang ni ada perlindungan blue light

Jenis cermin mata mr hubby dari Kodak Digital Evo Blue Night Vision (RM500 / setiap satu) & k.fiezz punya jenis ultimate comfort UV420 - RM340 / setiap satu). Harga frame mr hubby - RM1.00 (yea..korang tak salah baca & k.fiezz tak salah taip. Benornya harga frame mr hubby RM68.00 tapi kat atas ni kan k.fiezz beritahu ada promotion untuk frame so frame yang harga RM68.00 dapat RM1.00 saja). Kalau tahu k.fiezz pilih frame harga RM68 gak. haha. Frame k.fiezz RM88.00..

Lepas tu kena tambah RM sikit sebab power k.fiezz sebelah kiri tinggi cermin akan tebal, jadi kena buat untuk bagi nipis nampak sama dengan belah kanan. Dari dulu k.fiezz bila tempah cermin mata, kena buat macamni. Kalau tak cermin mata tebal sebelah. hehe. 

So overall dah rasmi cermin mata baru ni, selesa sangat uoll. K.fiezz especially sebab boleh baca atau tengok handphone dengan selesa. Sebelum ni memang tak syok nak baca whatsapp atau tengok handphone. Tak tau masa tu k.fiezz pun dah ada rabun dekat. haha. Sebenarnya dah agak tapi denial. haha..Perangai orang tua tak sedar diri memang camni. haha. 

Memang selesa lah bila dah pakai cermin mata baru ni. Rasa ringan & nampak jelas gitu.

3 Comments

  1. atie , silau tinggi tau, tapi tatau how nak check utk power yg betul sbb skrg ni, dah dua kali buat spek tapi sakit kepala bila pakai lama2

    ReplyDelete
  2. nice frame yg dipilih. saya pun nak pergi check mata tapi tak menyempat lagi. saya rabun dekat juga tapi tak tau lah power berapa, now dah makin teruk.

    ReplyDelete
  3. Rabia pun tukar cermin mata. Rabia rabun jauh . Kalau ikutkan nak je pakai lens tapi tak pandai heheh. Pakai je lah cermin mata ni .

    ReplyDelete