Korang tengok tak drama terbaru Aku Yang Kau Gelar Isteri pukul 10 malam menggantikan Takdir Yang Tertulis. K.fiezz tertarik nak tengok sebab drama aku yang gelar isteri ni macam lain sikit jalan ceritanya. Drama dia macam ada unsur-unsur seram gitu kalau  tengok iklan sebelum mula ditayangkan hari Rabu lepas (17 Februari 2021). 

Masa episod pertama, k.fiezz dah standby depan tv nak tengok drama aku yang gelar isteri ni. Episod pertama ni tak berapa seram lagi. Baru sesi perkenalan gitu walaupun dah ada unsur seram masa watak Cik Embun (lakonan Lana Nordin) muncul. Dari dialog yang di bualkan antara Cik Embun & adiknya (Mak Laila) dah boleh agak ada unsur ilmu hitam yang digunakan.

aku yang kau gelar isteri, drama aku yang kau gelar isteri

SINOPSIS AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Cerita ni berkisarkan pasal Laila (lakonan Sakinah) yang suka pada Ezlan (lakonan Ady Putra). Ezlan pula bercinta dengan Raihani (lakonan Nadia Brian). Ezlan ni berkawan dengan Laila tapi dia cuma anggap kawan sahaja disebabkan paras rupa Laila yang kurang cantik. Laila ada masalah kulit di bahagian mukanya. Walaupun Laila tahu Ezlan anggap dia kawan,  dia tetap meluahkan perasaan pada Ezlan tapi ditolak. Tak cukup dengan tu Ezlan melemparkan kata-kata yang pedas pada Laila. Tapi Laila ni tetap suka juga dengan Ezlan walaupun di hina begitu. 

Dalam masa sama Raihani pula meminang Ezlan sebab Raihani anak yatim piatu. Tapi mak Eizlan tak berkenan dengan Raihani. Ezlan & Raihani bersatu juga walaupun ditentang oleh mak Ezlan . Mak Ezlan (lakonan Aznah Hamid) seorang yang sombong sebabkan anak dia Ezlan pandai & berjaya masuk ke Universiti. Tapi Ezlan menolak untuk belajar di Universiti sebabkan cinta dia pada Raihani. Disebabkan ni, mak Ezlan tak suka dengan Raihani. 

Masa hari pernikahan Raihani & Ezlan, Laila datang memarahi diaorang sebab rasa ditipu dan ditikam belakang oleh kawan dia sendiri. Raihani & Laila berkawan baik. Jadi bila Raihani kahwin dengan Ezlan , Laila rasa marah sebab lelaki yang dia suka kahwin dengan kawan baik dia sendiri.

Laila menyimpan dendam pada Ezlan & Raihani. 

Selepas kematian mak Laila, mak saudara Laila  Cik Embun bawa dia ke Kuala Lumpur & dari situ Laila mula mengikut jejak langkah mak saudara nya seorang pengamal ilmu hitam.

10 tahun berlalu

Laila kembali semula ke kampung dengan wajah yang cantik. Laila mula menganggu kehidupan Ezlan & Raihani secara perlahan-lahan. 

Raihani & Ezlan dah dikurniakan 2 orang anak. Mak Eizlan pula masih dengan perangai sama dia, tak suka pada Raihani. 

Review Aku Yang Kau Gelar Isteri

Masa episod pertama drama aku yang kau gelar isteri ni tak seram sangat. Walaupun bila part kemunculan Cik Embun (lakonan Lana Nordin) agak misteri & dialog antara Cik Embun dan mak Laila masa tu dah boleh agak berkaitan dengan ilmu yang digunakan oleh Cik Embun untuk kelihatan cantik dan muda. Padahal jarak umur Cik Embun dan adiknya (mak Laila) cuma 5 tahun sahaja berbeza. Tapi Cik Embun nampak macam 40an. Dari yang k.fiezz faham dialog diaorang, ilmu Cik Embun guna tu diturunkan dari mak diaorang & mungkin ada ditambah lagi yang lain oleh Cik Embun. 

Episod kedua dah start seram weiii. Laila dah balik kampung semula lepas 10 tahun dengan muka yang cantik giler. Masa dia balik kampung tu, dia dah terus buat sesuatu pada Ezlan . Dia seru & bagi Ezlan macam teringat kat dia je. Laila pun dah mula rancangannya untuk ganggu Ezlan, dia rosakkan batang paip kat rumah dia sendiri sebab nak minta Ezlan baiki. Masa Ezlan tengah baik batang paip tu, Si Laila ni masa tu lah nak mandi. Dah lah dia mandi berkemban. Saja je kan. Si Ezlan ni masa tu dengar macam orang mandi, dia pun sibuk mengintai. Nampak lah Si Laila ni tengah mandi. Laila nampak Ezlan mengintai dia. Tapi dia saja buat tak tahu. Misi dia untuk buat Ezlan asyik teringat kat dia dah mula nampak kesan sebab Ezlan asyik termenung bila di rumah. Ezlan pula kerap diganggu masa tengah tidur. Dia dengar macam nama dia diseru & ada sekali dia nampak hantu kat sebelah padahal Raihani yang baring kat situ. 

K.fiezz bila part seram, standby handphone & bantal. haha. Penakut tapi nak tengok. Serius tertarik nak tengok sebab jalan cerita dia tak cliche sangat macam cerita lain. Walaupun ada lah pasal rampas suami kawan baik sendiri tapi lebih kepada berdendam & balas dendam tapi dengan cara yang salah iaitu guna ilmu hitam. Jalan cerita drama ni seram sebab dia berkisar menggunakan ilmu hitam tu yang jadi seremmm uoll..

So kalau korang yang memang peminat cerita seram, boleh tengok cerita ni. Sebab memang ada unsur seram, hantu. Disamping tengok untuk sebagai hiburan, kita boleh ambil pengajaran dan iktibar dari cerita ni. 

Baru 2 episod ni, k.fiezz suka walaupun penakut benornya. hehe..

5 Comments

  1. episod ke2 smlm mmg ada scene terkejut...mmg follow cite ni sbb ada fav actor adi putra

    ReplyDelete
  2. aaa skippppp sbb tanak spoiler haha

    ReplyDelete
  3. baca sinopsis dekat blog Kak Fiza tadi pun seram semacam ja

    ReplyDelete
  4. ad tengok hritu..tpi intai2 jela..seramm

    ReplyDelete