Saja nak kongsi perfomance blog yang Google Search selalu hantar report bila hujung bulan.  Perfomance blog k.fiezz besa besa je. K.fiezz pernah kongsi perfomance blog Disember 2019 lepas tu lupa nak update tiap-tiap bulan sampai sekarang. haha. Ikutkan malu nak kongsi perfomance blog yang tak seberapa ni.  Jap gi ada pula orang cakap 'eleh besa-besa je perfomance blog dia'. Kecoh nak kongsi bagai. Selalu k.fiezz share di facebook je. Itu pun risau juga kalau ada orang mengata ke apa tapi setakat ni tak ada lah lagi dapat pm yang kutuk 'eh..tak yah lah nak share perfomance blog bagai. Blogger-blogger lain lagi hebat tau'. Hah, belum lagi dapat pm tepi macam ni. Hope tak adalah dapat pm macamni.

K.fiezz saja nak kongsi untuk jadi rujukan k.fiezz. Jadi boleh tahu naik turun peningkatan view di blog k.fiezz ni. K.fiezz tahu juga lah apa entry yang orang selalu baca di blog ni. Boleh banyakkan entry dari kategori yang lebih kurang sama.

Ni perfomance blog k.fiezz untuk bulan Januari 2021

google search console, perfomance blog

Biasa-biasa je perfomance blog k.fiezz. Ada blogger-blogger lain yang lagi hebat. 

google search console, perfomance blog

Ni keyword yang jadi carian orang di Mr Google & jumpa blog k.fiezz di mukasurat pertama Google. Yeay..Bukan senang weiii nak duduk kat muka surat pertama Google..Kena pandai guna keyword yang selalu orang cari bila nak tulis satu-satu topik. 

Jadi unuk bulan Januari lepas dua keyword yang jadi carian dari perkataan air fryer. Ni nak kena banyak masak guna air fryer. Baru boleh up entry masak guna air fryer selalu. hehe. 

10 Comments