Limau Mandarin, Biskut Famous Amos Hadiah Sempena Tahun Baru Cina
Lepas beberapa hari senyap je blog k.fiezz. Meh nak nak kongsi hadiah Tahun Baru Cina yang mr hubby dapat dari tempat kerja. Setiap-tiap tahun syarikat mr hubby kerja akan bagi hadiah pada semua pekerja-pekerja masa tahun baru cina ni. Sebab majoriti tempat kerja mr hubby chinese & pemilik pun cina. Jadi sambutan tahun baru cina kat situ meriah. Jadi setiap tahun masa Tahun Baru Cina mesti dapat hadiah + bonus. hehe.
Limau Mandarin + Biskut Famous Amos
Untuk yang pekerja berbangsa Cina akan dapat 1 kotak limau mandarin + 1 makanan lain (tak halal). Untuk pekerja yang berbangsa Melayu, 1 kotak limau mandarin + 3 pek biskut Famous Amos.
Limau Mandarin
Serius suka limau ni weiii..Tak terlalu manis..Tapi bila letak dalam peti ais, jadi manis weii. Mr hubby lah yang beritahu, cuba letak dalam peti ais confirm manis. K.fiezz pun cuba je lah letak. Memang betul uoll..
Biskut Famous Amos
Setel 3 pek mr hubby & k.fiezz makan. haha. Sesekali dapat jajan mahal weii. haha. Nak beli sendiri, berfikir nak beli ke idak. Ni dah dapat percuma, harus kita makan sampai habis. haha. Buruk perangai.
- Chocolate Chip Macadamia
- Chocolate Chip Pecan
- Satu lagi ni tak ada letak label nama tapi dalam cookies dia ada nenas.
Mana satu pilihan k.fiezz, harus lah Chocolate Chip Macadamia sebab k.fiezz peminat coklat. Sedap sangat. Chocolate Chip Pecan pun sedap juga. Lagi satu cookies yang ada nenas tu k.fiezz kureng sikit sebab tak berapa kena dengan lidah k.fiezz. Tapi ikut lah masing-masing punya selera. Korang yang nak rasa biskut Famous Amos ni boleh lah cari booth Famous Amos kat mana-mana Mall berdekatan tempat tinggal masing-masing. hehe.
9 Comments
Tahun ni tak dapat buah limau...bestnya biskut famos amos
ReplyDeleteTahun ni tak merasa buah limau lagi
ReplyDeletetahun ni xdapt limau..sbb dah tak kerja..hihi
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletemy favvv biskut famos amos tu.. pernah beli masa bercuti di kuantan tu. sedapp. makan2 tgk2 dh habis. hehe. lama dh tak makan buah limau mandarin tu.
ReplyDeletelimau mandarin ni the good vitc kan ?
ReplyDeleteSedapnya buah limau..feveret tu
ReplyDeleteHai kak..lama tak singgah sini...hehe..saya suka betul dengan limau mandarin and famous amos..sedap!
ReplyDeletebtw,,jemput join GA saya ya kak.. ^^
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html
Tahun ni alhamdulillah 3 kotak limau dapat..sbb husben byk kenalan org cina kat sini :)
ReplyDelete